27 September 2019

Pokok Kucing Galak Untuk Kucing

Assalamualaikum Readers

 
Khasiat Pokok Kucing Galak Untuk Kucing | Asyik buat entri makan saja, hmm I tak kuat, tengok makanan-makanan. Ok sapa cat lovers mesti WAJIB tau pokok ni. Kat area rumah banyak pokok-pokok kucing galak tumbuh dengan subur. Jadi senang nak jadi supplier untuk kucing-kucing British Short Hair abah tunang. Semua kucing pasti sukakan pokok ni. Kalau dapat tu macam kena dadah pulak.


Pokok kucing galak ready untuk BSH

Macam ni la bila ketagihan dadah

 
Pokok ni berasal dari India dan negara sekitarnya. Selalunya cabut dan buang pasir yang melekat di akar terus beri pada kucing. Kalau basuh tu kucing tak gemar akar basah. Tarikan pokok ni pada akarnya, bila dah cabut akan menarik kucing untuk datang. Kucing boleh hidu dalam jarak 1-3 meter setelah pokok dicabut. Jadi bila dah cabut pokok ni perlu ada pokok lain untuk di jadikan benih. Pokok ni tak boleh di tanam, perlu semai menggunakan biji dari buahnya.  


Geram betul baby BSH abah tunang ni. Cantik bulu! Yang ni memang tak jual 

Corak bulu dah macam kek lapis. Hahaha


 
APA KHASIATNYA UNTUK MEOW?
 
 
 
1. Menambah tenaga
 
Salah satunya untuk menambah tenaga meow. Kucing jantan yang memakan akarnya mampu melayan beberapa ekor kucing betina. Bagi betina yang makan daun dan akarnya boleh kembalikan tenaga terutama selepas beranak.
 
 
2. Merawat kesihatan
 
Kucing kampung yang biasa berdikari, selalunya akan memakan pokok kucing galak yang sememangnya tumbur meliar untuk merawat diri sendiri.
 
 
3. Mengubati masalah pencernaan
 
Zat yang terkandung di dalam pokok kucing galak mampu melancarkan system pencernaan kucing. Kalau nampak tanda-tanda kucing tak sihat tu cuba carikan pokok kucing galak ni.  
 
 
4. Menggembirakan kucing dan menghilangkan strees
 
Kucing akan jadi teruja bila dapat bermain dengan pokok kucing galak ni. Seperti ketagihan dadah. Haha.. Kucing pun boleh stress, mulalah hilang selera makan, itu ini.
 
 

1 comment:

  1. Baru tahu ada pokok yang disukai kucing.. tq Nina share info ohsem ini..
    nama pokok pun ohsem.. hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com