2 December 2019

Pizza Hut : Menu Baru Black Volcano Pizza

Assalamualaikum Readers
 
 
Pizza Hut : Menu Baru Black Volcano Pizza | Al-kisah hujung bulan lepas, hari sabtu jatuh hari 'payday' Nina dan tunang. Dah settle servis kereta dan ambil barang-barang untuk kerja kontraknya, perut mesti lapar. Lepas makan, hantar barang ke rumah kawan, tunang tanya nak pi mana jadi Nina pun ajak dia tengok Frozen (lain entri). Selalunya kalau keluar dating, makan mesti 2 tak pun 3 kali (ongkos mesti habis dalam 100++). Hehehe.. kerja makan saja, lari bajet kawen macam ni.



Pizza Hut Black Volcano Pizza


Dah habis tengok Frozen, perut lapar, merengek ajak makan Pizza Hut. Nasib Nina belanja movie dengan makan tu. Kalau tak, nasi kandar lah, nasi beriani lah bla bla bla.. Ok, dah cuba ke Black Volcano Pizza ni? Dijual dalam masa yang sangat terhad bermula dari 8/10 hingga 31/12 sementara stok masih ada. Pizza ni tak pedas, sesuai untuk kanak-kanak.
 
 
Taburan ketulan ayam ranggup bersama cheese leleh
 
Aiskrim Vanilla dengan Coklat ni tapau sebab perut dah tak muat
 
 
 
Apa yang menarik ianya pizza pertama di Malaysia yang didatangkan bersama 24 ketul pizza berwarna hitam yang diperbuat daripada doh yang diadun bersama arang. Bahagian kerak pizza berwarna hitam tetapi keraknya sangat lembut dan sedap! Black volcano pizza dibakar secara sempurna dan dipenuhi dengan keju yang melimpah seperti volcano bersama taburan ketulan ayam ranggup. Set untuk 2 pax bermula dengan harga RM 55.00 untuk ala carte (1 pizza + 2 minuman + 4 ketul ayam + 2 aiskrim + 2 sup cendawan).


 

3 comments:

  1. Ada sekali tu time lunch pergi dengan officemate ingat nak order tapi takde personal saiz so tak jadilah huhuhuhhu...

    ReplyDelete
  2. Dah lama gila tak jejak kaki kat Pizza Hut. Sebab iols is diet kihkih 😂. Aduhhh, nampak sedaaaaap sangat volcano pizza. Hm. Langgar diet sat takpe kut? 😂

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik.. Tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com