11 Jun 2019

Tempat Makan Viral Di Snoworld Cafe Penaga, Pulau Pinang

  Assalamualaikum Readers
 
 
Tempat Makan Viral Snoworld Café Di Penaga, Pulau Pinang | Sedap ke tidak? Meh baca. Zaman sekarang ni semua benda nak kena viral baru orang kenal, orang tau, orang serbu terutama tempat makan. Orang buat bisnes zaman dulu kekal dan dapat bertahan sampai sekarang, tak perlu kuasa viral pun. Perasan tak? Last-last yang viral ni, buka bisnes tak sampai setahun dah tutup. Berleter pulak Nina. Heee.. Kami terjah kedai ni selepas viral di FB pada 2 Mei lepas.
 
 
Snoworld Café. Nampak sedap kan

Spaghetti Aglio Olio - RM 8.90 . Rasanya tak cukup garam. Tawar sikit

Grilled Lamb Chop - RM 18.90. Daging liat sikit, perlu improvement lagi

 
 
Sebelum terjah tu, silap sendiri sebab tak scroll baca komen-komen sampai habis. Rupanya hampir 90% netizen kata makanan tak sedap, tawar dan service tak bagus. Alamak, jawabnya kena berleter sepanjang jalan dari Penaga ke Butterworth lah. Bf kata mudah sangat percaya benda-benda viral terus nak terjah. Lepas ni kena berhati-hati. Seeloknya kalau dah tak sedap tu jangan la komen pedas-pedas, kesian owner, komen la yang positif sikit. Bukan tak nak support bisnes orang kita sendiri kena selamatkan bisnes, tak gitu?
 
 
Harga untuk minuman dan dessert. Aiskrim tu better makan di Bukit Bendera

Harga makanan nampak menarik. Agak tak berapa berbaloi. Heee
 
 

Orang melayu Penang ni kadang-kadang lebih suka masuk kedai cina dari bangsa sendiri. Sanggup beratur panjang tanpa fikir halal haram. Kedai nasi kandar tu lain lah. Memang sedap. Contoh sekarang yang viral air The Alley. Tak kuasa nak minum sebab status halal was-was. Nina tak suggest makan kat sini sebab tak ngam dengan tekak. Hehe..
 
 

4 comments:

  1. kalaulah kt blog ni bleh tag owner resto😆

    ReplyDelete
  2. Walau pun viral tak semestinya sesuai dengan tekak kita.

    ReplyDelete
  3. Tak semua yang viral tu sedap kan Nina..

    ReplyDelete
  4. Nampaknya kedai ni belum cukup viral lagi sebab saya tak pernah dengar lagi. Hehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com