6 Apr 2019

Sedap Ke The Chicken Rice Shop?

Assalamualaikum Readers
 
 
Makan The Chicken Rice Shop | Bersambung entri jjcm KL tahun lepas, lepas dah ternak lemak makan Pavlova, jalan tawaf Mid dengan The Gardens sampai kitaorang lapaq balik, terus request nak makan kat bf sambil usap perut. Dia pun dah masak dengan perangai nina, kalau diam tu tandanya lapaq atau mengantuk. Dah alang nak dinner, baik cari nasi jadi try makan di Chicken Rice Shop Mid Valley.
 
 
Mengenangkan nasib, boleh ke habiskan makanan

 
 
CRS ni kalau kat Mid tak pernah tak ramai, sentiasa ada orang. First time nina makan CRS. Sebelum ni tengok iklan kat tv berkali-kali tak hingin pun. Kami masuk dan duduk, malangnya meja kami tu goyang pulak. Kecacatan kaki meja, rasa macam nak letak tisu. Sob.. sob. Ingat meja goyang ingat CRS lepas ni. Hehe..
 
 
Set Chicken Rice meal. Penuh meja.
- Ayam Roasted
- Nyonya Pai Tee
- Nasi Ayam
- Sai To Fish Soup
- Ayam dan tauge tu tak sure nama apa tapi tak sedap

 
Dok memikirkan kalau order set nasi ayam mesti ada sup, tak ke berkocak mangkuk sup nanti. Alahai, meja lain tak ada. Ok, abaikan kena makan dengan sopan malam tu. Pelanggan dating ambil order. Pilih set untuk 2 orang, sekali dating makanan penuh meja. Mak aiiii boleh habis ke?
 
 
 
Akhirnya, kena tapau nyonya pai tei, tak mampu nak habiskan. Masing-masing perut membolat. Harga makanan kat sini rasanya berbaloi, rasanyaaa la sebab orang belanja. Hehe.. Cuma ada certain supnya rasa macam minum air masak.
 
 

6 comments:

  1. tak minat sangat nak makan kat chicken rice shop. sebab kadang2 rasa overated. better makan nasi ayam kat kedai biasa. sedap pun sedap, murah pun murah. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aswadz : Sama la lebih suka nasi ayam kt kedai biasa lebih sedap. hehehe. sekali sekala makan resto.

      Delete
  2. Belum pernah makan dekat CRS lagi sebab my family selalu cakap, "Tak payahlah pergi kalau setakat nak makan nasi ayam"

    ReplyDelete
  3. penah mkn sekali tp amik sup je...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com