7 May 2019

Kiehl's Nature's Playground @ Gurney Paragon Mall Penang

  Assalamualaikum Readers
 
 
Kiehl's Nature's Playground Di Gurney Paragon Mall, Penang | Kiehl's Nature's Playground 2018 | Kalau yang selalu baca dan komen di blog Nina mesti tau skincare yang guna tiap-tiap hari. Entri peram berbulan-bulan daa.. Nina tak sure aktiviti Kiehl's ni diadakan setiap tahun atau tak tapi inilah masanya nak borong produk Kiehl's dengan penjimatan dan boleh check kesihatan kulit muka masing-masing dengan percuma.
 
 
Comelnya invitation Kiehl's

Kiehl's Nature's Playground 2018

Dapat goodies bag, free samples


 
Yang ada anak tu boleh bawa bermain sambil ibu-ibu shopping produk skincare. Rata-rata yang datang mesti 'mata sepet' lah. Orang melayu berapa kerat. Boleh kira dengan jari. Yelah, tak dinafikan brand ni agak mahal dan hanya orang 'have-have' mampu pakai tapi Nina bukan anak orang kaya, cuma mampu savings sikit-sikit dan beli.
 

 
Nampak macam tak ramai tapi beratur panjang
 
Ruangan menunggu, lelaki pun ada
 


Goodies bag dan sample percuma ikut jenis kulit

 
Disebabkan kami berdua mai hari ahad, hari kedua aktiviti ni tak dapat jumpa artis-artis Malaya yang datang hari sabtu antaranya DJ Dina. Dia pun salah seorang pengguna Kiehl's. Bila luangkan masa beberapa jam disini, tak kira masa beratur panjang tu. Kena ambil no giliran tau. Boleh tanya macam-macam kat BA (beauty advisor) Kiehl's yang sedia jawab soalan-soalan dari pengguna produk dorang.
 
 
Doc tengah check jenis kulit

Suggestkan 2 lagi produk kena pakai



 
Beauty advisor Kiehl's akan beri penerangan produk yang sesuai

Produk baru

 



 
BA kata kulit sihat, kurang naik jerawat, kurang masalah lain cuma kena maintain jaga pemakanan, pakai serum, jangan skip cuci muka bila busy. Katanya orang kulit cantik, pakai produk sesuai dengan kulit muka dah tu rajin jaga muka memang hasilnya tip top. Nina kadang kala skip toner, pelembap bila letih, takda nak belek muka depan cermin. Cuci muka dan tidoq. Ada 2 3 kali lena tanpa cuci make up. Betul pepatah mengatakan "beauty is pain".   
 


3 comments:

  1. ooo..pernah sampai sini...pernah tgk program yg depa pergi Kiehl's store kt New York..

    biar mahal, produk bagus, berbaloi beli, tak lama lagi event nya, biar glow glowing..

    ReplyDelete
  2. wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. entah kenapa bila tgk bangunan kuning kat belakang tu, otak terus teringat post ops kat HCM hahahahahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com