4 June 2020

Joez Coconut Shake Sedap!

Assalamualaikum Readers



Joez Coconut Shake Sedap Di Penang | Semalam ada beberapa benda kena settlekan antaranya kena pi ambil borang kebenaran bernikah (pihak lelaki) di Komtar. Alang-alang tu tunang belanja coconut shake. Tak request pun tapi dia belanja. Rejeki jangan ditolak, rupanya ada benda yang tak kena 🙄😌 Ni first time Nina try coconut shake area town. Berapa kali lalu kedai ni tak pernah nak singgah walaupun orang beratoq punya ramai. 



Joez Coconut Shake Penang! Boba memang sedap

Joez Coconut Jelly Penang

Ini lah benda yang tak kena tu. Pasai apa boleh salah taip no ic !! bila pulak jadi orang Melaka. Esok tak kira Nina nak pi pejabat agama hantar borang jugak.



Nanti nak cuba avocado pulak, dah alang tak boleh pi travel Indonesia kan. Kita minum jus alpukat versi mamak Penang 😋 Harga hampa jangan tanya. Dah nama orang belanja, kalau tanya harga nanti mesti kena berleter. Dalam bulan ni asyik nak gadoh, Ya Allah dugaan nak nikah, hari-hari mesti ada saja tak kena 😭😭 Semoga harini dapat berjaya dalam iv kerja dan iv pejabat agama. Apa benda pun tak hafal lagi. Jangan la tanya soalan pelik-pelik 😅😂




No comments:

Post a comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com