27 Oct 2019

Review Filem Goosebumps 2 : A Haunted Halloween

 Assalamualaikum Readers


Meh kita layan movie Goosebumps 2 pulak. Seram atau kelakar kena tengok sendiri. Bila tengok klu-klu yang ada,  yang pasti akan ada sekuel ke 3 selepas habis tayangan. Mungkin dalam tempoh 2 tahun akan datang. Tak sabar nak tengok. Jom baca apa yang jadi pada kanak-kanak dalam siri ke 2 ni. Movie ni cantik dengan CGI yang mantap. Sesuai untuk kanak-kanak kecuali yang masih tadika dan kebawah tak digalakkan. Takut dorang menangis. Haha



Sinopsis :


Goosebumps 2 masih lagi mengekalkan konsep asal iaitu karakter-karakter dari sebuah buku yang ditulis oleh R.L Stine hidup ke alam nyata dan kalini buku yang tak pernah disiapkan telah dijumpai oleh 2 orang kanak-kanak yang digelar "Junk Bros" di dalam satu peti rahsia. Segalanya bermula apabila mereka membaca satu mantera yang terdapat bersama-sama buku dan satu anak patung ventrilokis telah muncul secara tiba-tiba.



Mereka kemudiannya telah membawa pulang anak patung tersebut dan beberapa kejadian aneh telah berlaku di rumah mereka dan akhirnya mereka sedar patung itu boleh bercakap dengan sendirinya dan mempunyai satu niat jahat. 2 orang kanak-kanak bersama kakaknya merancang untuk menghanyutkan patung di dasar sungai namun gagal setelah patung itu berjaya melepaskan diri dari kurungan yang dibuat mereka.




Patung itu akhirnya membuat rancangan sendiri dengan menggunakan jampi yang sama untuk menghidupkannya dari dalam buku dengan menjampi bandar dan menghidupkan setiap patung yang ada dan menjadikan cerita dalam buku "Haunted Halloween" itu satu realiti. Berjayakah mereka menewaskan patung tersebut? Kena tengok sendiri. 


🌟🌟🌟


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com