26 September 2019

Air Boost Juice Bars Sedap!

Assalamualaikum Readers
 
 
Sedap Air Boost Juice Bars | Pernah dengar tak pasal boost juice? Actually Nina confuse antara Juice Works dengan Boost Juice. Dah la warna hamper sama hijau pucuk pisang. Haha.. Sampai lah dah tunang, baru kenal apa itu Boost Juice Bars! sebab 2 orang adik tunang kerja part time, setiap kali melawat dorang di Queensbay Mall dapat air jus percuma. Kesiannya Nina tak pernah tahu, mungkin juga bukan peminat jus. Boost ni originally dari Aussie.  


Boost Juice Bars (large size) . Disebabkan ketagih, singgah beli untuk mak sekali.
 
Air ni takkan tahan selama berjam-jam sebab sedap

 
Faveret Nina ada 3 jenis iaitu smoothie dan jus (Superfruit Smoothie, All Berry Bang, Berry Crush) . Semuanya berasaskan strawberi dan rasberi. Tak terlalu masam atau manis, lebih kurang minum ice blended versi buah. Sejak start minum, memang ketagih. Haha tapi okay ketagih benda healthy. Dah jarang minum Starbucks. Sesuai untuk yang tengah diet. Banyak lagi pilihan perisa yang boleh dipilih. Harga original size rasanya RM 14.00, selalu minum free, tak kisah pasal harga. Haha..  
 
 
 
Boleh pilih minuman klik sini 

Superfruit Smoothie (Superfruit Energy) - RM 16.00

All Berry Bang
 
Berry Crush - RM 11.00

 
 
Brand minuman kesihatan ni dah lama kat Malaysia. Apa yang menariknya Boost Juice Bars ini semua jus dan smoothie sekurang-kurangnya 98% bebas lemak, tidak menggunakan perisa tambahan, bahan awet, pewarna dan tiada gula atau air. Bukan saja minuman berkhasiat malah rasanya sedap dan segar.
 
 
 
Minuman ini hanya menggunakan buah-buahan terbaik seperti lobak merah Australia dan bukannya lobak merah China yang rendah mutunya dan semua smoothie mengandungi yogurt TD4 yang dipaten dan diimport dari Australia. Ia mengandungi kultur hidup yang baik dan sesuai untuk system penghadaman.  


1 comment:

  1. Adoi.. tengok gambar pun dah sedap.. kalau dapat ini memang bestlah..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com