10 May 2019

Resepi Air Soda Herbs Mudah


Assalamualaikum Readers
 
 
Resepi Air Soda Herbs Mudah | Air Soda Sedap | Bulan puasa ni memang semua orang akan godek-godek resepi dalam google. Pernah minum air soda herbs? Ada sesetengah orang panggil air detox tapi macam tak sesuai sebab bahan bukan guna air kosong. Sejak masuk bulan puasa, air memang Nina akan buat sendiri tak beli. Bukan semua air di bazar ramadhan tu sedap, pewarna ja lebih. Boleh try buat, bahan pun simple dan segar. Yang penting air soda herbs boleh tahan 3 hari dalam fridge. Alhamdulillah tak beri-beri tapi lepas minum air ni, dia akan buat kita rasa nak melabur. Air soda herbs ni memang segar dan ada rasa mint sikit.
 
 
Resepi Air Soda Herbs

Nina tak masukkan ais tapi biar sejuk dalam peti ais sebelum berbuka

 
 
Bahan-bahan :
 
 
1 botol air aiskrim soda F&N (botol besar)
 
1 tin laici (ambil buahnya saja)
 
2 batang serai (diketuk sedikit)
 
1 biji lemon (di hiris nipis)
 
5 biji asam boi (ikut suka nak masukkan berapa)
 
Beberapa helai daun pudina (terpulang)
 
 
Jag besaq puas minum
 
 
Cara-caranya :
 
 
Cuci semua bahan-bahan hingga bersih
 
 
Hiriskan lemon nipis-nipis, buang semua biji
 
 
Sediakan jag, masukkan daun pudina secukupnya
 
 
Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris, asam boi, buah laici, serai yang telah diketuk
 
 
Tuangkan air aiskrim soda secukupnya
 
 
Sejukkan dalam peti sejuk sebelum di minum
 
 


12 comments:

  1. Sedap nih..ada laici..best..

    ReplyDelete
  2. woww... sedap nyer. lps ni boleh try buat sendiri.

    ReplyDelete
  3. boleh cuba nanti, thanks for the share...

    ReplyDelete
  4. alahaii dahaga pula rasa tengok entri sis yang ni..

    ReplyDelete
  5. Sedap n refreshing kannn...
    Akak pun buat hari tu..
    Buat sdri puas hati... Byk bahan boleh letak.. Hahhaha

    ReplyDelete
  6. semua nmpk sedap time time ni hahaha

    ReplyDelete
  7. Dah lama teringin nak buat air ni Nina tapi belum terbuat. Laici tak de, pudina tak de..... acane tu? Nak kena membeli pulak dah.

    ReplyDelete
  8. wahhh.. mesti sedap ni :)

    ReplyDelete
  9. sedap aih.... memang menyegarkan...

    ReplyDelete
  10. time puasa ni semua air nampak sedap... hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com