21 Apr 2019

Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet @ Royale Chulan Penang

  Assalamualaikum Readers
  
 
Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet Di ROYALE CHULAN PENANG| Buffet Ramadhan Sedap ROYALE CHULAN PENANG | Bulan puasa hamper tiba, kejapnya dah nak puasakan? Maka para-para sakura blogger melakukan kerja-kerja mempromosikan makanan untuk ramadhan buffet di hotel. Royale Chulan merupakan salah satu fav hotel yang Nina suka. Bab menu dorang tak pernah mengecewakan. Sebuah hotel yang punya chef hebat akan menarik ramai orang!  
 


 
 
 
Tema "Sajian Nostalgia" dipilih sesuai dengan menu ramadhan buffet di Royale Chulan Penang tahun ini. Di inspirasikan dari resepi traditional Melayu dan mengingatkan kita tentang nostalgia citarasa dari zaman kanak-kanak dahulu. Mungkin bagi kanak-kanak yang lahir pada zaman 90'an masih kenal jenis-jenis makanan dan kuih-muih traditional berbanding kanak-kanak zaman kini yang serba moden dan tak berpeluang untuk menikmati makanan kampung. Jadi dengan itu, Royale Chulan datangkan exclusive khas untuk para tetamunya.
 
 
 
PEMBUKA SELERA
 
 
Rojak Buah
 
Ulam-Ulaman dan Aneka Jenis Sambal
 

Aneka Kerabu

Assorted Sushi

Seafood on Ice





 

 

Kalau Nina, sajian apa yang suka time berbuka puasa, semestinya pilihan Nina sajian traditional atau ala kampung. Hidangan lain bukan tak suka, tapi tekak melayu ni suka sangat masakan warisan kita zaman berzaman, lagi pun di bulan puasa baru dapat jumpa makanan-makanan kampung, tak macam hari biasa, jarang dapat makan.
 
 
 
HIDANGAN UTAMA
 
 
Kepah Masak Cili Padi


Stir Fry Mix Vegetables








 





Paling Nina suka di Royale Chulan pastinya Kambing Panggang Golek yang menjadi menu paling istimewa dan mendapat permintaan tinggi setiap tahun. Tahun ini para tetamu juga boleh memilih 4 jenis menu nasi iaitu Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato dan Nasi Dhall yang dinikmati bersama Kambing Panggang.

 
 




 
 

Sepanjang bulan Ramadhan 2019 ini, Royale Chulan menyediakan lebih dari 40 jenis makanan untuk santapan para pelanggannya yang berkunjung saban tahun untuk berbuka puasa. Bermula dari makanan pembuka selera (Appetizer) sehinggalah ke pencuci mulut. Yaa.. banyak tu. Makan sampai licin. Hehe.. Ditambah menu-menu dihidangkan panas-panas di gerai ala kampung. Menu paling WAJIB cuba seperti Sup Tulang Rawan Berempah, Rendang Tok, Kepah Masak Cili Padi, Gulai Daging Batang Pisang, Ketam Gulai Borneo, Asam Pedas Ikan Sembilang, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi dan Spaghetti Sambal Sotong.
 
 
 
GERAI AKSI
 
 
 
 
Ikan Bakar

Sotong Goreng Berempah. Suka sangat! Makan panas-panas
 
My fav!!
 
Satay Ayam & Daging
 
Apom Balik
 
Hokkien Prawn Mee
 
Murtabak Stall
 
Kuah Kari Dhall & Kari Ayam
 
 
Boleh request nak masak apa kepada chef
 
Pasta Mania pilihan Nina. Cheese Meleleh!
 
 
Bread Butter Pudding
 
 
Sup Tulang Rawan

ABC

Bubur Lambuk
 
Sago Pengat Pisang
 
Cucur Harimau Menangis dengan Kari Daging

Sedap Cucur Harimau Menangis. Hari-hari mau!
 



Para tetamu juga boleh menikmati kesedapan Sago Gula Melaka, Sago Pengat Pisang, Cucur Keria, Aneka Kuih Bakar dan all time favourite Ice Kacang dan Cendol yang akan menggamit memori zaman kecil.
 

 
PENCUCI MULUT

 
 
 




 
Acara Berlauk
 

 
Decorated our dessert
 
Strawberry Ice Cream with Cape Gooseberry


Lemon Tart sedap!


Royale Chulan masih mengekalkan hidangan masakan kampung tetapi moden yang istimewa dan paling Nina gemari ialah kambing goleknya, dagingnya dan lain-lain. Jangan lupa cuba menu yang lain-lain pun tak kurang hebatnya. Beraneka lauk pauh traditional, makanan western, beraneka kerabu, sushi dan lain-lain lagi.

 

Apa tunggu lagi, buat warga Penang boleh cepat-cepat call dan book voucher early bird sekarang. Untuk lebih info boleh hubungi :

 
 
Vayshnavee Shunmugam

Marketing & Communications Manager
Tel : 04-259 8888 (ext 8830)
Fax : 04-250 1111
Mobile : 016-330 3862
 


2 comments:

  1. rojak buah favourite...kambing golek mmg jadi tumpuan ramai..

    ReplyDelete
  2. asam pedas ikan sembilang.... waduhhhhhhhhhhhhh kecuqqqqq rs nk blk kg sekarang jugakkkkkkkk

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com