18 Aug 2020

Langkawi Day 2 : Paradise 101

Assalamualaikum Readers


Langkawi Day 2 : Paradise 101 | Aktiviti hari kedua kami di Langkawi plan ke Paradise 101. Punya lah excited, sebelum tengahari pi area Chenang Walk cari swimming suit. Dua couple pakat lena, kami dah shopping. Hubby beli seluar mandi untuk dia dan masuk Warisan Duty Free Langkawi beli swim suit 1 set dalam RM 289.90 😅 Mahal ler sekali tudung. Maceh husben 😘


Guys jangan terpedaya macam kami. Disebabkan Izzani sayang bini, dia turutkan permintaan bini nak pi private island. Pulau tu ada macam-macam aktiviti air tapi nak main semuanya too pricey! WAJIB makan kat sini 🙄 Service KO. Bayar harga tiket bot tapi tak pasti harga berapa sekali dengan makanan.


Paradise 101, Pulau Langkawi









Dari pulau ni boleh nampak view cable car rupanya. Tak pasti bila pulau buatan ni ada sebab lebih 6 tahun tak pi Langkawi. Sejam kami tunggu makanan tak sampai-sampai. Sempat bini-bini tawaf satu pulau untuk selfie, pi balik cafe tengok meja kosong. Nak naik jet ski harga RM 300++ (ko rasa?) Baik kami main jet ski kat hotel. Bila tanya staf cafe pasal makanan, muka kerek. Nak cancel tak boleh, jadi kami terpaksa tunggu. Nasib baik manager cafe mai selamatkan keadaan siap mohon maaf. 







Not bad pizza ni. Nasib baik sedap


Pelancong just masuk pulau ni untuk selfie dan makan. Sangat tak berbaloi dengan layanan staf cafe tu. Rasanya ni first dan last, memang tak masuk dah paradise. Memang paradise sangat dengan geng bapok bersepah 😂😂 Meluat tengok perangai. Rasa makanan tu boleh la so so. Nak kata sedap sangat tak, tapi sebab kami semua lapar, habis sekotak pizza pepperoni.


Ready nak naik jet ski. First time naik dengan lelaki. Nasib bawa suami sendiri naik jet ski


Balik hotel, solat asar terus salin baju lari pi pantai. Nak main jet ski bawa hubby 20 min sebelum depa 3 orang hantaq bini kat pantai sambung race kat laut 🤪 Perangai masing-masing hmm.. Balik dari main jet ski, terjun masuk pool sampai la sebelum maghrib masing-masing balik ke bilik, siap-siap pi dinner. To be continued..

4 comments:

  1. Bestnya dapat bergambar dalam sarang burung tu hehe

    ReplyDelete
  2. Spoil betul ye bila Paradise tak seindah nama. Takpela dapat swimsuit baru pengubat hati

    ReplyDelete
  3. Walaupun ada rumah dekat langkawi.. Amat jarang sekali ku jejak ke langkawi🤣🤣🤣
    Last masa 2015 kot.. Ohmy.. Lamanyaa

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com