22 Jan 2020

McDonald's Fish Prosperity Burger And Butterscotch Cookies McFlurry

Assalamualaikum Readers
 
 
McDonald's Fish Prosperity Burger And Butterscotch Cookies McFlurry | Dalam bulan ini dapat cuba dua jenis menu baru di McDonald's. Kalau tengok iklan kat tv atau ig (tag pakcik tunang) terus rasa nak cuba sekarang juga! Haha.. Cepat terpengaruh dengan iklan betul. Seperti yang sedia maklum setiap tahun burger prosperity ni akan muncul time raya cina, yang tertunggu-tunggu nak makan tu cepat cuba.
 
 
Dalam iklan nampak burger kecik filet ikan besar tapi reality tidakkkkk


McDonald's Fish Prosperity Burger makan 2 kali maknanya apa murid-murid?
 
 
 
Fish Prosperity Burger ni ada dalam set atau ala carte sahaja, harga dalam RM 17.60 (set). Kalau set, akan dapat satu Fish Prosperity Burger, Twister Fries dan Prosperity McFizz. Malam tahun baru pun makan prosperity burger tapi set ayam. Apa yang mengecewakan kesemua burger ni dah semakin mengecil. Size fish prosperity burger ni pun kecik, fish patty 3/4 dari size roti, black pepper sauce dan bawang pun kurang (sejenis tak makan bawang holand dan tak suka sos blackpaper melimpah, Nina rasa pahit pula burger tu kalau sos lada hitam banyak). Kita tak boleh nak judge whole McD franchises.



Filet yang dicelup sos lada hitam


Fish prosperity burger pertama beli 17 Jan lepas

Roti yang dikepit melekat betul dengan filet ikan. Nina beli kali kedua semalam. Hehe.. Tak puas makan kena beli double filet?
 
 
 
Ada baca review ikan dory rasa hanyir sikit dan bau hamis tapi Alhamdulillah dua kali makan fish prosperity burger ni tetap sedap, mungkin Nina beli di McD yang sama kot. Rasa ikan dory sedap! Hirisan filet ikan yang lembut dan rangup apabila digigit menghasilkan rasa yang serasi dimakan bersama roti ditambah rasa pedas sos blackpaper dan bawang holand. Pengemar sajian filet ikan pasti akan suka, ikan lembut dan crispy tau. Kepingan ikan digoreng dahulu kemudian dicelup dalam sos lada hitam sekejap dan terus diapit 2 kepingan roti, untuk mengekalkan rasa segar ikan.



Butterscotch Cookies McFlurry

  
Dah cair masa makan tu. Maceh susah-susah beli



Menu Butterscotch Cookies McFlurry ini limited edition tau. Pengemar makanan manis tahap potong kaki boleh cuba. Sebenarnya Nina ada tag tunang di ig tak sangka 15 Jan lepas, dia datang hantar di ofis. Haha.. Naik moto pula tu jawabnya cairlah aiskrim. Sweet sangat la tu. Nina makan sampai separuh, bila dah cair, kepingan butterscotch cookies tu tak rangup dan tak sedap. Manis aiskrim tu akan buat rasa muak. Maybe kena kongsi baru tak rugi, terus beli dan makan. Yang belum cuba tu cepattt beliiiii...   

 

9 comments:

  1. Nak try lah cuti hujung minggu ni 😁

    ReplyDelete
  2. untunglar ada tunang penyayng.. harap smpi ke jinjang pelamin.. aminn .. :p

    ReplyDelete
  3. I used to love prosperity burger so much. But since my toothache have gotten bad, I couldn't really it big burgers anymore. I can but I just won't. haha.
    the butterscotch cookies mcflurry serious sedap. i loved it. best salah satu sbbnya ade cookies tu boleh kunyah2. ihiks

    ReplyDelete
  4. sedihnya tengok beza dalam gambar n in reality.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Propserty burger - setahun sekali mesti makan...
    singgahlah juga ke blog saya ya http://sharimahyahya.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. tak minat sangat. ingat dulu first time makan prosperity ni pegi basuh daging bege tu sebab pedas tak tahan.

    tapi time2 prosperity ni kite suka McFizz hehe.. dap !!

    ReplyDelete
  7. Dah makan prosperity ikan. Saiz patty ok, tapi sos sikit sangat. Siap ada part yg kering kontang. Sedih 😭

    ReplyDelete
  8. Dulu tertunggu tunggu prosperity keluar tapi sekarang rasa dia kurang sikit. Btw, aiskrim tu sedap. Haii sweetnya lah tunang awak tu...bila lagi nak sweet camni kan. Hihi

    ReplyDelete
  9. dok teringiiinnnn fish properity ni haaa
    tapi nengok rege eh
    hooiiiii
    dengan memang dok tau dah, isi eh yang secoet tuuuu mcm xberbaloi
    sedap tapiiiiiiiii...........

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com