31 Oct 2019

Review Filem Maleficent Mistress of Evil (2019)

Assalamualaikum Readers
 
 
Maleficent : Mistress of Evil | Review Filem Maleficent 2 | Filem yang ditunggu-tunggu selain Frozen. Akhirnya keluar jugak Maleficent kedua ni. Nak tengok wayang pun jadi unplanned dating sebab tak harap dapat tengok yelah masing-masing busy. Siapa yang tengok filem pertama mesti nak tahu apa kesudahan nasib Maleficent dan Aurorakan. 
 
 
Maleficent : Mistress of Evil (2019)

 
 
Maleficent Mistress of Evil ni terasa seperti filem epic fantasi yang baru, kerana filem kedua ni tak ada apa-apa hubungan dengan dongeng Sleeping Beauty lagi. Ia lebih kepada rasa seorang permaisuri yang ingin membalas dendam ke atas dunia Moors dan Maleficent. Sebab apa? Kena tengok okay. Paling Nina suka tengok cinematography memang ohsem. CGI pun cantik especially babak 'water bubble'. Weeee..
 
 
SINOPSIS :
 
 
 
Maleficent : Mistress of Evil adalah sambungan kepada filem pertama sebelum ini. Konflik timbul bila penyatuan dua kerajaan ni sebenarnya tidak di'restui' . Kisah bermula apabila puteri angkat Maleficent, Aurora (seorang manusia) diangkat menjadi Queen of The Moors (Ratu Moors), kerajaan magis yang dihuni oleh golongan pari-pari serta makhluk ajaib lain-lain. Aurora (Elle Fanning) berharap pernikahannya dengan Putera Philip (Harris Dickinson) akhirnya dapat menyatukan dua manusia dengan dunia pari-pari.
 
 
 
Di jemput ke istana untuk makan malam
 
Prince Philips bawa Aurora bertemu ibubapanya
 
Awkward scene
  
 
 
Walau bagaimanapun, mereka perlu bertemu ibubapa masing-masing sebelum mendapat restu bagi meneruskan majlis perkahwinan bersejarah ini. Di sini lah konflik bermula. Maleficent melakukan yang terbaik untuk tersenyum tanpa di lihat mengancam nyawa manusia (yang sedia takut padanya) di sekitarnya. Dia cuba sedaya upaya demi kebahagiaan kesayangannya, Aurora. Maleficent cuba beralah untuk menarik perhatian orang tua Philip, King John dan Queen Ingrith. Maleficent sanggup mengenakan selendang untuk menutup tanduknya. Salah satu babak lucu.
 
 
 
Mengajak Aurora pulang selepas King Stefan pengsan
 
Maleficent cedera ditembak peluru besi
 
Conall, ketua Dark Fae (bangsa makhluk bersayap) . Berlindung di tempat rahsia dari manusia
  
 
Bermulanya konflik apabila makan malam bertukar menjadi kecoh apabila King John tiba-tiba rebah dan menuduh Maleficent melakukan sumpahan oleh Queen Ingrith. Maleficent bersedia untuk pulang ke Moors bersama Aurora tetapi dia enggan sebelum Maleficent dikatakan tak pulang-pulang ke Moors dan disedari oleh Deval (si gagak yang setia). Jeng.. jeng
 
 
 
Borra dan Conall
 
Pari-pari dan makhluk Moors dijemput ke istana untuk majlis perkahwinan Aurora

 Maleficent is reborn as a Phoenix
 
 
------------------------------------------------------------------- 
 
 
Sementara filem pertama menggunakan bekas kekasih Maleficent, King Stefan sebagai watak yang bersifat maskulin toksik (dahagakan perang dan kekerasan) tapi Maleficent 2 mengakui watak jahat tidak hanya untuk golongan lelaki. Wanita juga boleh menusuk-nusuk Maleficent dengan provokasi sehingga Aurora, (boleh dikatakan bengap) berpihak padanya. 
 
 
 ---------------------------------------------------------------------
 
 
Apa yang menarik Maleficent 2 :

 
 
1. Watak protagonist si jahat yang ada tu sampai rasa nak hentak-hentak dengan batu.
 
 
2. Sayang, Prince Philip kurang menjiwai watak. Tak Nampak sebagai seorang bakal raja. Tunggu pak dia bangun sampai tak perasan Queen Ingrith pi mana. 
 
 
3. Maleficent 2 menggunakan modal peperangan antara makhluk pari-pari yang baik hati dengan kaum manusia yang punyai hati yang dingin (tentera King John kena pukau).
 
 
4. Maleficent 2 mengajar kita kerana cinta, boleh saja berubah dari baik ke jahat dan sebaliknya. 
 
 
5. Sebesar mana pun api kebencian, tetapi dapat bertukar menjadi kasih sayang.
 
 
6. Unconditional love does exist.
 
 
7. Baju Aurora semua cantik especially scenes terakhir. Dah macam lampu raya. Hahah
 
 
8. Yang penting, jangan ingkar perintah ibu. Aurora yang tak percayakan Maleficent sehingga dia melakukan kesalahan bodoh.
 
 
9. Bagaimana Maleficent dapat rasa bunga kubur dicabut dengan rakus oleh tentera Ulstead dan pulang ke Moors dengan perasaan sedih. Dari mana asal usul Maleficent dan Dark Faes.       

 
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
  

29 Oct 2019

Butterworth Unicorn 5KM Fun Run 2019

Assalamualaikum Readers
 
 
Butterworth Unicorn 5KM Fun Run | Unicorn Fun Run 2019 | Event ni ialah yang pertama kali Nina join. Haha.. Kalau tak kerana blogger Anies, sampai ke sudah tak join fun run dan seangkatan sebab tak ada geng, banyak geng makan. Heee..  Event anjuran Jom Run yang berlangsung di setiap negeri bermula tahun ini sehingga tahun depan. Event Butterworth ini disertai hampir 1k orang. Jumlah sebenar tak pastilah. Yang penting banyak unicorn team. Nak join cepat-cepat tengok dalam apps Jom Run. Banyak fun run menanti untuk tahun 2020.


Collect baju dapat 3 benda ni. Cantikkan baju Unicorn Fun Run

Flag off selepas Zumba pukul 8.00 pagi
 
Larian Unicorn Fun Run di sekitar kawasan Bagan


Senang saja nak masuk fun run ni, dengan install app Jom Run di fonsetiap bulan ada fun run. Maka dengan itu kami cepat-cepat grab Super Early Bird yang berharga RM 28 (first 500 slot). Unicorn fun run ni pada 13 Oktober lepas di De'Garden Hotel Butterworth (tempat penginapan 1 malam blogger Anies), sementara tak masuk bulan 11 ni marilah hapdate dalam blog sebelum cerita menjadi pekasam. Hehehe..



Nama pun Unicorn Fun Run mesti ada yang pakai hairband kecuali Anies . Dia jadi Dato Vida

Kami exchanged hairband. Nampak tak budak tu?

Separuh jalan, lagi 2KM. Jalan ditutup sebelah sahaja
 
 
Sebelum flag off, macam biasa ada senaman zumba. Lepas tu barulah peserta larian dilepaskan kira-kira jam 8.00 pagi tapi kami turun dari hotel lewat, tengok jelah orang berzumba. Terkedek sana terkedek-kedek sini. Jarak larian cuma 5KM tapi Nina super excited, dah lari lepas tu stop tunggu puteri Elsa Frozen Dato Vida tertinggal kat belakang, yang penting lari dengan selamat dan berpeluh pagi tu. Meh layan sebahagian gambar yang kami snap, jalan tapi selfie. Boleh tukar nama dah Butterworth Unicorn Selfie Fun Run. Refreshment dapat roti coklat dan air mineral. Ok lah tu.   



Dato Nina bergaya bersama crown plastiknya


Larian sebelah hotel saja, tempat parking tu jangan harap nak ada, pukul 6 lebih pun orang dah sampai.
 
Omeynya finisher medal
 

28 Oct 2019

Review Filem - Rambo Last Blood (2019)

Assalamualaikum Readers

 
Filem Rambo : Last Blood (2019) | Movie first untuk bulan Oktober ni. Walaupun sibuk tetap luangkan masa. Ehh.. Sebenarnya tak plan pun nak tengok wayang dengan tunang movie ni. Yelah, siapa yang layan movie Rambo dari mula sehingga ke movie terakhir Rambo oleh Sylvester Stallone. Dah umur 70 tahun lebih tapi masih kuat berlakon. Filem ini dikatakan siri terakhir filem Rambo. Tak sesuai untuk kanak-kanak, pesakit jantung dan ibu mengandung sebab NGERI!!
 
 
Review Filem - Rambo Last Blood (2019)

 
 
SINOPSIS : 


Filem yang mengisahkan John Rambo yang merupakan seorang veteran Perang Vietnam. Kali ini, dia perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan anak angkatnya yang dijual kepada kartel dadah Mexico. Kisahnya dimana Rambo sudah menjalani kehidupan seharian dengan cara positif kemudian kembali diuji dimana dirinya terheret untuk berhadapan dengan kumpulan bapa ayam dari Mexico yang menjadikan anak angkatnya Gabrielle sebagai pelacur. Gabrielle memandu ke Mexico untuk berjumpa dengan ayahnya dan kemudian dijual kepada bapa ayam oleh kawannya.
 
 
John Rambo
 
Gabrielle sebagai anak angkatnya
 
Dating ke tu?
 
 
Apabila Rambo ke Mexico untuk menyelamatkan Gabrielle, maka bermula aksi-aksi memukul, konflik dan pelbagai jenis kejutan. Banyak babak-babak pertempuran, letupan dan adegan ngeri. Banyak darah sana sini terutama plot Rambo membalas dendam diatas kematian Gabrielle dan konco-konco dadah Mexico datang ke rumah ladangnya untuk membunuh Rambo.
 
 
Rambo diserbu konco-konco bapak ayam
 
Gabrielle diugut

Adik beradik bapak ayam


 Filem yang boleh berdiri sendiri walaupun tak pernah menonton filem-filem terdahulu tetapi Nina faham plot ceritanya. Filem ini penuh dengan mesej menarik salah satunya menghormati kasih sayang dan kepercayaan insan tua yang benar-benar menyayangi kita. Watak Gabrielle yang terlalu mengikut kata hati dan keinginannya sehingga mengkhianati kepercayaan yang diberikan Rambo dan neneknya sehingga akhirnya menerima pembalasan yang menyayat hati.
 
 
Rambo menunggu konco kartel dadah
 
Teringin nak rambut tunang macam ni. Haha 
 
Matilah geng-geng dadah di tangan Rambo


Dari segi mesej pandangan penjenayah tahap atasan dimana mereka melihat wanita-wanita sebagai benda dan bukannya manusia. Itulah jiwa penyenayah tidak berhati perut ini berfikir. Kita sedia maklum, Mexico merupakan negara pengeluar dadah di benua Amerika Latin dan kerajaan mereka tak berupaya nak membasmi kartel-kartel dadah. Jangan lupa saksikan (kalau masih available lagi di pawagam).  


🌟🌟🌟


27 Oct 2019

Review Filem Goosebumps 2 : A Haunted Halloween

 Assalamualaikum Readers


Meh kita layan movie Goosebumps 2 pulak. Seram atau kelakar kena tengok sendiri. Bila tengok klu-klu yang ada,  yang pasti akan ada sekuel ke 3 selepas habis tayangan. Mungkin dalam tempoh 2 tahun akan datang. Tak sabar nak tengok. Jom baca apa yang jadi pada kanak-kanak dalam siri ke 2 ni. Movie ni cantik dengan CGI yang mantap. Sesuai untuk kanak-kanak kecuali yang masih tadika dan kebawah tak digalakkan. Takut dorang menangis. Haha



Sinopsis :


Goosebumps 2 masih lagi mengekalkan konsep asal iaitu karakter-karakter dari sebuah buku yang ditulis oleh R.L Stine hidup ke alam nyata dan kalini buku yang tak pernah disiapkan telah dijumpai oleh 2 orang kanak-kanak yang digelar "Junk Bros" di dalam satu peti rahsia. Segalanya bermula apabila mereka membaca satu mantera yang terdapat bersama-sama buku dan satu anak patung ventrilokis telah muncul secara tiba-tiba.



Mereka kemudiannya telah membawa pulang anak patung tersebut dan beberapa kejadian aneh telah berlaku di rumah mereka dan akhirnya mereka sedar patung itu boleh bercakap dengan sendirinya dan mempunyai satu niat jahat. 2 orang kanak-kanak bersama kakaknya merancang untuk menghanyutkan patung di dasar sungai namun gagal setelah patung itu berjaya melepaskan diri dari kurungan yang dibuat mereka.




Patung itu akhirnya membuat rancangan sendiri dengan menggunakan jampi yang sama untuk menghidupkannya dari dalam buku dengan menjampi bandar dan menghidupkan setiap patung yang ada dan menjadikan cerita dalam buku "Haunted Halloween" itu satu realiti. Berjayakah mereka menewaskan patung tersebut? Kena tengok sendiri. 


🌟🌟🌟


25 Oct 2019

The Friday Poolside BBQ, Royale Chulan Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
The Friday Poolside BBQ Di Royal Chulan Penang | Best Buffet Dinner Di Penang | Kembali lagi dengan tawaran buffet makan malam di tepian kolam renang atau sebagai The Friday Poolside BBQ di Royale Chulan Penang. Kalau nak tahu di Royale Chulan boleh dikatakan hampir setiap bulan dorang ada buat promosi!! Tak sangka dapat jemputan dalam whatsapp, hehe.. mudah dan cepat dari email. Sangat excited nak mencuba buffet dinner ni. Selalunya kalau ke Royale Chulan Penang, Nina akan menikmati hidangan di Sri Tanjung Café.
 
 
Friday Poolside BBQ @ Royale Chulan Penang 2019
 
 
Apa yang menarik apabila teruja dapat makan hidangan di tepi kolam renang sambil boleh melihat hidangan BBQ yang disediakan oleh Executive Sous Chef, Chef Khamarullizad @ Chef Andy. Dengan menitik beratkan aspek menggunakan bahan-bahan terbaik dan diolah menjadi sebuah hasil hidangan yang cukup menarik untuk dinikmati oleh para pengunjung.
 
 
 
ANEKA MAKANAN LAUT BBQ & GRILL




Kambing Golek

Bahagian BBQ dan Grill


Nampak sedap!




Cajun & Paprika Marinated Chicken Wings




Jagung Bakar & Sosej Bakar


Spiced Paprika Slipper Lobster


White Prawn Terriyaki


Marinated Minutes Steak with Black Pepper


Garlic Soy Sauce Calamari


Satay (Ayam & Daging berserta kuah kacang, nasi impit, bawang dan timun)


Roast Prime Rib Beef


Kentang Lenyek


Mushroom Sauce


Boston Black Pepper Sauce



Malam Jumaat merupakan hari yang sesuai sambil menikmati hidangan makan malam yang bertemakan 'BBQ & Grill' bersama keluarga dan rakan-rakan. Seleksi hidangan BBQ dan grill dari makanan laut segar (lobster, scallop, sotong, udang) serta hidangan berasaskan daging (lembu, kambing dan ayam) sudah semestinya menaikkan selera makan malam korang. Jomm layan gambar-gambar di Friday Poolside BBQ @ Royale Chulan Penang.



Nampak tak kesemua menu BBQ & Grill di Friday Poolside BBQ, Royale Chulan Penang. Rambang mata tengok kesemua menu-menu yang ada. Memang kena dengan temanya Poolside BBQ sambil menjamu selera di pool. Semuanya sedap dan harus dicuba. Yang pasti bahan-bahan untuk BBQ dan Grill dari bahan segar. 




MENU UTAMA




Stir Fry Garden Vegetables with Shrimp
 (Isi udang segar, cendawan, kobis bunga, jagung muda menjadi pilihan)


Lightly Dill-Cured Salmon Fillet (Sedap!)


Creole Jambalaya
(Menu unik dan pertama kali menikmati. Udang, muscles, sayuran dan hirisan lemon)



Jacket Potatoes with Shives Sour Crème
(Menu wow terutama sour crème dimakan bersama ubi kentang)



Chicken Boxing with Boston Barbecue Sauce


Marinated Wild Mushrooms with Lemon, Tarragon & Goat Cheese
(Menu yang Nina suka, must try)


 
PEMBUKA SELERA



 







 


 
 







 

 

 

 
 

 




Perghhhh.. Memang bermacam jenis pilihan pembuka selera yang ada di Friday Poolside BBQ. Mushroom soup bersama artisan bread, bbq chipotle chicken salad, shrimp salad, steamed broccoli & beef strip salad, wheat berry quinoa salad, caprese salad with sliced mozzarella, tomato & basil, farm house greek salad with olives & feta cheese, assorted cheese platter, quail egg skewer, tuna flakes & bean salad, sotong kangkung, Asian coleslaw, fruit cocktail salad, potato salad, taukua sumbat, cold cut platters, seafood glass noodle salad, mango & papaya salad, kerabu ulam daging bakar serta buah-buahan segar. Terdapat juga section 'Create your salad'. Anda boleh mereka dan bentuk sendiri salad. Menarikkan..




HOKKEIN MEE & PASTA STATION



Hokkien spiced prawn noodle soup & condiments 


Pasta stall








Memang puas hati dengan pelbagai pilihan pasta (spaghetti, fusilli, linguine) serta sos (tomato pomodoro, creamy carbonara, sambal sotong, aglio olio). Bertambah enak dengan condimentsnya termasuklah pelbagai jenis cendawan, basil, isi ayam, sosej, chicken ham, olives serta hirisan daging untuk dipilih.  




DESSERT

























Beraneka pilihan pencuci mulut untuk dipilih. Antaranya chocolate mousse, green tea cake slice, assorted French pastries, coffee mousse, assorted fruit jelly, mini baked cheese cake, mango pudding, mini creame caramel, pavlova, mini fruits jelly & mousse, pengat keladi sagu dan sagu gula Melaka.  
 
 
 
 
PROMOSI ISTIMEWA
 
 
 
 
 




Berita baik untuk setiap pelanggan Royale Chulan yang dating untuk menikmati hidangan Friday Poolside BBQ! Terdapat juga hidangan istimewa yang disediakan pihak hotel bagi tetamu yang membuat tempahan, iaitu :
 
 
1. Seafood surprise (untuk tempahan 2 pax - pan-fried grouper)
 
 
2. Lucky pot (untuk tempahan 4 pax - pan-fried grouper, scallop, mussel prawn & crab)
 
 
FRIDAY POOLSIDE BBQ
 
Poolside (Level 2)
11 Oktober 2019 - 27 Disember 2019
6.30pm - 10.00pm
RM 98nett (Adult), RM 50nett (Senior Citizen & Child)
Tel : 04-259 8888
 
 
 
Mencuba dengan perlahan-lahan, baru boleh menikmati. Haha

 
Walaupun hujan sekejap tetapi BBQ tetap berjalan
 
Bersama orang kuat Royale Chulan Vee & Chia Ling
 
 
Thank you so much Royale Chulan Penang and team! kerana menjemput beberapa rakan blogger Penang untuk review pada 11 Oktober lepas. Nina dan tunang sangat teruja menjamu selera pada malam tu.  
 
 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com