24 Oct 2019

Dapat Kasut Skechers!

Assalamualaikum Readers
 
 
Rezeki Itu Dari Allah | Istilah rezeki perlu kita fahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya wang ringgit sebaliknya rezeki dari pelbagai aspek seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan. Semua datangnya dari Allah. Sesungguhnya dalam doa Nina tidak pernah sekali pun tertinggal mendoakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat diri dan kedua ibubapa. Entri ini untuk peringatan buat diri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tak meminta.


29 Sept - Rezeki yang tak diminta, baru balik rumah lepas tengok movie Rambo: Last Blood dengan tunang dan keluar balik ke Design Village, rupanya abah tunang nak belanja kasut. Sampai sekarang taktau sebab.  
 
Shopping di Skechers 3 pasang kasut dapat 20%
 
After less RM 199.20 tetap rasa mahal sebab tak tau nak buat apa kasut ni


Semenjak dari hari bertunang, Allah berikan rezeki pada mereka yang Nina upah untuk menjayakan majlis disamping niat bersedekah bagi orang makan. Dari baju, hand bouquet, make up, catering makanan sehinggalah ke hantaran dalam masa yang sama saudara-mara juga sponsor makanan dan hantaran untuk Nina. Alhamdulillah, semoga murah rezeki mereka semua. Walaupun tak meminta tapi ada juga nak bagi itu, bagi ini sehingga timbul perasaan segan. (seorang yang pelik, tak suka orang belanja keterlaluan, takut tak terbalas budi dan termakan budi, Nina takut sangat kelak timbul isu mengungkit-ungkit pemberian).



Contohnya : di tangan kita ada nasi namun atas sebab tertentu nasi itu tak dapat dimasukkan ke dalam mulut akibat terjatuh ke tanah. Rezeki itu sudah berada dalam tangan, namun manusia tak mempunyai kuasa mengatakan nasi itu sememangnya rezeki miliknya.
 
 
Sama juga rezeki bila menjadi blogger, bukan semua dapat rezeki untuk dapat hasil dari blognya tapi ada rezeki untuknya dalam bentuk lain ❤❤ 
 
 
 
Balik dari Design Village diberikan sorang satu duit dan makanan untuk mak dan bapa
 
Rezeki orang tuaku. Ambil saja untuk menjaga hati orang lain
 
 
Dari kecil dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, apa yang diinginkan masih mampu disediakan mak dan bapa, diajar supaya jangan meminta-minta apa sekali pun pada orang kecuali usaha. Diajar supaya tidak hidup bermewah dan bermegah dengan harta benda dunia. 29 tahun hidup, tak pernah ada koleksi handbag atau jam berjenama seperti GUESS, TORY BURCH, KATE SPADE, COACH dan lain-lain. Mungkin sebab bukan sejenis perempuan yang suka pakai handbag. Not typical Malay girl. Masih mampu bekerja dan membeli apa yang Nina nak hasil titik peluh sendiri, dan still akan buat benda sama jika ada rezeki berkahwin. Semua di tangan Allah.
 

10 comments:

  1. Alhamdulillah..murah rezeki Nina. cantik kasut tu Nina. dusty pink my favourite.

    ReplyDelete
  2. Keep up the good work.. You will have great reward by God..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. rezeki tak pernah salah alamat..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. murah rezeki akak

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki tu nina.. Yess indeed rezeki dlm mcm2 bentuk... Tinggal kita la kena belajar bersyukur kan

    ReplyDelete
  6. Alhamdullillah.. murah rezeki nina.luasnya rezeki Allah kn..syukur... ;)

    ReplyDelete
  7. Saya pun tak tau maksud 'typical malay girl' sebab saya pun dibesarkan dengan cara sederhana, jarang nak mintak2 and even nak travel pun kumpul duit bagai nak rak janji tak kacau duit parents so I don't know what that makes me, typical malay girl or not haha

    Bestnya dapat rezeki dalam macam2 bentuk. And that is a really nice shoes by the way.

    ReplyDelete
  8. rezeki...baik keluarga bakal mertua nina...cantik kasut tu.....rietta mmg minat kasut sukan....itu la yg rietta pakai pun hr hr...maklum la, student...

    ReplyDelete
  9. kalau dah namanya rezeki memang kita tatau punca pun sampai rezeki kat kita =)

    ReplyDelete
  10. rezeki: kalau dah tertulis utk kita, ia tak pernah salah alamat...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com