28 November 2020

Langkawi Day 3 : Cable Car Dan Sky Bridge

 Assalamualaikum Readers


Langkawi Day 3 : Cable Car Dan Sky Bridge | Bersambung entri last, honeymoon di Langkawi bulan 7 lepas. Hari ke 3 dan ke 4 digabungkan sekali 😄😏 Pagi tu lepas breakfast, Ika dah kata nak pi cable car. Kami pun join walaupun Bani dan bini malas nak keluar. Bayangkan tengahari ada kat atas sky bridge. Mau hitam kami laki bini, nasib pakai sunblock. Nak kata ramai orang tak juga, tapi penuh dengan pelancong-pelancong local.


Mata tak tahan panas

Pulau yang tengah tu Paradise 101, yang tak best pun

Kami dapat vitamin D yang cukup

Marilah kita pulang, dah jadi satay atas ni



Benda ni yang kami main. Pening kepala



 Orang gayat memang takkan berani jalan


Konon keluar pagi tak nak crowded. Sangkaan meleset, masuk di kaunter tiket orang dah beratur panjang. Sementara tunggu turn kami naik cable car, ada lah beberapa tempat yang tak best kami masuk. Orang dah belanja, layan saja. Cable car ni tak macam dulu masa mula-mula Nina pi, sekarang ada macam-macam aktiviti walaupun sesuai untuk kanak-kanak dan harga tiket yang semakin melambung. Rasa tak berbaloi kalau guna duit sendiri 😅😅


Candid

2 couple pengantin baru. Haha

Air terjun telaga 7

Laksa ikan sekoq

Cendol ceroi, laksa pun ceroi (cair), tak berapa cukup rasa. Mak masak laksa lagi pekat

Mandi pool puas-puas. Entah bila nak stay sini lagi

Sepasang dugong

Kit Kat, Cadbury, Hershey's dan M&M untuk family. Total RM 231.50


Balik dari Cable car, singgah makan laksa ikan sekoq yang kononnya sedap di Langkawi. Maaflah tak menepati expectation kami ber 4 yang memang layan laksa Penang. Ingatkan sedap rupanya tak berapa. Balik dari makan, aktiviti kami diteruskan dengan laut dan pool. Mandi puas-puas sebab keesokkannya nak balik dah. Hari last, kami checked out hotel dan pi bersarapan sebelum terjah Haji Ismail Group nak borong coklat, adik-adik ipaq dah order sorang satu tapi sangkaan kami meleset. Banyak stok coklat yang tak ada !! Kinder Bueno langsung tak ada. Hanya beli Cadbury, Ferrero Rocher dan Hershey's 😒 Adios Langkawi, entah bila nak jejak lagi. Sebab bila border buka memey keluar oversea laaaa. 


12 comments:

  1. bestnya, terpancar keriangan hehe

    ReplyDelete
  2. Terlebih vitamin D tu... ahaks! Sedap tu ratah laksa ikan sekoq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie : Lama sangat PKPB tak dpt vitamin D. Buat sendiri puas mkn

      Delete
  3. Share la hargaa cable car skrg. Last pg 2016 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ma : Ambil pakej ni - Tiket kereta kabel Langkawi combo 4 in 1 ( Kereta Kabel Skycab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi )

      Adult RM 93 / Child RM 83

      Delete
  4. Uit Nina dah berdiri bawah panas, main plak benda alah buat pening tu. Sib baik tak pitam. Huhu

    ReplyDelete
  5. Pernah sekali je naik cable car sampai atas. Datang seterusnya lepak bawah je. Pergi Langkawi tak sah tak borong chocolate. Tak bestnya kalau laksa tak menepati citarasa kan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Tak best sbb stok coklat sikit. Laksa dan cendol pun tak pekat.

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com