20 May 2019

Bandar Agacia Ala Disneyland @ Kampar Perak


Assalamualaikum Readers
 
 
Bandar Agacia Ala Disneyland Di Kampar Perak | Pernah ke sini? Viral dari tahun 2017 kalau tak silap. Bandar ala-ala Disneyland dan berwarna-warni, nampak lawa bagi yang belum jejakkan kaki. Di sini sesuai untuk berselfie sebabnya kawasan hanyalah bangunan kosong tak berpenghuni dan ada sampah sarap.


Pekan koboi yang tak berpenghuni

Bandar Agacia sesuai untuk selfie dan photoshoot
 
 
Bandar Agacia juga dikenali sebagai 'The Trails of Kampar', lokasi yang menggunakan idea sinonim dengan pembangunan 'The Trails of Redmond', Washington. Dijadikan cerita, bulan 3 lepas, Nina dan bf ke Klang untuk fitting baju tunang dan bincang style baju yang Nina nak. Alang dah masuk Ipoh, terus pujuk bf singgah Kampar. Katanya nak buat apa? bukan ada apa pun. Singgah semata-mata gf nak selfie. Hadoi.. Terima kasih dear, jasamu dikenang.
 
 
Bandar Agacia ala Disneyland

Cantik tapi lama kelamaan akan menjadi using kalau majlis perbandaran tak jaga kebersihan

Di depan kedai yang dah tutup, macam tak ada orang datang makan pun

 
 
Kampar ni hanyalah daerah yang kaya dengan bijih timah dimana pelombong China dibawa oleh British, jadi jangan expect Bandar Agacia ni senang nak cari kalau tak guna waze. Kena masuk dalam. Sabaq jalah sebab first dan last singgah. Memang takkan pi dah. Bila sampai, harapan menjadi layu. Dalam gambar dan reality tak seindah rupa. Bukan Bandar Disneyland tapi Cowboy. Masuk kereta, dari Kampar ke Rawang kena berleter. Serius rasa menyesal, tak singgah pun tak apa. Sob.. sob.
 


15 comments:

  1. cantiknya... pernah lalu kat sini tp tak singgah kat bandar agacia ni...

    ReplyDelete
  2. rugi kan dah bina elok2, takde orang..yg takut jd sarang penagih...
    venue MV lagu "Road block Hatiku"

    ReplyDelete
  3. kalau bawa geng yang memang suka tangkap gambar juga best lah. kalau tak suka, memang tak best hahaha.

    ReplyDelete
  4. CANTIK.. dh pernah sampai kampar tp x ssempat lg ke situ

    ReplyDelete
  5. Cantik sebab warna warni tu kan.. Memang serous pekan ni xdak org duduk ka nina.. Sound scary for me

    ReplyDelete
  6. Tak pernah sampai sini lagi...masuk wishlist!!

    ReplyDelete
  7. Cantik sekali dan .. penuh warna, kak.

    Cocok sekali untuk photoshoot dan lokasi fefotoan buat nambah feeds ig 😊

    ReplyDelete
  8. buat photoshoot kt sini mesti cntik. bestnyeee

    ReplyDelete
  9. Cantiknya....tapi sayang, dah jadi Ghost Town. Mgkn kurang promosi. Tak ada ka org yg minat utk ddk dlm bangunan2 tu? Masuk percuma?

    ReplyDelete
  10. cantik ape...hope akan dikekalkan lagi..nice place utk photoshoot ni

    ReplyDelete
  11. Hahahhaa... sabar yolah.
    Nak selfie punya pasal ye...
    Kalau Mrs. A sure kena bahan bukan setakat Mr. A plus anak-anak sekali phew! jiwa kena kental

    ReplyDelete
  12. kita baru tahu lah tentang kewujudann bandar ni.. menarik ni

    ReplyDelete
  13. Xperasan lak de pekan nie..br tahu kewujudan pekan nie...mngkn xde bt hebahan dan viral psl tmpt nie..kalu de pasti gempak jd tmpt perlancongan..

    ReplyDelete
  14. sayangnya x dibangunkan dgn baik. tmpt dah cantik tapi....

    ReplyDelete
  15. Tapi kalau tengok dalam gambar orang lain, semua pun nampak cantik je tempat ni.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com