28 August 2019

Tempat Makan Best Di Pit Stop Food Stall @ Tikam Batu, Sungai Petani

Assalamualaikum Readers
 
 
Tempat Makan Best Di Pit Stop, Tikam Batu Sungai Petani | Tempat Makan Best Di Sungai Petani | Shell Out Best Sungai Petani | Lamanya tak jjcm area SP, sekarang banyak tempat makan best kat sana. Since bakal adik ipar study UiTM Merbok boleh round cari makan. Selalunya ke Sungai Petani sebab nak pi Jakel, Gulatis tak pun Ariani. Semata-mata nak shopping. Nak ke Pit Stop ni kena ikut jalan lama baru jumpa, betul-betul sebelah sempadan Pulau Pinang-Kedah. Kalau guna highway macam jauh sikit la. Tempat makan ni lebih kepada food stall, ada macam-macam kedai makan boleh pilih. Shell out rancak di waktu malam.   
 
 
Pit Stop Food Stall Sungai Petani

Best makan sambil tengok bendang

Set 5 lauk + 4 pinggan nasi hanya RM 42 . Semuaaa sedap! Licin pinggan

Air ni sedap betul cuma nama macam perempuan. Lebih kurang air Lemon Herbs hanya RM 4.50


3 Ogos lepas (sabtu) dah alang-alang nak jumpa Lala (travelmate), terus pickup Aqilah di uitm, nak belanja makan sempena birthday-nya yang dah lepas, janji kak Nina dah bagi hadiah. Kesian asyik whatsapp bagi tau craving macam-macam. Kiranya macam bonding time gituuuu. Ni first time, Nina dan bebudak makan kat Pit Stop, selalunya dari Kepala Batas takkan perasan stall ni sebab terlajak jalan. Lepas dari jambatan Tikam Batu, kena slow kereta. Stall ni di sebelah kanan jalan.  
 
 
Hai lah bakal adik ipar bongsu ni
 
Harus la ada selfie mem besaq blog ni. Hehehe.. Semoga murah rezeki belanja orang makan

Rindu Lala tak blogger Anies?? Dah nak di pinang orang

 
Dah makan kenyang, singgah beli satay Semeling, kata orang sedap bagi Nina biasa saja. Si Sha sampai marah sebab ada pompuan gemok potong line. Hahaa.. Redho saja tunggu dalam kereta. Dapat la sorang satu jelly kelapa. Sedap dari satay! Haha.. Lepas membeli, hantar budak tu balik Merbok sebelum maghrib. Selfie sekeping berkeping around U sebelum balik.


Jelly kelapa Semeling
 
UiTM dihati kami sebab ada budak shawl merah ni
 
Birthday present tahun ni dari mak mertua. Hahaa siap whatsapp gambar

Seronok budak ni dapat hadiah birthday baju warna fav. Jenuh pusing satu Queensbay dengan mama dia. Kalau tak sayang tak tahu la


Senang saja nak cari Pit Stop Food Stall ni. Hampa ikut waze confirm sampai. Tak sesat punya. Kalau dah sampai negeri Kedah jangan lupa singgah naa. Boleh usha makanan apa yang ada kat bawah ni :
 
 
Official FB : Pit Stop Food Stall
 
Official IG :  @lalalastreet_sungaipetani
 
 


2 comments:

  1. Menariknya sambil makan sambil tengok pemandangan bendang....wah...bleh jadi menantu kesayangan ni....

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com