29 Sept 2020

Power Max Wash Drum Cleaner

 Assalamualaikum Readers


Power Max Wash Drum Cleaner | Serbuk Pencuci Mesin Basuh | Produk dari Cosway dah digunakan sejak Nina sekolah lagi. Wangi baju sekolah bila basuh guna sabun baju Power Max 👍🏼 Walaupun harga boleh tahan mahal tapi berkualiti dan jenama ni dah bertahun di pasaran. Nina tengok harga serbuk cuci mesin basuh ni hanya RM 13 di Lazada dan terus grab! Hehe. Sesuai digunakan untuk mesin basuh separa automatik dan auto.


Power Max Wash Drum Cleaner Bagus mencuci mesin basuh dengan berkesan







Start rasa nak cuci mesin basuh bila seluar Nina selalu ada kesan kotoran melekat lepas cuci, mostly seluar hitam. Terus rasa mesin basuh rumah sewa ni dah kotor walaupun owner rumah dah bersih sebelum kami pindah masuk. Tak sangka guna mesin basuh 3 bulan lebih pun dah kotor dan berkeledak. Bayangkan kalau mesin tak cuci bertahun-tahun, agak-agak berapa tan kotoran? 🤮 Gelii kot








Yang betul-betul rajin dan pembersih saja sanggup buat kerja-kerja ni 😂😂 Nina cuci dari malam (putar 7 minit) dan biar air bertakung (penuhkan dalam mesin) dan pagi baru start rinse & spin (6 kali). Lepas cuci tu mesin basuh bau fresh dan tak ada lagi bau kepam, masam dan seangkatan. Semakin banyak baju yang kita basuh, semakin banyakkan lah habuk dan kotoran nak melekat di dinding mesin. Rajin cuci setiap 3 bulan sekali. Kotoran yang keluar tu macam lumut yang berketul. Alhamdulillah, baju yang siap cuci bersih dan tak kotor dengan kesan kotoran tertanggal di kain. 


27 Sept 2020

Family Mart Buka Di Penang

 Assalamualaikum Readers


Semakin banyak branch Family Mart di Penang 😉 Nina ajak adik ipar terjah di Gurney sebab tak ramai orang macam di Persiaran Karpal Singh. Rupanya sangkaan meleset, ramai juga beratur tapi tak panjang sangat. Gigih kami beratur untuk dapatkan aiskrim creme brulee 😋😋


Family Mart kini di Penang





Makan di Genting PO sampai ke sudah mengidam. Nasib dah buka kat Penang, kalau tak jenuh nak ke KL semata-mata Family Mart. Fikir 2 3 kali jugak la. Sekarang tak silap ada empat branch di Pulau Pinang - dua di pulau dan 2 lagi di mainland (Auto-City Juru, Persiaran Karpal Singh, Jalan Burma Gurney, Farlim & Caltex Jalan Kapar) . Seronoknya boleh cuba aiskrim dan roti keju yang sedap! Nina jarang nak makan makanan lain yang dijual selain Croissant Sandwich Chicken Slice & Cheese (wajib makan panas), sandwich dan aiskrim





Buat warga di Pulau Pinang, jangan risau duduk di mana pun masih boleh terjah Family Mart 💪🏼👍🏼 Masuk sini jarang beli makanan sikit, mesti habis at least RM 100 ke atas 😂😂


21 Sept 2020

Dekan Untuk Semester Dua

 Assalamualaikum Readers


Budak UiTM Dekan Untuk Semester 2 | Seronok kak ipaq antara orang terawal dapat tau result adik ipaq bongsu kesayangan. Tahniah Aqilah! 🌹 Rasanya, kami berdua tak percaya dia boleh dekan. Study kat rumah, habiskan semester 2 kat rumah sepanjang PKP 😂 Tengok dia serupa zombie, bangun pagi, study pagi, jaga mak tok plus Nina tolong dia buat assignment tapi end up lecturer mintak hantaq benda lain 🤣🤣 It’s so dramatic bila usaha nak berjaya but she managed to survive.


Pointer dari 3.20 ke 3.65 👍🏻 Klik untuk tumbesaran



Sedih nak lepaskan dia balik U bulan depan 😂 Dah tak dak orang nak belikan breakfast untuk Nina, nak teman ke sana ke sini. Hari-hari dengaq dia beletiaq. Tak sia-sia bagi tips/semangat dan diguna pakai 🤪 Teruskan usaha jadi anak yang berjaya, antara satunya anak yang dapat dekan. Kalau heboh nanti orang kecam. Eleh setakat diploma boleh la dapat dekan, bla bla.. ko rasa hari-hari masuk kelas online, semua online sampai laptop rosak berbaloi dapat result macam tu. 

 

18 Sept 2020

Tempat Makan Di Hillview Cafe, Penang Hill

Assalamualaikum Readers


Tempat Makan Di Hillview Cafe, Penang Hill | Tempat Makan Di Bukit Bendera Penang | Sejenis dah malas nak layan benda viral sebab bukan semua makanan viral tu sedap 😒 Dah terkena dan iklan makanan dalam page FB Penang Kini banyak mengarut, baca komen dulu sebelum terjah okay 😉 MIL ajak pi makan.


Aglio Olio Ham pilihan Nina . Boleh tahan rasanya cuma pedas . Hubby makan pedas pun tak boleh nak tolong habiskan . Tak dapat habiskan sebab risau kandungan



Lamb chop pilihan SIL . Spagetthi, french fries dan coleslaw tak panas .  Isi lamb terlalu lembut, makan guna garfu pun boleh


Hillview Cafe Bukit Bendera


Lokasi tempat makan strategik, naik Bukit Bendera boleh nampak cafe di sebelah kanan jalan. Masa pi makan overall ramai orang, nak cari parking pun susah. Makanan boleh tahan dan masih boleh diperbaiki cuma pekerja kena alert bila pelanggan minta sesuatu. Harap owner ambil berat untuk majukan diri dan business. 

17 Sept 2020

Percuma iPhone SE Dari uMobile

 Assalamualaikum Readers


Percuma iPhone SE 2020 Dari uMobile | Alhamdulillah tahun ni bermacam jenis hadiah dah dapat masa birthday bulan Julai lepas tapi untuk fon baru ni memang tak expect nak dapat. Nina dapat call dari uMobile masa tengah honeymoon di Langkawi. Disebabkan keadaan agak bising jadi tak berapa dengar in details. Yang Nina tahu hadiah iPhone ini khas untuk para pelanggan yang setia lebih dari 3 tahun bersama uMobile. Buat masa sekarang, tak guna lagi fon sebab fon yang sedia ada masih boleh digunakan.


Percuma iPhone SE 2020 Dari uMobile





Pandai betol dorang buat promosi, hadiahkan fon baru, tukar plan pelanggan dan tambah duit bill sikit dalam RM 3 dan bayar bill dengan pakej plan baru untuk 2 tahun 😆😆 Niat hati nak bagi mak guna macam hubby suggest tapi iPhone ni agak susah bagi orang veteren nak guna sebab bagi dorang terlalu ‘canggih’ . Kena ajar dulu. Ada ke pelanggan uMobile yang dapat fon macam Nina?


9 Sept 2020

Nasi Lemak McD Spicy Chicken McDeluxe

 Assalamualaikum Readers


Nasi Lemak McD Dengan Kepingan Spicy Chicken McDeluxe | Siapa dah try menu nasi lemak baru dengan kepingan ayam pedas. Disebabkan Nina duduk sorang saja jadi jarang masak sebab hubby pun busy di site atau pun lepak di rumah MIL saja. Jadi akan order makanan melalui Food Panda saja. Apa yang best nasi lemak McD ni? Setiap orang citarasa tak sama, ada yang suka makan sambal pedas berapi dan ada juga yang kurang makan pedas jadi setiap branch McD, sambalnya tak sama.


Nasi Lemak McD Spicy Chicken McDeluxe 





Nasi lemak McD memang berbaloi makan time lunch. Nasi banyak dimakan bersama kepingan ayam yang besar dan dipotong. Sambal Nina makan ni rasanya kurang pedas. Makan panas-panas baru umphhh.. Yang belum cuba boleh order. Paling suka bila makan ayam tu spicy dan ranggup. Kalau dah serve makanan sejuk tak boleh buat apa. Redho sajalah. Hehe.. 


6 Sept 2020

Staff Mr. Dakgalbi Gurney Plaza Kurang Ajar

 Assalamualaikum Readers


Staff Mr. Dakgalbi Gurney Plaza Kurang Ajar | Malas nak kondem-kondem tapi disebabkan adik-adik ipar tak tahan dengan perangai staff Mr. Dakgalbi jadi sebagai pengguna kita ada hak untuk ‘bersuara’ . Nak dijadikan cerita, adik ipar mengidam nak makan jadi turutkan jugak beratur panjang-panjang untuk makan. Tengah tunggu tu, ada sekumpulan geng Cina terus masuk (potong Q), selang beberapa minit ada lagi satu group Cina masuk macam tu jugak. Terus adik ipar tanya staff, kenapa bla bla (muka staff tu dah mintak penampaq). Anda rasa kami ada masa untuk sakit kepala? 💆🏻‍♀️


Staff Mr. Dakgalbi Gurney Plaza Kurang Ajar






Apa yang buat kami semua tak puas hati ialah alasan staff kedua-dua group Cina yang masuk pakai cable tu kawan-kawan bos. What?? Habis customer-customer melayu yang tunggu ni layan macam racist!! 😡😡 Staff yang adik ipar sound setempek tu, prepare makanan kami macam nak tak nak dengan muka bebal. Nak makan pun dah tak ada selera dapat layanan serupa anak tiri. Silap besar sebab adik-adik ipar berani face to face sekolahkan staff lepas buat pembayaran. Dia juga CABAR kami untuk buat report pada manager. 



Conclusionnya, kami dah officially buat report kat manager dan komen di FB (staff akan delete nanti). Bukan kami sahaja yang komplen, ramai lagi customer yang komplen di page FB Mr. Dakgalbi. Lepas ni, jangan harap nak pi makan lagi Mr. Dakgalbi. Duit gaji you dari duit customer (itu antara ayat adik ipar). Haha.. Banyak lagi restoran dalam Malaysia ni boleh pi makan. Customer always right! Walaupun bukan semua customer itu betul. 😂😂


2 Sept 2020

Servis Kurier J&T Teruk

Assalamualaikum Readers


Servis Kurier J&T Teruk! | Nak marah pun tak guna sebab awal-awal dah remind kawan suruh pos album kahwin guna kurier lain sebab J&T branch Gelugor teruk nauzubillah. Patutlah adik ipar bongsu suka merungut barang sampai lewat bla bla. Bila keluar berdua, lalu tepi J&T dia menjerit J&T bodoh berulang kali 😂😂 Memang bengap pekerja, kali pertama beli tudung, call hanya sekali (customer tak angkat call terus tak call semula, bila call tak angkat). Kena pi tuntut dekat ofis. Satu hal pulak, barang letak merata 🤦🏻‍♀️ Nasib ada orang, kalau tak kena sound dah. Sabaq ada tahap.


Servis Kurier J&T Teruk!





Tempat korang servis J&T teruk jugak ke? Kalau rasa Pos Laju teruk so far barang tak pernah posmen bagi hilang. Disebabkan sabtu lepas, gerak pi KL dengan fam in law, ingatkan pos album ke rumah MIL selamat lah rupanya tidak 😡 Sampai malam Isnin, suami bawa balik rumah dengan barang basah kuyup. Kalau iman tak kuat, nak saja pi ofis marah ke maki ke. Dah tau orang tak ada rumah, barang main lempar 😒 Ingat lempar cakera kat sekolah. Alhamdulillah, kawan Nina cerdik, dia wrap banyak kali sebab takut rosak. Harap pendrive tak masuk air.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com