27 August 2020

Cara Beli & Aktif TNG RFID Tag Di TNG eWallet

Assalamualaikum Readers


Cara Beli Dan Aktif TNG RFID Tag Di TNG eWallet | Pastinya orang-orang Keyel & Selangor dah guna RFID Tag kan? Sebab bemula di tol-tol area sana. Memula kat Penang cuma ada 1 tol yang guna RFID (ada pakej daftar percuma tapi terlewatt) agak frust disitu 🤦🏻‍♀️😒 Sehingga dah terpampang di tol Penang Bridge! Barulah terhegeh-hegeh nak beli tapi masih blurr 🙄 Sampailah mak jemah di tol Hutan Kampung nak pi Langkawi, rupanya kat sana pun dah ada 😂😂 


Cara Beli & Aktif TNG RFID Tag Di TNG eWallet


Nak dijadikan cerita, 25 Ogos lepas ternampak iklan boleh beli dalam touch n go eWallet. Apa lagi terus beli dan harini dah sampai tag kat rumah MIL. Senang ada adik ipaq boleh jadi penerima parcel 😆😆 Pasang untuk Axia dulu, Vios dengan Citroen kemudian. Semua kereta ni memang keluar Penang merentas negeri dan lautan gitu. Meh Nina nak share step by step membeli RFID Tag 👍🏻 Mudah dan efisyen.







MyCensus 2020 Selesai

Assalamualaikum Readers


MyCensus 2020 @ Banci 2020 | Malas kalau bab banci-banci ni. Soalan banyak macam jawab exam dan kadang-kadang soalan kelakar. Ada section tanya berapa kali breakfast, lunch, dinner 😂😂 Bertegur dengan jiran tak? Bla bla.. Selesai jugak harini jawab semua soalan. Benda macam ni sah laki tak jawab, dia tak ambik kisah pun janji bini dah buat 😒 So excited bila jawab bagi pihak tuan rumah sewa Nina ni. Baru duduk tak sampai 3 bulan dah kena menjawab soalan-soalan Banci. Yang belum buat tu, selamat menjawab 😏 Banci nanti jadi benci pulak. Haha





22 August 2020

Hi Tea @ Suffolk House Penang

Assalamualaikum Readers


Hi Tea @ Suffolk House Penang | Murah rezeki kawan Nina sebab dia rajin belanja makan. Nina pun rajin belanja dia kira win-win situation gitu. 22 Ogos lepas, baru kami sempat ke Suffolk House sebab kawan demam 2 minggu (demam biasa bukan Covid). Disebabkan kelas bahasa German dia sebelah bangunan Suffolk ni maka kami ber-reunion berdua kat sini. Kat sini sesuai untuk bermadu asrama dengan tersayang dengan suasana lampu tidur. Terus makan rasa nak tidur 😂😂


Hi Tea Di Suffolk House Penang





Suffolk House Penang ni lebih kurang bangunan lama zaman British yang dijadikan restoran makanan. Nak romantik dengan suami boleh ke sini. Sesuai untuk santai-santai tanpa suara bising macam kat restoran biasa. Harap boleh try menu dinner pulak 😜😋 Menu-menu untuk dinner boleh tahan meriah jugak. 


Tempat makan romantik di Penang




Untuk menu hi tea kami ni, menu agak out sikit dari segi kesegaran. Scones memang tak sedap sebab tak dihidangkan panas-panas. Akmar bukan saja partner makan-makan tapi dia juga bekas partner travel dan si tukang beli souvenir kalau travel ke Europe 😜😜 Kerja di Mattel menemukan kami, sekarang dia sayang nak tinggalkan Bosch. Harap tak buat plan gila nak keja oversea. Sudah-sudah la stay US bertahun-tahun. Sayang dah beli rumah sendiri kat Penang dan family di Balik Pulau 😌 Semoga dia bertemu jodoh, nak jugak kahwin lepas tengok Nina dah ada suami.


20 August 2020

Happy Birthday To My Cats

Assalamualaikum Readers


Happy Birthday To My Cats | Membesar bersama kucing dari lahir hingga sekarang, berjodoh dengan family yang sukakan kucing. Dah suggest kat Abah (FIL) kalau ada duit nak buka British Short Hair cat cafe , guna semua kucing peliharaan dia kat rumah. Mostly semua manja dengan Nina. Kalau tak balik rumah parents, boleh main dengan kucing FIL. 



Bulan Julai (23/7/2017) lepas genap umur kucing Nina 3 tahun. Tak silap masa kami start bela tu dari baby umur 2 bulan. Bela kucing dari baby lebih senang nak ajar dorang dari bela kucing dewasa, terutama nak buang najis. Alhamdulillah 2 ekor kucing betina tak kencing dan berak merata-rata. Disebabkan, dah tak ada nama jadi namakan Abang dengan Adik. Abang tu sebenarnya kami sangka jantan rupanya betina 😂😂 nak panggil nama lain tak boleh, nanti kucing tu tak bagi reaksi sebab bukan nama dia.


Adik (paling manja dengan Nina, macam mana tak manja pukul 3 pagi bangun susukan dia. Selang 2 jam lapar masa masih baby 😂🤣)









Abang (paling manja dengan mak, yang ni jugak paling penakut dengan orang, dia punya pesyen duduk pun lain, kami panggil style duduk kalah judi 🤣🤣)









Buat masa sekarang, kucing-kucing jadi peneman mak kat rumah, tak sunyi dan terhibur dengan gelagat kucing. Jadi terapi diri seseorang bila ada kucing ni. Harap dapat bela 2 ekor ni hingga kucing tua. Ditatang bagaikan minyak yang penuh, ceh peribahasa pulak. Kucing 2 ekor ni diawasi 24 jam. Keluar rumah pun kena ada bodyguard kalau tak merayau ke sana ke sini lepas tu tak reti balik rumah 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️


19 August 2020

Makan Best @ Town Steel Kitchen, Bukit Mertajam

Assalamualaikum Readers


Makan Best Di Town Steel Kitchen, Bukit Mertajam | Sebelum lupa apa yang kami berdua makan beberapa hari sebelum PKP baik abadikan dulu dalam blog. Bersepah gambar makanan dalam fon. Berpinar mata 🤪 15 Mac lepas, lupa dah kenapa Nina keluar dengan tunang tapi yang pasti dia ajak makan sebab takut PKP 😂 Jadi ini restoran last kami dating sebelum kena berkurung 😅


Makan Best Di Town Steel Kitchen, Bukit Mertajam





Walaupun time tu dah sampai separuh jalan, hujan lebat. Singgah masuk Perda cari kedai makan, pusing punya pusing terjumpa kedai ni. Deco di dinding memang menarik sesiapa saja. Suasana masa tu ramai dengan manusia. Makanan sampai agak lambat. Nak kata kena sabotaj, berdosa pulak. Pasta Nina tu rasa tawar 🤣🤣 Angin kuskus mai dah, terus panggil waiter mintak garam 😒 Pasta tunang sedap pulak. Eh.. lupa letak garam ka? Air biru tu kami share sebab besaq gedabak.



Spaghetti Chicken Buttermilk (pilihan Nina)
 

Seafood Aglio Olio (pilihan hubby)





Overall, sedap jugak bila tambah garam. Makan sampai licin. Dah boleh dine in kat restoran, kami tak sempat nak makan sini sebab malas nak menyeberang Penang Bridge 🤣😅 Pulak tu bulan 8 ni, kes bukan main canak naik. Lagi takut nak ke sana ke sini. Yang mana plan cuti-cuti Mesia ke Penang tu, mai la singgah Town Steel 😋


18 August 2020

Langkawi Day 2 : Paradise 101

Assalamualaikum Readers


Langkawi Day 2 : Paradise 101 | Aktiviti hari kedua kami di Langkawi plan ke Paradise 101. Punya lah excited, sebelum tengahari pi area Chenang Walk cari swimming suit. Dua couple pakat lena, kami dah shopping. Hubby beli seluar mandi untuk dia dan masuk Warisan Duty Free Langkawi beli swim suit 1 set dalam RM 289.90 😅 Mahal ler sekali tudung. Maceh husben 😘


Guys jangan terpedaya macam kami. Disebabkan Izzani sayang bini, dia turutkan permintaan bini nak pi private island. Pulau tu ada macam-macam aktiviti air tapi nak main semuanya too pricey! WAJIB makan kat sini 🙄 Service KO. Bayar harga tiket bot tapi tak pasti harga berapa sekali dengan makanan.


Paradise 101, Pulau Langkawi









Dari pulau ni boleh nampak view cable car rupanya. Tak pasti bila pulau buatan ni ada sebab lebih 6 tahun tak pi Langkawi. Sejam kami tunggu makanan tak sampai-sampai. Sempat bini-bini tawaf satu pulau untuk selfie, pi balik cafe tengok meja kosong. Nak naik jet ski harga RM 300++ (ko rasa?) Baik kami main jet ski kat hotel. Bila tanya staf cafe pasal makanan, muka kerek. Nak cancel tak boleh, jadi kami terpaksa tunggu. Nasib baik manager cafe mai selamatkan keadaan siap mohon maaf. 







Not bad pizza ni. Nasib baik sedap


Pelancong just masuk pulau ni untuk selfie dan makan. Sangat tak berbaloi dengan layanan staf cafe tu. Rasanya ni first dan last, memang tak masuk dah paradise. Memang paradise sangat dengan geng bapok bersepah 😂😂 Meluat tengok perangai. Rasa makanan tu boleh la so so. Nak kata sedap sangat tak, tapi sebab kami semua lapar, habis sekotak pizza pepperoni.


Ready nak naik jet ski. First time naik dengan lelaki. Nasib bawa suami sendiri naik jet ski


Balik hotel, solat asar terus salin baju lari pi pantai. Nak main jet ski bawa hubby 20 min sebelum depa 3 orang hantaq bini kat pantai sambung race kat laut 🤪 Perangai masing-masing hmm.. Balik dari main jet ski, terjun masuk pool sampai la sebelum maghrib masing-masing balik ke bilik, siap-siap pi dinner. To be continued..


17 August 2020

TIME Wifi Laju Ke?

Assalamualaikum Readers


TIME Wifi | Cara seorang suami sayangkan isteri tak sama bagi setiap orang. Nina tak pernah expect nak suami macam dalam drama melayu 🙄 Suami kaya, romantik bla bla.. Dalam drama boleh la propa, in real life more than that. Salah satu cara dia sayang, pasang wifi kat rumah 😜 boleh update blog katanya. Macam tau-tau bini banyak benda nak update dalam blog.


TIME Wifi


Pernah dengar TIME? Brand under Huawei. Selalunya unifi kan tapi sejak masuk rumah sewa, banyak rumah guna wifi ni. So far, laju dia bukan main. Jimat data kami 😆 Kalau kat tempat lain tak pasti, kena tengok coverage. Selalunya kalau ada masa lapang, kami akan habiskan masa tengok drama mat saleh dalam Netflix.






Setakat ni laju dan bayaran bulanan pun tak terlalu mahal. Hubby ambil pakej sebulan hanya RM 100. Sesuai untuk berdua. Laju sikit dari unifi kat rumah MIL. Hehe.. Rasanya tak semua negeri ada coverage TIME lagi. Boleh usha website TIME ok 👍🏻😀


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com