11 Apr 2020

Resepi Cheese Omelette

Assalamualaikum Readers 🙋🏻‍♀️



Resepi Cheese Omelette | Resepi Telur Goreng Keju dalam bahasa melayunya. Menu RMO hari yang ke 22, selasa lepas masak menu ni saja. Goreng dalam portion yang besar dan tahan sehingga makan malam. Nak share menu masakan dalam blog ni tengok mood jugak, bukan semua share. Kadang-kadang malas snap gambaq. Sebagai salah seorang hantu cheese, wajib lah dalam masakan ada cheese. Janji kenyang, ratah telur yang banyak dari nasi. Still lagi struggle kempiskan perut. 


Cheese Omelette gemok

Omelette terbelah


Cheese omelette ni kalau banyak inti maka telur pun kena banyak. Sayangnya Nina derhaka sikit, inti banyak dan telur sikit 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Bila nak lipatkan telur tu tak jadi. Fail! Nanti nak try lagi. Masak mesti ada try and error kata mak walaupun kita ikut resepi tu dah betol. Macam mana lah orang laki boleh jadi chef 👩🏽‍🍳💁🏻‍♀️ Nanti cuba la masak untuk anak-anak, mesti suka. 







Bahan-bahan :


BAHAN A


2 Biji Cendawan butang (ikut suka)
3-4 Tomato ceri (potong kecil)
Sedikit isi ayam (potong kecil & goreng)


BAHAN B


2 Biji telur
2 Cili padi
2 Ulas bawang putih (dicincang)
1 Sudu lada sulah
Perasa dan garam secukupnya
1 Sudu besar mayonis
Sekeping cheese
Sos cili - jika suka



Cara-caranya :


1. Campurkan semua bahan B kecuali CHEESE. Gaul sebati.


2. Gorengkan bahan A dan ketepikan.






Kacau sehingga sebati  bahan B 



3. Dengan api yang perlahan, minyak telah panas boleh masukkan bahan B ke dalam non stick pan.


4. Kemudian, letakkan bahan A ke atas bahan B
(➡️ Tujuan diasingkan bahan A dan B tadi ialah ayam & cendawan mengambil masa lebih untuk masak jadi jika dimasak sekali dengan bahan B, ia akan hangus)





Bahan A (masakkan ayam dan cendawan terlebih dulu)

Masak tomato sekejap saja




5. Masukkan cheese


6. Masukkan juga sos cili jika mahu. Apabila bahagian bawah warnanya semakin perang dan bahagian atas sudah masak, boleh gulungkan telur menggunakan spatula.


6. Jika tidak mahu masukkan sos ke dalam telur, boleh juga letakkan di atas omelette.




Nampak tak Nina masuk terlebih bahan, jangan buat macam ni 


Ikut suka nak masukkan cheddar atau mozarella cheese



 Selamat mencuba gais 🙋🏻‍♀️😋


3 comments:

  1. Face MaskDi saat CONVID-19 ini MAGS PREMIUM GIFTS menyediakan Ready Stock Face Mask untuk anda. Dapatkan segera dengan Team Sales kami sementara stock masih ad.
    Ready Stock Original 3ply
    Kualiti terjamin (with CE Certificate)
    Tidak serap air
    Tapis habuk, virus, air, bakteria
    Selesa dipakai dan membolehkan pernafasan yang lebih bebas

    Hubungi kami untuk dapatkan facemask sementara stock masih ada:

    Mags Premium Gifts Sdn Bhd
    Sales Team: 017 300 1977 / 018 299 3097

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com