26 Oct 2020

KFC The ONE Box Sedap?

Assalamualaikum Readers


KFC The ONE Box Sedap? | Dah cuba ke salah satu menu terbaru dari KFC? Nina cuba 13 Oktober lepas. Disebabkan cuaca hampir setiap hari hujan maka malas masak dan drive-thru ke KFC Jalan Masjid Negeri. Disitu saja yang ada drive-thru. First time juga beli di situ. Ada 2 jenis pilihan iaitu Set A dan Set B. Bezanya pilih cheezy popcorn bowl atau cheezy wedges. Nina pilih set A - RM 23.50


KFC The ONE Box Sedap




KFC The One Box - terdapat 6 sajian di dalam satu kotak. Menarik dan jimat bagi Nina. Lengkap dengan minuman. Puas hati makan, semuanya fresh from oven. Laju makan dalam kereta sebab sedap dan lapaq sangat 😂😂 Tak kuasa nak makan di KFC, hanya tapau je, Penang pun bukan green sangat. Kes Covid beratus 😌 


The One Box Set A : Cheezy popcorn bowl, Zinger burger, 1 Spicy chicken, Whipped potato, Coleslaw & Orange juice







Overall, semua menu menepati syarat dan selera tekak. Semua panas, tak ada la makanan sejuk ke lembik ke. Serius tak suka makanan yang dimasak awal. Dari burger hingga air. Paling suka makan cheezy popcorn panas-panas. Sos cheese meleleh antara ketulan ayam dan fries. Yang belum cuba, boleh la terjah ke KFC sementara stok masih ada. Dalam tv pun bukan main iklan, hari-hari menggoda 🤣🤣


4 comments:

  1. Cheezy popcorn bowl tu dia tak jual ala carte, teringin nak rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha : kalau jual ala carte, memang nk beli lg

      Delete
  2. Belum beli lagi yang one box ni. Berbaloi tu dalam satu hidangan ada macam-macam.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com