25 Apr 2019

Tok Wan 101 Resepi Ramadhan Buffet @ Vistana Hotel Penang

  Assalamualaikum Readers
 
 
Tok Wan 101 Resepi Ramadhan Buffet Di Vistana Hotel Penang | Dalam persiapan nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan, Vistana Hotel dengan bangganya mempersembahkan tema ramadhan tahun ini ialah 'Tok Wan 101 Recipes' dari 6 Mei hingga 3 Jun 2019, para tetamu boleh menikmati hidangan berbuka puasa bertemakan Melayu traditional dengan hanya RM 75 nett seorang di semua cawangan hotel Vistana - Kuala Lumpur, Kuantan dan di Penang.

 
 



 
 
 
Apa yang korang ingat dengan masakan dari Tok Wan? Angkat tangan. Nina paling suka kuih muih dari arwah tok. Sedap sangat. Bila dah tak ada sedih bila tiba bulan puasa. Ok, Vistana menyediakan buffet ramadhan yang bakal menggamit memori masakan melayu yang diinspirasikan dari Tok Wan - nama panggilan untuk nenek di negeri Pahang.
 
 
 
 
APPETIZER
 
 
 


 


 

 




 
 
Tok Wan 101 bakal menjanjikan kesegaran makanan berasaskan salad seperti Kerabu Ayam dan Kerabu Jantung Pisang, pilihan makanan sihat berasaskan ulam-ulaman atau herba seperti Ulam Raja, Jantung Pisang, Ulam Pegaga dan Petai di padankan dengan pelbagai jenis pilihan sambal dan sos termasuk Sambal Belacan, Cencaluk, Tempoyak, Budu dan Sambal Nenas. Tak di lupakan all-time favourite Sup Kambing!
 
 
 
MAIN COURSE
 
 
 
 
Sambal Sotong Maharani

Masak Lemak Daging Serai
 

Anak Sawi bersama Kulit Tauhu Masak Sos Cendawan
 
Ikan Ala Portugis. Sedap!
 
Ayam Masak Merah Anak Mami
 
Ayam Goreng Ala Mamak Style
 
Paru Goreng Berlada Ala Kampung
 
Gulai Daging Kawah
 

Sayur Campur Masak Paprik
 
 
 
 
 

 
Tok Wan menu utama pula membuatkan nafsu selera korang tak tahan tengok tau. Ada menu Ayam Masak Merah Anak Mami, Ayam Goreng Ala Mamak Style, Masak Lemak Daging Serai, Ikan Bakar Air Asam dan Ikan Pari Bakar Ala Portugis. Lauk pauk ini dinikmati bersama nasi panas termasuk Gulai Daging Kawah, Sambal Sotong Maharani, Paru Goreng Berlada Ala Kampung dan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi.
 
 
 
Apa yang membuatkan hari puasa korang lebih special ialah dengan mencipta pengalaman suasana 'buka puasa' style keluarga masing-masing, mengikut tradisi duduk berbuka dan membaca doa bersama-sama dan setelah itu solat terawih. Yang paling seronok dapat berkumpul bersama keluarga jauh, kawan-kawan yang jarang dapat berjumpa untuk sama-sama berbuka di Vistana Hotel. Ada disediakan gerai chef yang dengan menu paling laris setiap tahun seperti Kambing Panggang, Satay, Asam Laksa dan Koay Teow Goreng. Beratur panjang kalau nak makan.
 
 
 
 
ACTION STALL
 
 
 
 
 
 
 
 
Asam Laksa bersama kuahnya
 





Serunding Ayam

 


 

 

 
Jangan lupa untuk mencuba pelbagai jenis kuih muih traditional melayu seperti Kuih Talam Keladi, Onde-onde, Kuih Bingka Ubi, Cucur Badak, Kuih Seri Muka dan banyak lagi. Lebih dari 10 jenis kuih muih dan pencuci mulut.
 
 
 
DESSERT
 
  

Puding Roti sedap!
 


  
Aneka Puding Perasa Buah

Aneka Kek




Sagu Gula Melaka

 
 


The Tarik sedap ! dan Kopi

 
 
 
Jangan lepaskan peluang mencuba ais krim Vanila, Coklat, Peppermint dan Keladi. Harus cuba juga Ais Kacang yang disediakan sebelum pulang. Acara makan buffet akan dihidangkan di ground floor ballroom dan Vistana Hotel lengkap dengan parking, sesuai untuk tetamu yang datang dalam kumpulan yang besar dan ruang solat juga disediakan. Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat.
 
 

2 comments:

  1. Meriah menunya, pelbagai pilihan

    ReplyDelete
  2. waduhhhh gulai daging kawah tu..... mana nk cari kt KL ni????

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com