24 May 2019

Gelato Sedap Di Gao Gao Italian Restaurant, Mitsui Outlet Park, Sepang

  Assalamualaikum Readers 
 
 
Gelato Sedap Di Gao Gao Italian Restaurant, Mitsui Outlet Park | Siapa yang suka gelato, kita gang! Dah alang-alang sampai Klang, sementara tunggu tailor kena siapkan bride dia, baik jenjalan Mitsui. Since driver suggest ke sini, Nina on saja walaupun fulus tak banyak, tak dapat shopping. Cuci mata jelah. Dah penat tawaf satu Mitsui, bf cakap nak belanja gelato.
 
 
Banyak perisa gelato boleh pilih

Nampak sedap, ala terliur

Nina pilih triple flavour - 3 jenis perisa gelato tapi bentuk bukan macam dalam buku menu
 

Tadaa gelato triple lain dari menu. Haha.. Janji sedap!

 

Ini first time datang Mitsui, besar jugak outlet ni. Boleh tahan besar macam JPO. Boleh kurus dibuatnya. Hehe.. Kalau datang shopping barang hantaran best jugak. Hee.. Apa yang best di restoran Itali ni? Salah satu gelatonya yang pelbagai jenis perisa. Menu lain yang nampak sedap mestilah pizza. Kecur air liur, next time nak kena pi Mitsui lagi sebab restoran ini hanya ada satu branch saja di Malaysia.    
 
 
Pintu masuk restoran
 
Pilih perisa Vanilla, Green Tea dengan Caramel. Tak puas makan
 




 
Buat readers yang belum terjah ke Mitsui Outlet Park Sepang ni boleh refer board. Semua barang branded ada tau. Sediakan duit berketoi-ketoi untuk shopping sepuasnya. Hehe.. Maklum lah sale sepanjang tahun.


20 May 2019

Bandar Agacia Ala Disneyland, Kampar Perak

Assalamualaikum Readers
 
 
Bandar Agacia Ala Disneyland Di Kampar Perak | Pernah ke sini? Viral dari tahun 2017 kalau tak silap. Bandar ala-ala Disneyland dan berwarna-warni, nampak lawa bagi yang belum jejakkan kaki. Di sini sesuai untuk berselfie sebabnya kawasan hanyalah bangunan kosong tak berpenghuni dan ada sampah sarap.


Pekan koboi yang tak berpenghuni

Bandar Agacia sesuai untuk selfie dan photoshoot
 
 
Bandar Agacia juga dikenali sebagai 'The Trails of Kampar', lokasi yang menggunakan idea sinonim dengan pembangunan 'The Trails of Redmond', Washington. Dijadikan cerita, bulan 3 lepas, Nina dan bf ke Klang untuk fitting baju tunang dan bincang style baju yang Nina nak. Alang dah masuk Ipoh, terus pujuk bf singgah Kampar. Katanya nak buat apa? bukan ada apa pun. Singgah semata-mata gf nak selfie. Hadoi.. Terima kasih dear, jasamu dikenang.
 
 
Bandar Agacia ala Disneyland

Cantik tapi lama kelamaan akan menjadi using kalau majlis perbandaran tak jaga kebersihan

Di depan kedai yang dah tutup, macam tak ada orang datang makan pun

 
 
Kampar ni hanyalah daerah yang kaya dengan bijih timah dimana pelombong China dibawa oleh British, jadi jangan expect Bandar Agacia ni senang nak cari kalau tak guna waze. Kena masuk dalam. Sabaq jalah sebab first dan last singgah. Memang takkan pi dah. Bila sampai, harapan menjadi layu. Dalam gambar dan reality tak seindah rupa. Bukan Bandar Disneyland tapi Cowboy. Masuk kereta, dari Kampar ke Rawang kena berleter. Serius rasa menyesal, tak singgah pun tak apa. Sob.. sob.
 


19 May 2019

Resepi Air Ribena Selasih

  Assalamualaikum Readers
 
 
Resepi Air Ribena Selasih | Air Ribena refresher ni memang sedap kalau minum time berbuka. Hilang dahaga minum air sejuk. Sebab tu kalau tengok di bazar, minuman jus paling banyak dijual dan jadi pilihan ramai sebagai minuman sepanjang bulan puasa kan. Berderet-deret air warna warni tapi adakah selamat air yang dibeli di bazar?
 
 
Resepi Air Ribena Selasih

 
Sebelum beli apa-apa air di bazar, kena ingat tak semua dijual dalam keadaan segar ok. Bukan nak think negative tapi lepas baca kes-kes orang keracunan makanan time puasa ni terus alert. So, better buat sendiri confirm fresh dari dapur dan boleh buat banyak. Selain mudah nak buat dan boleh jimat!
 
  
Sudah siap! Boleh masukkan dalam peti sejuk sebelum berbuka
 
 

Bahan-bahan (1 jag) :
 
 
Air Ribena secukupnya (guna botol besar siap bancuh)
 
1 biji lemon dihiris nipis (buang biji)
 
5 biji asam boi (ikut suka berapa biji)
 
2 batang serai (boleh lebih, diketuk sikit)
 
1 tin laici (ambil buah saja. Boleh juga tambah nata de coco)
 
Biji selasih (sesuka hati nak tambah banyak atau kurang)
 

 
Cara membuatnya :
 
 
1. Sediakan jag dan masukkan semua bahan-bahan.
 
2. Tuangkan air Ribena tadi dan kacau supaya semua rata.
 
3. Boleh sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
 

17 May 2019

L'Occitane Shea Butter Hand Cream Review

Assalamualaikum Readers
 
 
L'Occitane Shea Butter Hand Cream Review | Kembali bersiaran dari kak Nina pom pom. Ok kali ni nak review satu lagi produk yang paling palingggg suka! Yang mana sedia maklum 'majlis' bulan 7, muka nak kena jaga, gigi nak kena putih berkilat dan tangan haruslah lembut. Walaupun dah berkali salam mama bf tapi biarlah ini kali lembut sikit. Hahaha.. Dah ler driver company cakap tangan ada urat. Damn! Dia ingat duduk rumah belek fon je ke?


L'Occitane Shea Butter Hand Cream RM 46.00


L'Occitane shea butter hand cream ni ada 2 jenis botol. Nak mudah di bawa kemana saja maka Nina pilih yang botol kecik. Senang letak dalam handbag. Brand dari France ini dah bertahun-tahun kekal di pasaran antarabangsa. Hasil dari baca review ke review, memang tak salah pilihan Nina. Ramai yang sukakan krim tangan ni. Boleh beli di L'Occitane kiosk atau pun beli secara online di website L'Occitane . Nina prefer beli di Hermo.my sebab boleh beli saiz kecik.



Lembut, Wangi dan cepat menyerap. Pakai sebelum tidur


Apa yang best :

-  Sesuai dijadikan sebagai hadiah atau hantaran buat orang yang tersayang.  
   Ada set setiap jenis krim tangan.


-  Sesuai untuk jenis kulit kering, kulit tangan merekah. Bila pakai tangan akan
   lembut dan lembab.


-  Sesuai untuk kaki travel. Jenis krim tangan yang tak mudah melekit dan 
   cepat menyerap. Ada juga pengguna pakai di bibir. Boleh apply di mana saja
   anggota badan yang kering.


-  Suka bau, memang wangi. Nina akan apply sebelum tidur, tambah-tambah
   waktu siang kerja dalam aircond, kulit tangan akan cepat kering dan tapak
   tangan merekah.

 


15 May 2019

Nestle Bliss Kurma Gula Melaka

Assalamualaikum Readers 
 
 
Nestle Bliss Kurma Gula Melaka | Bila dah start bulan puasa ni, dalam otak bermacam-macam jenis air nak minum. Kalau boleh hari-hari nak minum air sedap, dia punya teringin lain macam. Haha.. Still tak boleh move on dengan Bliss. Rasanya lebih kepada kurma dan susu. Sedap sangat! Apa pun Nestle Bliss tak pernah tak sedap. Tahun lepas Nina tak sempat cuba. So kita angkut 2 botol. Hehe

 
Nestle Bliss Kurma Gula Melaka Edisi Terhad

Sebelum tidoq kita minum dulu
 


10 May 2019

Resepi Air Soda Herbs Mudah

Assalamualaikum Readers
 
 
Resepi Air Soda Herbs Mudah | Air Soda Sedap | Bulan puasa ni memang semua orang akan godek-godek resepi dalam google. Pernah minum air soda herbs? Ada sesetengah orang panggil air detox tapi macam tak sesuai sebab bahan bukan guna air kosong. Sejak masuk bulan puasa, air memang Nina akan buat sendiri tak beli. Bukan semua air di bazar ramadhan tu sedap, pewarna ja lebih. 


Boleh try buat, bahan pun simple dan segar. Yang penting air soda herbs boleh tahan 3 hari dalam fridge. Alhamdulillah tak beri-beri tapi lepas minum air ni, dia akan buat kita rasa nak melabur. Air soda herbs ni memang segar dan ada rasa mint sikit.
 
 
Resepi Air Soda Herbs

Nina tak masukkan ais tapi biar sejuk dalam peti ais sebelum berbuka

 
 
Bahan-bahan :
 
1 botol air aiskrim soda F&N (botol besar)
 
1 tin laici (ambil buahnya saja)
 
2 batang serai (diketuk sedikit)
 
1 biji lemon (di hiris nipis)
 
5 biji asam boi (ikut suka nak masukkan berapa)
 
Beberapa helai daun pudina (terpulang)
 
 

Jag besaq puas minum
 
 

Cara-caranya :

 
1. Cuci semua bahan-bahan hingga bersih
  
2. Hiriskan lemon nipis-nipis, buang semua biji
 
3. Sediakan jag, masukkan daun pudina secukupnya
 
4. Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris, asam boi, buah laici, serai yang telah diketuk
 
5. Tuangkan air aiskrim soda secukupnya
 
6. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum di minum
 
 

9 May 2019

Sunlight Nature And Anti Odour

Assalamualaikum Readers
 
 
Sunlight Nature And Anti Odour | Review untuk 2 jenis pencuci pinggan dari Sunlight. Entri khas untuk suri rumah dan sure semua orang akan cuci pinggan kat rumah. Nama pencuci seindah nama, mesti lah nak pinggan bersinar, berkilat boleh nampak muka kan. Ok try la kalau boleh nampak. Sejak azali, memang pengguna setia Sunlight. Bila puasa ni mesti nak cuci pinggan dengan pantas dan senang nak tanggalkan kotoran kan?
 
 
New Sunlight Nature And Anti-Odour


 
Pencuci pinggan Sunlight ni, Nina suka anti-odour sebab wangi sangat tangan lepas cuci pingan. Boleh dikatakan flavour Sunlight paling wangi antara semua! Flavour pun boleh sebab Sunlight ada banyak jenis. Bulan 2 lepas, makcik balik Penang siap bagi percuma pinggan IKEA. Alhamdulillah, ada orang nak sedekah pinggan kita ambik. Kahwin nanti tak payah beli. So, kita rasmi cuci pinggan guna Sunlight baru!
 
 
Mudah kerja bila tiba hari raya nanti. Hihi
 
Combination nature dan anti-odour. Boleh nampak putih dan hijau


 
Apa yang best Sunlight Nature ialah sesuai untuk kanak-kanak, nak didik anak-anak cuci pinggan boleh la guna Sunlight Nature. Bau nice dan tak kuat sangat bahan pewanginya. Sunlight Anti-Odour pula bau wanginya kuat, suka sebab bau combination green tea, matcha dan lime. Biasanya pencuci pinggan Sunlight tak pernah mengecewakan, banyak buih dan menjaga kulit tangan kita. Lepas cuci kulit tak mengering.  
 


8 May 2019

Kiehls Ultra Facial Oil Free Toner

Assalamualaikum Readers

 
Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner Review | Salah satu toner dari Kiehl's yang Nina cuba. Beli dari raya cina lagi, sampai sekarang dah separuh botol. Pakai dengan penuh penjimatan. Haha.. Ini produk yang ke 7 dari Kiehl's yang Nina guna. Toner ni sangat sesuai untuk sesiapa yang ada kulit berminyak. Gentle toner for oily skin gituu..
 
 
Kiehl's bagi sampul angpow. Sayang nak guna

 
Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner
 
 
Nina beli sebab toner Calendula habis stok. Jadi nak tak nak terpaksa juga beli. Nasib baik muka tak reject produk ni walaupun kulit Nina bukan jenis berminyak. Jadi sangat sesuai untuk 2 jenis kulit combination dan berminyak. Disebabkan bahan dalam toner ni tak membuatkan kulit kering, sesuai juga untuk kulit Nina. 
 
 
 
Botol biru tapi air warna jernih

Sebelum lap di muka

Selepas lap. Ada nampak kotoran tak? Hehe

 
 
Apa yang best :
 
 
  • Bila pakai kawasan berminyak di area hidung, dahi dan pipi kurang berminyak. Rasa fresh dan healthy looking gitu.
 
  • Ia akan reduce oily skin dan kulit tak keluarkan minyak yang banyak.
 
  • Non-drying dan bebas alcohol. Formula lembut menanggalkan sisa-sisa minyak di muka.
 
  • Oil-free, Paraben-free, Fragrance-free, Colorant-free.
 
  • Toner ini tak membuatkan kulit kering.
 
  • Harga untuk 250ml - RM 97.00. Hanya ada satu size botol. 
 


Selamat Pengantin Baru Wanie

Assalamualaikum Readers
 
 
Selamat Hari Pekerja Dan Selamat Pengantin Baru buat Wanie dan Zikri! Alhamdulillah selamat sudah, nikah sudah, makan sudah, semua sudah. Hahaha.. Suka lagu Elizabeth Tan ni. Cuti 1 Mei lepas, kami attend jugak majlis makan-makan selepas Wanie nikah. Nasib dalam area Perda, Permatang Pauh saja. Pengantin ni dulu orang yang ganti tempat Nina di Mattel, kerja dalam beberapa bulan tukar ke Honda. Kenal tak lama tapi boleh rapat disebabkan kami sama spesis tak suka "mak cik bawang". Haha..
 
 

Semua dah berhenti dari Mattel kecuali yang hujung. Kami tunggu Zatul jadi ex-Mattel. Harap dia bertabah.
 
2 Mek Siam versi Malaysia a.k.a jiran sebelah di ofis lama. Rezeki kak Phai dari supervisor ke manager 


 
Tunggu nak makan kenduri saja hari raya ke 4 nanti. Buat yang mana penting dulu ye dok. Kenduri kawen ni kalau tak plan, nak buat besar-besaran jawabnya lambatlah nak nikah. Harap boleh ikut jejak macam Wanie dan Zikri. Apa pun semoga dipermudahkan majlis buat pengantin. Tahniah.
 


7 May 2019

Kiehl's Nature's Playground, Gurney Paragon Mall Penang

  Assalamualaikum Readers
 
 
Kiehl's Nature's Playground Di Gurney Paragon Mall, Penang | Kiehl's Nature's Playground 2018 | Kalau yang selalu baca dan komen di blog Nina mesti tau skincare yang guna tiap-tiap hari. Entri peram berbulan-bulan daa.. Nina tak sure aktiviti Kiehl's ni diadakan setiap tahun atau tak tapi inilah masanya nak borong produk Kiehl's dengan penjimatan dan boleh check kesihatan kulit muka masing-masing dengan percuma.
 
 
Comelnya invitation Kiehl's

Kiehl's Nature's Playground 2018

Dapat goodies bag, free samples


 
Yang ada anak tu boleh bawa bermain sambil ibu-ibu shopping produk skincare. Rata-rata yang datang mesti 'mata sepet' lah. Orang melayu berapa kerat. Boleh kira dengan jari. Yelah, tak dinafikan brand ni agak mahal dan hanya orang 'have-have' mampu pakai tapi Nina bukan anak orang kaya, cuma mampu savings sikit-sikit dan beli.
 

 
Nampak macam tak ramai tapi beratur panjang
 
Ruangan menunggu, lelaki pun ada
 


Goodies bag dan sample percuma ikut jenis kulit

 
Disebabkan kami berdua mai hari ahad, hari kedua aktiviti ni tak dapat jumpa artis-artis Malaya yang datang hari sabtu antaranya DJ Dina. Dia pun salah seorang pengguna Kiehl's. Bila luangkan masa beberapa jam disini, tak kira masa beratur panjang tu. Kena ambil no giliran tau. Boleh tanya macam-macam kat BA (beauty advisor) Kiehl's yang sedia jawab soalan-soalan dari pengguna produk dorang.
 
 
Doc tengah check jenis kulit

Suggestkan 2 lagi produk kena pakai



 
Beauty advisor Kiehl's akan beri penerangan produk yang sesuai

Produk baru

 



 
BA kata kulit sihat, kurang naik jerawat, kurang masalah lain cuma kena maintain jaga pemakanan, pakai serum, jangan skip cuci muka bila busy. Katanya orang kulit cantik, pakai produk sesuai dengan kulit muka dah tu rajin jaga muka memang hasilnya tip top. Nina kadang kala skip toner, pelembap bila letih, takda nak belek muka depan cermin. Cuci muka dan tidoq. Ada 2 3 kali lena tanpa cuci make up. Betul pepatah mengatakan "beauty is pain".   
 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com