17 Jul 2019

Resepi Popia Carbonara

Assalamualaikum Readers 
 
 
Resepi Popia Carbonara | Popia Carbonara Prego | Kalau perasan dalam entri cerita raya, Nina ada makan popia carbonara di rumah tunang, masa tu tak buat majlis lagi. Nak balik, mama bf tapaukan pulak lagilah seronok sebab tak puas makan. Jadinya malam sebelum majlis, Nina terfikir nak hidangkan popia carbonara dengan makaroni goreng untuk sedara-mara, kawan dan orang datang pasang pelamin. Menu simple dan mudah nak masak tapi tidak bila part nak balut popiaaaaa... Arghhhh FAIL!



Popia Carbonara
 
Popia edisi 1st buat 11 Julai lepas . Terlebih muatan banyak yang tak menjadi

Popia edisi ke 3, dibuat 15 Julai . Inti sikit dan menjadi jugak lah
 

Popia carbonara ni kalau first time buat memang takkan menjadi. Sebab nak balut popia kena ada teknik, nak beli kulit popia kena cari yang tebal, kalau nipis nanti bila goreng, semua inti berterabur keluar. Dah siap balut kena gamkan popia tu, nak goreng tak boleh api panas. Renyah nak membuat tapi sedap.
 
 
 
Bahan-bahan utama popia carbonara
 
Semua bahan dipotong kecik
 
 
BAHAN-BAHANNYA :
 
 
Kulit popia (beli brand Tesco)
 
 
1 Botol besar Prego Carbonara
 
 
2 Batang karot (dipotong dadu)
 
 
3 Biji bawang putih (dicincang halus)
 
 
100gm Isi ayam (dipotong kecik)
 
 
12 Batang sosej (ikut suka)
 
 
Lada Hitam (nak tambah rasa pedas sikit)
 
 
Keju Cheesedale (ikut citarasa)
 
 
Dah siap dimasak . Tak masukkan garam sebab sos prego dah cukup rasa
 
 
CARA-CARANYA :
 
 
1. Panaskan minyak, sikit sahaja
 
 
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan
 
 
3. Masukkan kesemua sos Prego, boleh tambah air dalam tin untuk masukkan lebihan sos yang ada
 
 
4. Masukkan karot dan biarkan empuk
 
 
5. Bila karot dah empuk, boleh masukkan ayam dan biar seketika sebelum masuk sosej dan lada hitam
 
 
6. Dah siap masak, biarkan sejuk baru boleh balut popia

 

6 comments:

  1. mmg sedap...pernah makan sekali....tpi xpernah buat lagi....hehehe...thanks for the share...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa...nak buat jugak nanti..anak dara akak dah berzikir kat telinga dah...

    ReplyDelete
  3. Alahai...masuk sini terus jadi lapar akak dibuatnya.
    Ini antara makanan viral yang akak belum pernah rasa/buat sampai sekarang. Nanti nak buatlah :)

    ReplyDelete
  4. kwn kpd kazen sy jual popia ni kt hostel... laku keras beb!

    ReplyDelete
  5. Nasib baik resepi senang. Boleh tiru buat ni, hiks

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. memang nak kena pandai balut dan kulit tu kena tebal kan nina.. kalau tak memang hancur..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com