7 Feb 2020

Tempat Makan Best Di Kafe Budak Boss, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers
 
 
Tempat Makan Best Di Kafe Budak Boss, Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Kafe Budak Boss | Tempat Makan Best Di Pulau Pinang | Masih belum berakhir entri makan-makan. Hee.. Satu lagi tempat ternak lemak di restoran orang kita di Bukit Mertajam. Dari luar nampak biasa-biasa saja tapi makanan boleh tahan padu. Padu dari segi menu Nasi Ayam, Mee Sizling dan Char Koay Teow. Di sini ada Char Koay Teow KAMBING! Perghh.. sedap betoi, first time makan. Teringat-ingat lagi.
 
 
Kafe Budak Boss
 
Inilah tokey Kafe Budak Boss (peramah orangnya dan bagi free bila kami tapau makanan, tak nak terima bayaran)
 
Kafe ni branch yang kedua. Masih lagi renovate
 
 
 
Dah lama dengar nama Kafe Budak Boss ni tapi memandangkan tunang memang on diet kaw kaw plus setiap minggu pi gym, so terpaksa dilupakan sehingga dapat review dari tokey kedai sendiri. Alhamdulillah ada rezeki kami nak cuba menu hari jumaat, 31 Jan lepas. Balik kerja terus drift dengan Zaf terjah ke BM, balik keja mesti lapaq. Kafe ini menawarkan menu yang berjaya menarik pelanggan bukan sahaja melayu tetapi Chinese. Rata-rata orang Cina mai makan mesti order nasi ayam. Meh tengok menu-menu yang adaaa.. Tunang dah diet, Nina bila lagi? Perut dah berlapis tiga tingkat. Ya rabbi..



Nasi Ayam (SIGNATURE)

Biasa - RM 5.00
Nasi (tambah) - RM 5.50
Ayam (tambah) - RM 7.00
Special - RM 7.50


Mee Sizzling

Nasi - RM 6.00
Yee Mee - RM 6.00


Kesukaan Nina & blogger Zaf, kami repeat 2x

Mee Sizzling di Kafe Budak Boss lain rasanya tak macam di Tesco sebabnya kuah hasil resepi isteri tokey dan dimasak bersama mee jadi keaslian mee dapat dikekalkan dan ayam juga besar

 
Char Koay Teow Sotong

Sotong sekor ditambah kawan-kawan udangnya. Haha.. Kuah dia sedap lain macam sebab malam tu kami bertiga berebut nak habiskan kuah.

 
Biasa - RM 10.90
Special - RM 12.90
 
 
Tengok lah tukang masak char koay teow punya berapi
 
Satay Kambing, Ayam, Daging (Lembu)
 
 Satay Ayam - RM 0.70/secucuk
Satay Kambing - RM 1.20/secucuk
Satay Daging - RM 0.90/secucuk
 
 
Kesemua satay-satay ni nampak gemokkan. Satay daging sedap juga tapi paling memikat satay ayam dan kambing. Wajib dicicah bersama kuah kacang baru feel terangkat. Harga dan saiz memang berbaloi. 
 
 
Satay gemok puas makan


Char Koay Teow Kambing (wajib cuba)
 
Biasa - RM 14.90
Special - RM 16.90
 
 
Tengok gambar penuh pingan kambing ni. Kuah char koay teow kambing ni ada rasa smokey, masin-masin dan hangit dari gravy char koay teow serta lamb shoulder yang di grill tu. Di dalamnya ada udang, kerang, telur, tauge dan kucai. Lamp shoulder grill tu sempoi dengan isi yang lembut, ketebalan setiap lapisan lamb shoulder juga secukup rasa.    
 
 

Teh Tarik Ais (repeat 2x)


Kesemua menu yang ditawarkan di Kafe Budak Boss memang sedap dan berbaloi dengan harga. Di kafe ini hanya menawarkan 4 menu utama, nasi ayam, sizzling, satay dan char koay teow. Ownernya, Abang Mat memilih konsep 'less is more' termasuk minuman yang ditawarkan juga dihadkan kepada menu yang basic dan simple seperti teh, kopi, milo, nescafe dan beberapa menu lain. Tidak ada air buah dan sebagainya. 
 
 

Kafe Budak Boss mempunyai dua lokasi tau. HQ di Taman Bukit. Cawangannya di Jalan Sungai Rambai (bersebelahan BH Petrol). Kata Abang Mat beza kedua-duanya adalah waktu operasi serta menu yang ditawarkan. Di HQ tiada menu char koay teow, sesiapa yang ingin merasai kena berkunjung ke cawangan di Jalan Sungai Rambai. Killer menu di HQ adalah nasi ayam.




KAFE BUDAK BOSS HQ (TAMAN BUKIT)
 
 
Jalan taman bukit, Bukit kecil,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
 
 
Waktu : Isnin - Sabtu (10.00 pagi - 5.30 petang)
 
 
Official FB : Café-Budak-Boss
 
Official IG : Budak Boss
 
 
______________________________________________________________


Aiskrim Cheesecake terbaru dari McDonald's
 

Malam lepas balik dari makan, Zaf ajak singgah. Kami cuba perisa original Cheesecake. Sedap! dan kerana orang belanja. Nak kena beli lagi sebab tak puas makan.
 
  

13 comments:

  1. sedap aih nmpak, harga pun berbaloi-baloi. boleh ah try ni sementara masih cuti lagi ni

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. Allahu, sangat lah menggoda >.<

    ReplyDelete
  3. belum pernah try lagi aiskrim cheesecake. dengar nama pun dah rasa terliur hahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya menu dia..rezeki dia org belanja ice cream mcd... mintak sikit!!

    ReplyDelete
  5. perghh..sedapnya makanan dia..char kuey teow kambing..juicy..

    kena diet jg adik manis tuan blog..dah nak naik pelamin tk lama lg tu..

    ReplyDelete
  6. Murah murah lah juga harga menu dia. Nama kedai pun unik. Confirm sekali datang terus ingat..btw, aiskrim McD tu belum rasa lagi

    ReplyDelete
  7. diet ketepi dulu laa... kita tgk thru screen pun dah tertelan ailio

    ReplyDelete
  8. hewhew depa dua ni lepaksss bukan nak ajak itew T.T
    huurmmm.. lama sangat da x lepak area BM nun.. sangat2 lama..

    ReplyDelete
  9. Semua makanan nampak sedap. Kalau ada fezeki perhi Pennag boleh singgah makan di sini

    ReplyDelete
  10. terbaek ni.. lama x makan sizzling. hehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com