30 January 2020

Review Filem Star Wars : The Rise of Skywalker

Assalamualaikum Readers
 
 
 
Review Filem Star Wars : The Rise of Skywalker | Kembali bersiaran semula selepas cutii yang tak berapa nak panjang. Movie kedua yang tengok dalam bulan ni. Nina tak berapa tengok sangat trilogy filem Star Wars jadi bila tengok yang ini macam krik krik sikit nak recall back memori. Bagi peminat tegar Star Wars pasti tak ketinggalan menonton sequel trilogy ketiga dan terakhir. Selepas lebih 4 dekad, akhirnya penggembaraan keluarga Skywalker dalam perang galaksi ini tamat juga.
 
 
 Star Wars : The Rise of Skywalker

 
 
Setahun selepas peristiwa The Last Jedi, pasukan Resistance mula memulihkan kembali kekuatan mereka selepas hampir dihancurkan angkatan First Order pimpinan Supreme Leader, Kylo Ren semasa peperangan di planet Crait. Finn dan Poe telah menjalankan satu misi untuk mendapatkan maklumat dari perisik. Sementara itu, Rey telah dilantik oleh General Leia Organa untuk mempersiapkan diri menjadi Jedi.
 
 
 
General Leia Organa (ibu Ren)
 
Pasukan Resistance


 
Maklumat dari perisik yang diperolehi Finn dan Poe telah mengejutkan pasukan Resistance terutamanya pemerintah tertinggi Emperor Palpatine yang dipercayai telah terbunuh selepas bertarung dengan Luke Skywalker semasa peperangan di Planet Endor sebenarnya masih hidup dan telah merancang sesuatu yang akan memberi ancaman besar kepada galaksi.
 
 
 
Aksi hebat Rey bersama kapal Ren
 
Cute robot-robot ni

Rey dan Ren
 
 
Kylo Ren berusaha mencari Emperor Palpatine, ketua Sith untuk menghapuskannya dalam usaha menghapuskan sesiapa sahaja yang berpotensi menghalangnya menguasai sepenuhnya First Order. Ren juga tidak berputus asa mencari dan mengajak Rey bersamanya dalam "Dark Side" . Bagi menghalang perancangan jahat Palpatine dan Kylo Ren, pihak pemberontak terpaksa mencari alat navigasi yang boleh membawa mereka ke markas Sith bagi menghapuskan angkatan kapal perang yang dibina secara rahsia oleh Emperor Palpatine untuk menguasi seluruh galaksi. Namun misi mereka terganggu apabila rahsia gelap Rey mula terbongkar dan mengejar masa sebelum Palpatine meneruskan rancangannya.
 
 
 
Babu
 
 
 



 
Apa kesudahan pertembungan antara kuasa baik dan jahat ini? Muncul makhluk-makhluk baru seperi Babu dan menampilkan ahli-ahli terakhir Resistance dalam pertarungan menentang kuasa jahat dan Rey terpaksa menerima kenyataan bahawa dia cucu kepada Palpatine dan dapatkah Rey dan Ren bersama seperti dalam bayangan Rey mereka bersama di takhta Sith. Nak tahu lebih lanjut kena tengok sendiri.
 
 
🌟🌟🌟

 

 

7 comments:

  1. Akhirnya habis jugak Star Wars. Bertahun nak tau hihi.

    ReplyDelete
  2. star wars selalu menarik untuk ditonton

    ReplyDelete
  3. kurang minat tengok star wars. Kalau husband ni sukalah tengok cerita macam ni

    ReplyDelete
  4. khenn... Mrs. A pun tak follow star wars

    ReplyDelete
  5. ada kat Netflix skrnag ni.. blh p tengok..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com