28 June 2020

Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers


Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang | Pengantin PKPP 2020 | Alhamdulillah semuanya dipermudahkan hanya dalam masa 2 bulan persiapan di buat semasa PKP. Entri ini nak share pengalaman Nina menjadi pengantin dan segala urusan dipermudahkan Allah dalam keadaan negara masih fight dengan Covid-19. Tips ini mungkin mudah bagi pasangan dalam negeri yang sama 😚 Semoga entri ni dapat membantu dalam masa yang akan datang. Meh kita mulakan. Sepatutnya dijangka nikah 26 September 2020, kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Alhamdulillah, selamat bernikah 😀



21 Mei 2020 - Hantar borang nikah pihak lelaki di Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut (KOMTAR) terus interview nikah sebab submit borang completed

Selesai interview dengan pejabat agama, pihak lelaki akan dapat borang ini untuk datang tuntut borang kebenaran berkahwin (pihak perempuan kena bawa bila submit borang). Bayaran RM 5

Patuhi arahan SOP, tak boleh bawa satu kampung



Bila mula PKPB, terus rasa nak settlekan hal penting ni. Allah gerakkan hati kami untuk percepatkan proses nikah. Masa tu, nak bergerak ke sana ke sini tak jumpa roadblock polis dah. Di bawah Nina share step by step:



1. Borang permohonan nikah bagi lelaki dan perempuan boleh buat secara online di e-munakahat Pulau Pinang (klik) . Nina buat start PKPB sebab pejabat agama dah buka. Kesemua borang boleh print berwarna atau hitam putih


Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang




2. Print borang senarai semak, jadi tak ada masalah bila nak submit borang nikah di pejabat, kalau tak lengkap tak boleh interview. Sebelum submit borang sila check satu-satu dokumen yang diperlukan dulu ok. Boleh print di sini .



3. Print borang saringan HIV siap-siap untuk lelaki dan perempuan. Hanya boleh buat ujian di Klinik Kesihatan Kerajaan. Boleh refer link yang tertera, kat situ ada senarai klinik kesihatan kerajaan. Print borang di sini







4. Dah siap buat permohonan secara online dan buat HIV test, boleh prepare dokumen yang lain.



5. Buat pengantin lelaki dan perempuan, sediakan salinan IC (2 salinan) setiap seorang (IC sendiri dan pasangan). Potostat sijil kursus kahwin (bawa asal juga), borang HiV test, Nina bawa juga sijil nikah parents, IC dan surat beranak wali, borang wali wakalah (side Nina tak perlu tapi bergantung kepada pejabat agama)



6. Akhir sekali print borang untuk buat kad nikah pintar. Sediakan salinan IC pengantin perempuan dan lelaki sekeping sahaja bersama gambar ukuran passport (background putih). Boleh klik sini .







Next, lepas dah collect borang kebenaran nikah side lelaki di komtar, Nina terus ke pejabat agama daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Penaga. Dah settle interview dan buat bayaran RM 5, akan diberikan tarikh untuk collect borang kebenaran nikah perempuan dan no telefon jurunikah (tok kadi) untuk buat temujanji tarikh dan masa yang akan nikah. Bergantung kepada SOP dan tarikh free ustaz. Kami tak boleh nikah Jumaat sebab ustaz ada program. Boleh nikah dari hari Isnin-Khamis (pagi sahaja) antara 9.30 pg-10.30 pg-11.30 pagi. Hanya di pejabat agama daerah SPU. Pejabat agama lain tak pasti. 




4 Jun 2020 - Pi pejabat agama side lelaki untuk betulkan no IC Nina yang salah taip

Kursus kawen kena cop, yang ambil di negeri lain wajib kena interview

Borang oren ni akan dihantar ke pejabat agama side perempuan bersama borang lain

16/6/2020 - Ambil borang kebenaran nikah Nina

Selepas akad nikah akan dapat borang ni (untuk sementara) sehingga sijil nikah original siap.

Dibacakan dihadapan tok kadi dan 2 saksi


Statistic setakat tarikh 28 Jun 2020

Sepatutnya kad nikah siap selepas 3 bulan dan pejabat ‘janji’ akan call bila siap 🙄 Dah lebih 3 bulan tak call. 6 Nov 2020 pi ambik di pejabat. Alamat rumah pun tulis silap



Buat bakal-bakal pengantin, semoga entri Nina dapat bagi info dan semoga Allah permudahkan urusan pernikahan. Buat Nina dan suami, kami hanya interview dengan 3 soalan saja. Tak complicated dan cepat. Nikah pun hanya 30 minit sahaja. Kalau bukan musim Covid mungkin, suasana tak sama. Apa-apa soalan boleh drop komen okay.


27 June 2020

Promosi Hari Raya TEFAL @ Homepro Tesco E-Gate

Assalamualaikum Readers



Promosi Hari Raya TEFAL @ HOMEPRO Tesco | Walaupun hari raya dah habis tapi promosi raya masih lagi ada. Lagi 3 hari dah nak masuk bulan Julai. Cepatnya masa berjalan. Harini tak ada plan, jadi kami ke homepro cari blender dan a few barang-barang rumah. Terima kasih suami belanja barang tefal walaupun berkenan dengan periuk pastel tefal 🤪🤣 Ada rezeki nak grab, memandangkan mak pun dah fall in love. Buat lempeng pishang tak melekat bila guna pan tefal. Janji happy bila masak.



Pisau Tefal ni murah terus grab


Ni pun grab. Alang-alang murah dari biasa. Senang nak masak gulai ikan kat laki lepas ni. Haha




Idaman kalbu. Make a wish laki belanja nanti 

Buatan France. Warna pastel memang lawa bukan main



Tefal ni kalau nak beli elok la grab masa promosi. Jangan tertipu bila nak beli tu, takut tersilap beli dapat yang tak original. Nina kalau masak, tak lama sekejap dah siap. Nak basuh pun tak payah tonyoh kuali. Jimat sabun 😂😂 Dah jadi isteri ni baru rasa bila suami beli set-set memasak ni, dia punya feeling lain macam. Tak sangka pejam celik dah seminggu lebih jadi bini orang 😬



McDonald’s Thai Green Curry Burger Sedap!

Assalamualaikum Readers



McDonald’s Thai Green Curry Burger Sedap! Kembali dengan entri makan-makan. Part makan burger McD ni, ada 2 cerita tapi Nina combine sekali lah. Malas nak taip panjang-panjang. Bulan ni McD keluarkan menu-menu baru yang tetap akan buat orang semua teruja. Burger Thai green curry ni, makan 2 kali dalam bulan ni sehari sebelum nikah dan hari nikah. Lapaq lepas buat inai berjam-jam. Hari nikah kami dilayan bagaikan tuan puteri oleh staf McD Bertam, Kepala Batas 😂😂 Nasib tak buat photoshoot dalam tu.



McD Thai Green Curry Burger RM 17.00


Sedap!! 



Sos hijau nampak sikit tapi bila makan meleleh




McD Thai Green Curry Burger ada dua pilihan boleh pilih ayam atau ikan. Setakat ni pilih ayam. Sedap ditekak dan sos kari hijau tak rasa pelik. Selera lain-lain. Yang belum cuba boleh la terjah. Kepingan ayam disalut dengan sos kari hijau yang sedap manis dan pedas yang tak terlampau bersama hirisan kobis purple yang ranggup. Rasanya kanak-kanak dan orang yang tak makan pedas pun boleh cuba.




Antara menu-menu yang boleh dicuba


Suami belanja parents Nina nasi lemak sorang satu. Total RM 57.65. Semoga murah rezeki suami


Mango McFlurry. Order lain bagi lain. Agak manis dari Mango Sundae. Hanya RM 5.19



Jangan lupa cuba kesemua menu-menu baru di McD sebelum kedatangan bulan Julai. Nanti keluar menu baru lagi dan lagi. Menggalakkan orang Malaysia bertambah gemok sejak PKP 😂😂 22/6 lepas, hari isnin dah alang-alang nak ke rumah mak, suami singgah McD belikan nasi lemak, itu faveret parents Nina sejak puasa. Nasi dan seketul ayam dah cukup kenyang. Semoga murah rezeki kami sekeluarga. 



25 June 2020

NEW McDonald’s Mango Sundae

Assalamualaikum Readers



NEW McDonald’s Mango Sundae | Seperti yang Nina katakan dalam blog, setiap bulan mesti ada menu-menu baru. Sekarang ni setiap bulan mesti singgah McD dan tertunggu-tunggu menu baru. Lama Nina tak update blog, busy jadi full time housewife 😂 Next entri eh cerita #pengantinpkpp tu. Mango sundae ni hanya sementara, bulan 7 nanti dah tak ada. Dalam bulan ni berapa kali makan McD. Duta secara tak langsung heee.



McDonald’s Mango Sundae RM 5.64 untuk 2 


Mango sundae + vanilla . Sedap sekali makan 1 cone tak puas


Menu-menu baru yang boleh dinikmati



McDonald’s mango sundae ni rasanya tak manis sangat. Memang setiap menu aiskrim yang dikeluarkan terutama sundae mesti tak manis kecuali beli mcflurry. Manis sangat. Yang belum cuba tu boleh terjah ke McDonald’s terdekat. Cepatttt sebelum terlambat. 



23 June 2020

Teringin J.Co Donut @ Queensbay Mall

Assalamualaikum Readers



J.Co Donut Sedap tambah-tambah dapat makan setelah sekian lama teringin. Sejak PKP kehidupan kita berubah serta-merta termasuk pemikiran dan perangai. Semua benda nak makan lepas menikah ni, bukan sebab mengandung. Awal lagi nak cakap pasal tu, makanan ni teringin lama dah. Sepanjang PKP, semua makanan Nina mengidam 😂😂 Sehari sebelum nikah tu, singgah rumah sewa tapau donut, walaupun donut kesukaan tinggal dua tapi tetap ambil yang lain. Nak tunggu donut baru lambat sangat.



Donut almond tu sedap


J.Co Donut & Coffee



Sekarang ni dah stay Gelugor, Penang nak makan apa yang diidam kan semua boleh janji ada duit. Dekat dengan mall, food panda kan ada. Kalau dulu nak makan kena masuk pulau sekarang, nak makan ke sana ke sini janji partner ada, mak mertua pun boleh jadi partner ternak lemak 😂


14 June 2020

Rumah Sewa Bebas Makhluk Halus

Assalamualaikum Readers



Rumah Sewa Bebas Makhluk Halus? Lama tak update blog, busy dengan hidup yang messy, rambut pun messy lama tak potong. Nak nikah bulan ni macam-macam dugaan dah kami tempoh, duit hantaran hangus beli pekakas rumah, Allah dah tulis, kami jadi pengantin PKPP, jadi tak payah serabut fikir nak buat kenduri, itu ini. Terima dengan hati yang terbuka dan syukur dengan apa yang ada. Syukur tak bayar apa-apa lagi untuk kenduri. 



Selamat tinggal rumah seram, tak dapat tengok view komtar


Rumah ni akan rasa seram lepas maghrib. Pernah stay sampai malam, sebelum pukul 10 mesti cabut



Nak dijadikan cerita awal bulan 5, tunang dapat tau abang kawan dah pindah rumah jadi dia ambil alih sewa rumah tu dengan harga RM 500 (rumah area tengah bandar George Town) hampa rasa? Gila boleh dapat rumah semurah tu di Penang. Tanpa usul periksa, tunang bayar duit sewa untuk 2 bulan sekali (tanpa deposit). Hal ni, Nina tak salahkan dia sebab sama-sama excited nak stay berdua nanti. Jujurnya, dah 30% barang rumah dah beli. Sampai lah minggu lepas, tunang bawa pakciknya untuk scan satu rumah. Tiba maghrib, dia kata bilik utama ada ‘benda’ 😟😱 Terus rasa seram dalam masa yang sama tak rela nak cari rumah lain sebab kawasan strategik 😭😭 



Hi rumah baru, atas bukit, ada monyet liar yang jinak, malam-malam tak payah buka aircond memang sejuk


Fully furnished dan tuan rumah friendly. Dapat tilam Vono sorang satu. Patah pinggang kemas satu rumah


Nak cari lagi sebuah almari tapi kayu jenis ni tak tahan lama walaupun cantik


Ni pun sama, almari hasil serbuk kayu yang dicompress. Harga pun dah 1k++



Alhamdulillah, tak ada ‘benda’ ikut kami semua balik. Cuma adik bongsu tunang dia boleh rasa benda tu. Rumah sewa sebenarnya dah lama jadi rnr syaitan walaupun dekat dengan masjid. Cari punya cari jumpa lah satu rumah dekat dengan rumah mak mertua. Jogging 3km dah sampai 😅 Kesimpulannya buat bakal pengantin, kalau jumpa rumah murah tu jangan jadi macam kami. Bukan tak baca berita tapi excited lupa habis. Berpindah harini dari apartment ke kondo. Semoga selamat semuanya, rumah kedua ni dah kena scan dan tunang dah pagar dengan ayat-ayat. 



Tipsnya, rumah kena sentiasa buka ayat-ayat suci al-quran, solat dan jangan lupa angkat kain di jemuran dan tutup pintu/tingkap sebelum maghrib 😉😉



6 June 2020

Resepi Ayam Mentega Telur Masin

Assalamualaikum Readers



Resepi Ayam Mentega Telur Masin | Resepi ni ala chicken buttermilk tapi lebih kepada ayam dan telur masin. Resepi mak yang Nina cuba, menjadi dan senang nak masak. Tak susah nak masak ni. Hidangan untuk resepi ni sesuai untuk 3-4 orang makan. Boleh kurang atau tambah sukatan ikut selera masing-masing. Telur masin terpulang, nak rebus dulu atau campak mentah pun boleh.



Ayam Mentega Telur Masin



Sekali sekala masak macam ni, memang terangkat. Bertambah-tambah nasi. Tapi tak boleh makan kerap nanti kena darah tinggi pula, makan telur masin banyak. Hehe.. Sebab itu, Nina guna sebiji telur masin pun dah cukup. 



Bahan ayam goreng :


2-3 camca besar tepung goreng

atau

1-2 camca serbuk kari



Seeloknya goreng ayam jangan sampai garing macam Nina buat


Tumiskan semua bahan sampai naik bau wangi



Bahan masakan :


3 ketul isi dada ayam (dipotong dadu)

1 batang kayu manis

Sedikit cengkih

4 camca mentega

2-3 helai daun kari

4-5 batang cili padi

3 biji telur masin (hanya guna sebiji)

4 ulas bawang putih (dicincang)

1 cawan susu cair

2 ulas bawang merah (dipotong)

Minyak untuk menggoreng

Sedikit bahan perasa, serbuk kari, garam & lada




Guna sebiji telur masin pun dah cukup


Masukkan telur masin dan kacau, tak nak berketul


Masukkan susu tapi Nina ada masukkan setengah cawan whipping cream, dia punya berlemak tu perghh






Cara memasak :


1. Goreng ayam dan toskan.


2. Dalam kuali lain masukkan mentega sehingga cair sebelum masukkan bawang putih, merah, cili padi, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari sehingga naik bau.


3. Apabila naik bau, masukkan telur masin yang dipecahkan dan tunggu sehingga naik buih.


4. Kemudian masukkan susu cair, garam, serbuk kari, lada dan perasa. Apabila berbuih, masukkan ayam goreng dan gaulkan. Siap untuk dihidangkan. 




4 June 2020

Joez Coconut Shake Sedap!

Assalamualaikum Readers



Joez Coconut Shake Sedap Di Penang | Semalam ada beberapa benda kena settlekan antaranya kena pi ambil borang kebenaran bernikah (pihak lelaki) di Komtar. Alang-alang tu tunang belanja coconut shake. Tak request pun tapi dia belanja. Rejeki jangan ditolak, rupanya ada benda yang tak kena 🙄😌 Ni first time Nina try coconut shake area town. Berapa kali lalu kedai ni tak pernah nak singgah walaupun orang beratoq punya ramai. 



Joez Coconut Shake Penang! Boba memang sedap


Joez Coconut Jelly Penang


Ini lah benda yang tak kena tu. Pasai apa boleh salah taip no ic !! bila pulak jadi orang Melaka. Esok tak kira Nina nak pi pejabat agama hantar borang jugak.



Nanti nak cuba avocado pulak, dah alang tak boleh pi travel Indonesia kan. Kita minum jus alpukat versi mamak Penang 😋 Harga hampa jangan tanya. Dah nama orang belanja, kalau tanya harga nanti mesti kena berleter. Dalam bulan ni asyik nak gadoh, Ya Allah dugaan nak nikah, hari-hari mesti ada saja tak kena 😭😭 Semoga harini dapat berjaya dalam iv kerja dan iv pejabat agama. Apa benda pun tak hafal lagi. Jangan la tanya soalan pelik-pelik 😅😂



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com