29 Jul 2019

Resepi Jagung Rebus Manis Mudah

Assalamualaikum Readers
  
 
Resepi Jagung Rebus Manis Mudah | Kembali bersiaran dengan entri resepi jagung lagi! Harap tak jemu baca. Ok, janji ini entri last pasal jagung. Haha.. Memandangkan masih ada baki 3 tongkoi jagung, otak pun tak tau dah nak masak apa maka terhasil jagung rebus manis ni. Jadilah dari tak ada benda nak kunyah di hujung minggu. Mudah nak buat, selalu beli kat pasar malam tapi harga satu cup sampai RM 5.00. Aikk.. beli jagung pun tak sampai RM 4.00, mahai ya rabbi.
 

Jagung Rebus Manis Mudah

 
Jagung rebus manis ni, kalau nak rasa 'have-have' boleh tambah Chesedale beberapa keeping. Sendiri mau makan takkan nak kedekut kan. Bahan-bahan pun mudah saja. Janji boleh makan berkali-kali. Hehe..
 
 
Garam terlebih ni
 
Masukkan susu pekat
 
Dan butter
 
 
CARA-CARANYA :
 
 
1. Potong jagung dan ambil bijinya saja, ikut suka nak guna berapa tongkol
 
 
2. Dah siap rebus, toskan jagung tu
 
 
3. Masukkan sedikit garam halus dan gaul rata
 
 
4. Masukkan butter dan susu pekat, gaul semuanya. Kalau nak tambah cheese pun boleh. Dah siap!  


28 Jul 2019

Sunlight Grapefruit And Rose Hip

Assalamualaikum Readers
 
 
Sunlight Baru Grapefruit Dan Rose Hip | Suka sangat dengan Sunlight, kesetiaan dengan brand ni takkan pernah berubah. Hari-hari kita cuci pinggan, periuk dan segala macam jenis peralatan dapur. Entri sebelum ni, Nina paling suka yang Anti-Odour sebab wangi! Bila dah nak habis pencuci Sunlight tu mesti nak beli yang baru, sekali Nampak sunlight baru ni dengan warna peach. Wow menarik untuk dicuba.
 

New Sunlight Grapefruit & Rose Hip

Sangat lembut untuk kulit tangan

 
Bau yang wangi hasil campuran buah dan bunga ros. Bau sangat lembut dan tahan di tangan. Bila ada pencuci pinggan yang wangi macam ni, nak cuci pinggan pun tak rasa malas-malas dah. Hahaha.. Bukan bermakna sebelum ni pemalas cuci pinggan. Cuba la sebelum kehabisan stok! 



27 Jul 2019

Resepi Jagung Cheese Leleh Lemak Berkrim!

Assalamualaikum Readers
 
 
Resepi Jagung Cheese Leleh Lemak Berkrim | Entri lepas Nina shared resepi cucur jagung, kali ni nak share resepi jagung cheese leleh. Memang betoi meleleh cheese bila mama tunang makan. Nina masak tengahari tadi sebelum hantar Aqilah (adik tunang) balik UiTM. Bulan ni, 3 resepi berasaskan jagung dah masak, next entri pun resepi jagung jugak. Redha jelah pembaca sekalian. Nasib muka tak jadi jagung. Hahah..


Jagung Cheese Leleh Lemak Berkrim
 
Bahan utama jagung cheese leleh

 
Jagung cheese leleh ni pernah viral suatu masa dahulu dan senang nak buat. Semua bahan campak-campak dalam periuk tu, dah siap. Sambil tutup mata pun boleh masak. Jangan buat di rumah, gurau saja.. Tak galakkan makan selalu sebab makanan ni tak sihat. Heee 
 
 
Sedia untuk ngap. Lemak berkrim kuahnya
 
 
 
BAHAN-BAHAN :
 
 
4 Tongkol jagung (di potong dua)
 
 
1 Botol susu fresh milk Dutch Lady (full cream)
 
 
2 Sudu besar susu pekat (kalau nak manis boleh tambah)
 
 
2 Sudu besar Buttercup
 
 
Sedikit garam halus dan lada hitam
 
 
4 Keping Cheesedale
 
 
CARA-CARANYA :
 
 
1. Masukkan susu dutch lady, susu pekat, planta, garam dan lada dan rebus bersama jagung sehingga empuk
*Boleh juga rebus jagung dulu dan toskan, baru campur dengan bahan-bahan yang lain.
 
 
2. Bila jagung dah masak masukkan cheesedale dan tutup api. Biarkan cheese cair dengan sendirinya
 
 

23 Jul 2019

Resepi Kerabu Epal Ikan Bilis

Assalamualaikum Readers
 
 
Resepi Kerabu Epal Ikan Bilis | Resepi Kerabu Berasaskan Epal Hijau Dan Ikan Bilis | Pernah cuba makan kerabu epal? Ini first time Nina makan dan belajar cara nak membuatnya. Apa yang mak belajar di kelas masakan mestilah nak cuba buat. Kalau tak resepi tu jadi pekasam, tak pun jadi makanan lipas, lipas kat rumah makan kertas woihhh. Hahaha.. Sedap makan kerabu epal dengan nasi panas, makan bertambah-tambah. Resepi ni belajar 18 Julai lepas. Rugi peminat kerabu tak cuba buat.


Kerabu Epal Ikan Bilis
 
Kerabu epal bersama halia dan daun pudina


Kerabu Epal ni kategori kerabu sihat jugak lah, semua bahan fresh, setakat ni dah 3 kali buat kerabu epal. Jadi faveret pulak, maybe sebab senang nak buat dan tak perlu simpan lama-lama dalam peti ais. Buat kerabu mesti habis dalam satu hari. Sesuai untuk hidangan 4 orang makan.


Dah ready nak gaul kesemua bahan




BAHAN-BAHAN :
 
 
2 Biji epal hijau
 
 
150gm Ikan bilis (di goreng & di tumbuk halus)
 
 
4 Biji bawang merah
 
 
3 Biji cili padi (boleh tambah jika nak lebih kick)
 
 
1 Biji cili merah
 
 
*Bawang merah, cili padi dan cili merah di mayang halus
 
 
1 Batang serai (ambil bahagian tengah)
 
 
3 Batang daun pudina
 
 
*Serai dan pudina juga di mayang halus
 
 
1 Biji limau kasturi (ambil jus)
 
 
150gm Kacang tanah (di tumbuk, biarkan kasar)
 
 
Sedikit garam halus dan gula secukup rasa
 
 
CARA-CARANYA :
 
 
1. Masukkan halia dan daun pudina yang sudah di mayang halus ke dalam mangkuk besar
 
 
2. Goreng kacang dan ikan bilis biar sehingga sejuk baru di tumbuk, pastikan ikan bilis di tumbuk halus dan kacang sedikit kasar
 
 
3. Masukkan garam, gula, bawang merah, cili merah, cili padi dan gaul bersama halia dan daun pudina bersama jus limau kasturi
 
 
4. Sagat epal memanjang halus, boleh pilih nak kupas kulit atau tak
 
 
5. Gaulkan epal hijau bersama kacang dan ikan bilis. Siap untuk dihidang!

 

21 Jul 2019

Terima Kasih Blogger Anies

Assalamualaikum Readers
 
 
Rasa macam tiap-tiap bulan dapat parcel dari Anies. Rasa macam buah hati dia pulak. Hahaha.. Pos senyap-senyap pulak tu. Apapun terima kasih tak pernah lupa orang di utara ni selain boyfriend dia tu. Kalau ikutkan dah banyak dapat barang comel-comel siap penuh satu kotak semua barang-barang purba pemberian Anies. Dah tak tau nak merepek apa kat dia ni selain dalam whatsapp.
 

Comel FM Da'nang ni, kalau kat HCM susah nak jumpa macam ni
 
 

20 Jul 2019

Resepi Cucur Jagung Lembut

Assalamualaikum Readers


Resepi Cucur Jagung Lembut | Cucur Jagung Segar | Sebelum ni ada juga share resepi cucur jagung tapi tak guna jagung fresh tapi dalam tin, mesti dari segi rasa dan bantuk takkan sama dan Nina baru tau nak lembutkan cucur kena masukkan butter, baru cucur lembut walaupun simpan dari pagi ke petang. Beberapa hari sebelum adik tunang nak masuk UiTM Merbok, Nina ke Econsave nampak jagung, memang selalu beli jagung kat situ sebab fresh dan helok kejadiannya. Jual tanpa dikupas kulit jagung, geram tengok kekuningan.


Adunan cucur jagung
 
Bukan bulat-bulat janji lembut
 
 
 
Maybe rezeki Aqilah, pagi sebelum gerak ke Merbok tu Nina buatkan cucur jagung untuk bekal manalah tau lapar. Masuk-masuk dalam kereta, dah tinggal separuh cucur tu (pi naik sebuah kereta, tunang tengah kelaparan, baru parking di masjid Seberang Jaya, kalut ambik tapaware masuk kereta abah dia). Nasib baik makan siap-siap kat rumah, katanya macam tau-tau Aqilah tengah kempunan nak makan cucur jagung. Alhamdulillah, cucur separa hitam laku keras.
 
 
 
UiTM Merbok, kawasan luas tak ada lah hulu sangat
 
Mama tunang belikan masa singgah makan di Pelita, beli sorang satu untuk mak dan bapa. Hahaha kelakar, katanya tak payah berebut. Tak tau pulak YT ada keluarkan prun
 
 

BAHAN-BAHAN :
 
 
2 cawan tepung (cap sauh)
 
 
2 tongkol jagung diambil biji sahaja, jangan rebus
 
 
1 biji cili merah (dipotong nipis, kalau nak pedas boleh tambah cili)
 
 
Beberapa ekor udang dipotong
 
 
Sedikit lada hitam
 
 
2 sudu buttercup
 
 
2 biji bawang merah (dipotong nipis)
 
 
Sedikit garam halus
 
 
CARA-CARANYA :
 
 
1. Masukkan tepung dan gaul bersama air sampai betul-betul lembut tepung tu dan masukkan butter.
 
 
2. Dah siap adunan, boleh masukkan lada, garam, udang, cili merah, bawang dan gaul sebati. Siap digoreng!

17 Jul 2019

Resepi Popia Carbonara

Assalamualaikum Readers 
 
 
Resepi Popia Carbonara | Popia Carbonara Prego | Kalau perasan dalam entri cerita raya, Nina ada makan popia carbonara di rumah tunang, masa tu tak buat majlis lagi. Nak balik, mama bf tapaukan pulak lagilah seronok sebab tak puas makan. Jadinya malam sebelum majlis, Nina terfikir nak hidangkan popia carbonara dengan makaroni goreng untuk sedara-mara, kawan dan orang datang pasang pelamin. Menu simple dan mudah nak masak tapi tidak bila part nak balut popiaaaaa... Arghhhh FAIL!



Popia Carbonara
 
Popia edisi 1st buat 11 Julai lepas . Terlebih muatan banyak yang tak menjadi

Popia edisi ke 3, dibuat 15 Julai . Inti sikit dan menjadi jugak lah
 

Popia carbonara ni kalau first time buat memang takkan menjadi. Sebab nak balut popia kena ada teknik, nak beli kulit popia kena cari yang tebal, kalau nipis nanti bila goreng, semua inti berterabur keluar. Dah siap balut kena gamkan popia tu, nak goreng tak boleh api panas. Renyah nak membuat tapi sedap.
 
 
 
Bahan-bahan utama popia carbonara
 
Semua bahan dipotong kecik
 
 
BAHAN-BAHANNYA :
 
 
Kulit popia (beli brand Tesco)
 
 
1 Botol besar Prego Carbonara
 
 
2 Batang karot (dipotong dadu)
 
 
3 Biji bawang putih (dicincang halus)
 
 
100gm Isi ayam (dipotong kecik)
 
 
12 Batang sosej (ikut suka)
 
 
Lada Hitam (nak tambah rasa pedas sikit)
 
 
Keju Cheesedale (ikut citarasa)
 
 
Dah siap dimasak . Tak masukkan garam sebab sos prego dah cukup rasa
 
 
CARA-CARANYA :
 
 
1. Panaskan minyak, sikit sahaja
 
 
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan
 
 
3. Masukkan kesemua sos Prego, boleh tambah air dalam tin untuk masukkan lebihan sos yang ada
 
 
4. Masukkan karot dan biarkan empuk
 
 
5. Bila karot dah empuk, boleh masukkan ayam dan biar seketika sebelum masuk sosej dan lada hitam
 
 
6. Dah siap masak, biarkan sejuk baru boleh balut popia

 

16 Jul 2019

NEW Portuguese Chicken Burger McDonald's

Assalamualaikum Readers
 
 
NEW Portuguese Chicken Burger McDonald's | McDonald's kembali dengan burger baru dengan menu Burger Ayam Portugal sempena kempen 'Discover the World 2019 McDonald's Malaysia', di inspirasikan oleh pemandangan, suasan dan citarasa Portugal maka terciptalah burger ayam Portugal yang sangat unik rasanya dan dapat diterima oleh tekak melayu di Malaysia.. Hehe. Sedap woo burger ayam Portugal bersama sos piri-piri yang unik. Dapatkan selagi stok masih ada!!


NEW Portuguese Chicken Burger McDonald's . Harga dalam RM 16.03 + Mocha Latte RM 2.95
 
Packaging pun kemas
 
 
Burger Ayam Portugal ni rasa apa? Bagi Nina kepingan daging ayam yang digoreng enak, di celup ke dalam sos piri-piri yang unik, dihidangkan bersama camapuran sayur-sayuran dan salad segar, di kepit apit dengan roti ban yang mengandungi emping cili. Memang hidangan yang lazat, rasa dia ada rempah ratus unik ala Portugal. Sos piri-piri melimpah tu bila kunyah rasa manis-manis sikit.
 
 
Sos piri-piri yang melimpah, dah macam style nasi kandaq
 
Close up sikit inti di dalam
 

 
Burger didatangkan dalam set. Sekali dengan French Fries dan air Fanta Grape McFreeze atau pun boleh pilih nak Coke saja. Kalau drive thru McDonald's Sunway (bukan KL tau), staff akan bagi air mocha. Sengal betoi, tak pernah dapat air Fanta Grape tu. Harga dari RM 16.08. Sapa penggemar burger McDonald's, jangan lepaskan peluang nak rasa burger edisi Portugal ni. Tak sabra nak tengok menu Negara mana pulak lepas ni yang McDonald's pilih.      
 


Review Filem : Spider Man - Far From Home

Assalamualaikum readers


Review Filem : Spider Man - Far From Home | Rasanya ini antara filem Spider Man yang terbaikk! Rupanya sudah 3 filem Spiderman lakonan Tom Holland telah diterbitkan. Umum mengetahui tentang apa yang berlaku dalam Avengers: Endgame. Selepas kematian Iron Man (dan Black Widow di Vormir) serta Captain America menjadi tua (menyerahkan shield kepada Falcon), dunia seakan melihat berakhirnya pasukan Avengers.




SINOPSIS :


Filem ini menjelaskan bagaimana rakan sekolah Peter yang hilang selama 5 tahun akibat petikan jari Thanos, kembali tanpa dimamah usia, sedangkan mereka yang lain menjadi tua. Ini kerana dalam Avengers: Endgame meninggalkan penonton dengan tanda tanya. 


Selepas kematian mentornya Tony Stark, untuk menghilangkan rasa sedih, Peter menyertai rombongan sekolah dengan rakan-rakan kelasnya - Ned, MJ, Flash dan Betty ke Eropah. Mereka perlu meneruskan pembelajaran di Sekolah Tinggi Midtown walaupun sudah 5 tahun berlalu. Peter merancang untuk meluahkan isi hatinya pada MJ.



Di Venice, Peter dan rakan-rakanya diserang oleh makhluk yang dikenali sebagai Elementals. Ketika bersedia untuk berhadapan dengan musuh baru itu, seorang lelaki misteri muncul dan menewaskan. Nick Fury yang mengetahui ancaman tersebut, telah mencari Peter dan meminta bantuannya. 



Di markas Nick, Peter bertemu lelaki misteri bernama Quentin Beck atau Mysterio, superhero yang datang dari dunia 'Multiverse'. Nick meminta Peter bekerjasama dengan Mysterio untuk menentang satu kuasa jahat baru iaitu Elementals. Tanggungjawab besar yang dipikul Peter dalam menyelamatkan dunia tanpa Iron Man dan pasukan Avengers.




Peter terpedaya dengan Mysterio dan menganggap sebagai mentor terbarunya. Mysterio bijak memperdayakan Peter sehingga menyerahkan cermin mata peninggalan Tony Stark yang mengandungi perisai A.I rahsia yang mampu mengawal satelit milik Stark Industries.



🌟🌟🌟🌟🌟 / 5


Jangan keluar wayang awal kerana scene kedua menunjukkan di mana Nick Fury dan Maria Hill dalam kereta, yang bertukar rupa menjadi Skrull! Rupanya sepanjang filem, mereka adalah Skrull yang menyamar dan melaporkan perkembangan kepada Nick Fury sebenar, yang berada di angkasa lepas, juga bersama-sama Skrull. Sama-sama nantikan dalam filem akan datang Marvel.

4 Jul 2019

Belanja Makan Di IKEA Batu Kawan

Assalamualaikum Readers
 
 
Bestnya bila ada orang belanja makan di IKEA Batu Kawan. Mulanya bf tak nak celebrate birthday Nina sebab dah nak tunang, nanti dapat hadiah cincin. Ngok ngek betoi. Hahaha.. Last-last malam 3 Julai, ajak pi Design Village nak beli baju t-shirt tunang, nak sedondon. Dah pusing satu butik Esprit, dapat lah baju yang dia nak tu. Bf tanya nak makan kat mana, dah alang-alang dekat dengan IKEA. Makan kek sepotong pun jadilah. Bukan kanak-kanak Ribena lagi.
 
 
Design Village masih lagi mood raya
 
Birthday treat !! Alhamdulillah genap usia 29 tahun
 
Bestnya kawen nanti boleh decorate rumah sendiri. Verangan dulu
 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com