2 Apr 2019

Review Filem : Captain Marvel


Assalamualaikum Readers
 
 
Review Filem : Captain Marvel (2019) | Lamanyaaaa tak review movie, bukan nina tak tengok wayang, hampir setiap bulan tapi entri ke laut. Haha.. Filem Captain Marver dedahkan segala-galanya tentang Avengers! Baru tau kenapa mata Nick Fury buta sebelah. Hee.. Kelakar binatang yang buat tu. Macam kita tengok sejarah kebanyakan adiwira dalam Avengers dan asal usul dorang. Nina layan bulan lepas, movie best mesti kena book tiket kalau tak krik-krik seat penuh.
 
 
Captain Marvel

 
 
First time perempuan pegang watak Captain Marvel atau Carol Danver. Perwatakan yang bersahaja menjadikannya seperti Black Widow. Boleh dikatakan, tak segempar filem-filem sebelum ni tetapi dengan adanya Fury, Ronan, Talos dan si comel, Goose The Cat. Macam kita tengok sejarah penubuhan Avengers termasuk macam mana Fury dapat ilham nama Avengers dan Carol sendiri sebagai Mar-Vell.
 
 
SINOPSIS :
 
 
Tahun 1995, di planet Kree Empire's of Hala mengisahkan Carol atau Mar-vell seorang Starforce, menderita amnesia dan setiap malam mimpi yang sama bersama seorang wanita. Yon-Rogg, mentornya membawa dia untuk misi menyelamat seseorang dari Skrulls, musuh utama puak Kree. Skrulls commander Talos menangkap Vers dan dia brjaya melarikan diri ke Bumi.
 
 
Starforce

Yon-Rogg.. Very jahat

 
 
Di bumi, Vers menarik perhatian S.H.I.E.L.D, Nick Fury dan Phil Coulson yang terperangkap dalam serangan Skrull. Fury membunuh seorang Skrull dan menyiasa bersama Vers. Mereka bersama-sama menyiasat tentang memori Vers dan pergi ke Project Pegasus di U.S. Air Force kem, dimana Vers sebenarnya pilot yang meninggal pada 1989 semasa menguji jet yang dicipta oleh Dr. Wendy Lawson, wanita yang ada dalam mimpinya.
 
 
Talos and the gang

Mar-Vell atau Dr. Lawson
 

Talos berusaha menangkap Vers dan Fury tetapi berjaya melarikan diri dengan cargo jet bersama kucing Lawson, Goose. Mereka terbang ke Louisiana untuk jumpa pilot Maria Rambeau, orang terakhir lihat Vers dan Lawson. Talos muncul dan memberitahu Skrulls mencari planet baru untuk kaum mereka dan Lawson sebagai Mar-vell, salah seorang saintis Kree membantu mereka.
 
 
Vers dan Fury masuk Air Force base
 
Maria dan Carol @ Vers

 
Talos mainkan pita hitam dari Lawson jet untuk memulihkan ingatan Carol. Lawson sedang dalam usaha memusnahkan kuasa core dari jatuh ke tangan Kree tetapi dibunuh oleh Yon-Rogg dan musnahkannya. Carol menyerap kuasa dari letupan itu dan memberinya kuasa dan hilang ingatan.
 
 
 
Tak mau spoiled kan jadi korang wajib tengok ok. Kena tengok kalau tak macam mana nak tengok filem last Avengers akan datang kan. Tak sabra nak tengok sambungannya.

 

 🌟🌟🌟🌟🌟
 


10 comments:

  1. alaaa..hari Ahad lepas anak bujang ajak tengok tapi tak boleh sebab nak ngantor si adik balik kolej...mmg nak kena tengok niii tapi tak tahu bila..hehe

    ReplyDelete
  2. LZ masih belum sempat tengok movie ni Nina so baca review Nina dulu..

    ReplyDelete
  3. best..!! antara filem Marvel yang best..!!

    ReplyDelete
  4. Entah laa knp...walaupun kucing tu tersangat comel, akak terlelap bbrp kali time tengok cerita ni. Mgkn terlalu penat. Skrg tunggu 'End Game' keluar. Nina dah tengok Shazam? That one sgt kelakar!

    ReplyDelete
  5. Tak minnat cite gini Nina...

    ReplyDelete
  6. Zurainny : Hehe.. comelkan kucing. Baru tgk Shazam. Serius kelakar! Tunggu Avengers juga

    ReplyDelete
  7. org yg x tgk ni cuma baca review je lah ya hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com