21 Feb 2020

Promosi Terhad KFC

Assalamualaikum Readers
 
 
KFC Crispy Tenders | KFC 15 For RM 15 (10 Nuggets + 5 Crispy Tenders) | KFC Promosi Edisi Terhad | Apa yang menarik di KFC bulan Februari ni? Yang tengok tv mesti nampak iklan menari-nari kat screen tu. So, inilah pengaruh yang berjaya mempengaruhi Nina untuk membeli dan repeat beli. Ngeh ngeh.. Benda pertama sebab nak try beli sebab nak pastikan KFC menipu atau tidak. Ramai netizen-netizen mengatakan KFC menipu tak sama dengan iklan. Jangan macam tu, semua iklan memang MENIPU! Tapi kali ini sangat berpuas hati dengan promosi baru ni.
 
 
6 Pieces Crispy Tenders
 
6 Pieces Crispy Tenders Combo
 
Sedap dimakan begitu sahaja
 
 
 
Memula tu Nina try beli menu 6 Pieces Crispy Tenders Combo, harga dalam RM 16.00 termasuk minuman. Memang sedap makan panas-panas sambil cicah sos BBQ. Makan begitu pun sedap tanpa sos. Isi ayam (filet) sahaja yang disalut Crispy yang rangup. Memang puas makan. Kali kedua, Nina beli promosi KFC 15 untuk RM 15. Balik kerja drive thru tapau bawa balik makan dengan nasi. Hehe..



KFC 15 For RM 15 (10 Nuggets + 5 Crispy Tenders)



Nugget yang lembut


Filet crispy tenders ni boleh simpan sehingga keesokkan hari tanpa dipanaskan pun tetap elok cuma nugget bila dah sejuk, keras sikit dan rasa tak berapa sedap. Jadinya kena makan panas-panas sampai habis. Dapatkan selagi stok masih ada. Berbaloi juga beli. 
 

6 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com