27 Nov 2019

Hello Kitty Carrier By McDonald's

Assalamualaikum Readers
 
 
Hello Kitty Carrier By McDonald's | Alamak, harini semua pakat serbu ke McDonald's sebab apa? Sebab Hello Kitty carrier ni lah. Alhamdulillah, dapat jugak walaupun lencun ketiak blogger Anies. Hahaha.. Merengek-rengek dalam wasap mintak tolong belikan carrier ni. Nasib baik dapat. Kita tak guling-guling tau macam yang dikatakan dalam entri. Bulan depan turun Penang, Nina belikan deodorant. Haha.. Terima kasih sebab belikan, itulah bestpren namanya walaupun jarak jauh tapi kalau ikutkan macam sepasang kekasih hari-hari wasap (tunang pun boleh tau, gossip dengan Anies lettew, takda orang lain).


Hello Kitty Carrier McDonald's ni besar juga. Boleh gantung di kerusi kereta tapi 1 carrier per customer only tapi ada di negeri lain boleh beli 2 3 carrier. Maybe setiap branch tak sama.


Sebelum beli kena ambil nombor giliran. Tahniah kepada semua yang sanggup beratur nak membeli

Yippieeeyeayy!

 
Kalau ikutkan bukan seorang peminat Hello Kitty tapi disebabkan satu insiden, air McD tumpah dalam kereta (habis carpet dan berbau kopi) terus rasa pentingnya beli carrier ni. Muka bukan main sombong dan susah nak senyum tapi tengok kereta ada Hello Kitty. So.. peminat HK tu, tunggu apa lagi? serbu McD, kat kiosk tak ada. Kalau restoran McD kat stesen minyak tu, tak sure pulak. Ada masa Nina terjah blog. Busy kerja, tak ada masa langsung nak update blog di ofis.     
    

23 Nov 2019

Christmas Buffet Fiesta Di Lexis Suites Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
'Christmas Buffet Fiesta' Di Lexis Suites Penang | Best Christmas Buffet Lunch Dan Dinner Di Penang | Yeahh bulan Disember bakal tiba. Buat bakal yang meraikan mesti tak sabra, musim krismas paling Nina suka sebab decoration lawaaa in every where. Soo addicted to Christmas tree! Hahaa.. wajib selfie tiap-tiap tahun. Seperti tahun-tahun sebelum ni, pasti turut merasai kemeriahan sambutan perayaan bersama kengkawan blogger Penang, apabila join Krismas food review. Kali ini bawa bakal adik ipar no. 2, sebab abangnya kerja dan sepsis kaki makan (sebenarnya nak train 4 beradik ni kalau follow pi review sila snap gambaq lawa-lawa). Hahahaha... Ok dah cukup gelak. Jommm kita tengok menu-menu yang ada. Sila tajamkan mata dan bawa tisu bersama kalau terliur.    



Christmas Buffet Fiesta Di Lexis Suites Penang


Christmas decoration Lexis memang lawa


Ho Ho Ho yehhhh


Bakal SIL NO 2 - Atikah (excited sungguh dia makan, pass jd PA no 2. Kahkah)


Untuk pengetahuan, team kulinari Lexis Suites diketuai oleh Eksekutif Chef, Chef Johnno yang bertanggungjawab membuatkan kesemua hidangan nampak mewah dan sayang nak makan. Haha.. Hidangan yang sangat mewah dan berwarna warni ditambah food presentation yang tip top!! Lexis Suites memang pandai bab hias makanan. Rambang mata nak pilih. Rakan blogger jugak stress nak snap gambar sebab tak tahu nak mula yang mana dulu. Nasib ada PA no 2, boleh dia cover section yang dah dibahagikan, tak perlu nak risau. Okay, dimulakan dengan menu pembuka selera.



PEMBUKA SELERA



The Greenaries or Salad Bar


Kreatif betul ukir buah tembikai ikut tema krismas!



Buah-buahan segar


Cut Cold


Serius sedap! Makan begitu sahaja
 
Assorted Sushi & Maki



Meriah isi tiram


Sangat fresh untuk dimakan


Sashimi


Assorted Sashimi


Pelbagai jenis roti yang boleh dinikmati bersama 'Lobster Bisque with Almond Flakes'







MENU UTAMA




Burn Charcoal Rice - menu paling win. Nasi ni sedap tak dapat gambarkan dengan kata-kata. Kena makan sikit sahaja kalau tak macam mana nak rasa menu yang lain




Sesuai buat penggemar kambing. Gravy yang didatangkan bersama lamb chop. Menariknya   



 
BBQ Chicken Ragout. Sangat digemari ramai



Udang Lexis pujaan ramai








KAUNTER AKSI


Carving section : Roasted Turkey, Lamb Rack yang dihidangkan bersama Yorkshine Pudding, Roasted Baby Potato, Chestnut dan Apple Stuffing. Bertambah enak dinikmati bersama Giblet, Cranberry dan Butter Vegetable Sauce. Nina tambah 2 kali, sedap betul! 




Chef akan masak jika kita nak makan


Fresh noodles


Premium Fish Noodle with Condiments
Fish & Seafood Risotto available



PENCUCI MULUT


Christmas Cakes, Tarts, Jellies, Cookies & Pudding


 








Ommgeee... Memang terbeliak mata tengok dessert section penuh satu meja. Sungguh cantik decoration sampai sayang nak makan. Haha.. Sungguh colourful dan tempting. Sedap mata memandang, dan tak pasti nak snap gambar yang mana dulu. Pheww..


Strawberry, Chocolate & Vanilla

Mint & Coffee

Ice Cream condiments

Chocolate Fountain



Cold (Infused Mint & Shirley Temple-always fav) & Hot Baverages available

 
Apa tunggu lagi, untuk lebih info tengok tawaran menarik di bawah ini dan dapatkan Early Bird Promotion! Semestinya makanan di Lexis Suites menepati citarasa semua peringkat umur tak kira bangsa. 
  
 
Christmas Feast Buffet Lunch
 
 Magical Christmas Countdown Xmas Eve Party di Lexis Suites Penang
 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com