15 Nov 2020

Serik Berurusan Dengan Elrah Exclusive Penipu

 Assalamualaikum Readers


Benda dah lama buat apa ungkit, orang akan kata begitu begini. Harap lepas ni tak ada lagi mangsa Elrah Exclusive 😏🙄 Tokey sama macam Leeyanarahman, business management teruk. Orang nak meniaga, dia pun nak, ilmu teluq ayam. Kes ni jadi bulan 5 tahun ni, time tu Nina dengan hubby krik-krik kat rumah, nasib dia boleh datang rumah pakai baju kerja DHL, lepas lah dari roadblock polis.


Group Elrah wujud untuk si admin malaun supaya refund balik duit orang

Kalau tak jadi biadap, tak reply pun


Orang lelaki mesti kenal brand ni bukan setakat baju melayu, pelbagai jenis kurta pun ada. Banyak yang jadi mangsa tipu, kesian agent dan dropship (rata-rata students, suri rumah). Kami berdua join hanya untuk cari duit lebih sebab bulan 6, plan nak nikah.



Bukan sikit, ramai tapi customer bila explain sekali bukti dorang tak marah sangat



Nina akan deal dengan customer dan hubby akan jadi accountant (transfer duit customer ke admin Elrah, kami dapat komisyen, HQ pos baju). Masuk minggu ke 3, mula perasan no tracking semua pending (takda dalam sistem) 😌😒 Haaa sudah drama melayu apa pulak. Rupa-rupanyaa..


  • Baju customer tak packing tapi consignment note dah isi 😂😂
  • Size atau warna baju customer yang nak kalau tak ada stock, terus pos, hantar yang mana available. Tak kiralah order betul ke tak. Janji pos
  • Kadang no tracking tak bagi tapi baju dah sampai pada customer
  • Akhirnya customer marah Nina sebab jadi penipu pulak baju tak sampai-sampai. Orang nak pakai raya walaupun PKPP. Ehh 😤😤


Wahai manusia, kita hanya merancang, Allah tentukan segalanya. Mungkin kami belajar sesuatu dari kes ni. Berniaga apa pun, janji ikhlas dalam masa sama bersedekah. 



Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Yes.. hidup tak tenang, siang malam orang wasap. Yang nak order terpaksa hold, dah buat payment, selagi tak transfer kat account malaun tu kami refund. Nina tetiba masuk group ws bersama mangsa lain 😂 Maka, segala ayat maki hamun aku bedal. Mampoih hari-hari orang maki mintak duit. Sehari sebelum raya puasa, dapat pulangkan semua duit customer. 


Alhamdulillah syukur. Jadi pengajaran buat kami. Manusia boleh berubah sekelip mata bila tengok duit banyak, nak kejar sale, halal haram tolak tepi. Bukan nak aibkan sesiapa tapi siapa nak join jual produk tu kaji dulu, walaupun kami dah kaji tetap terkena.

20 comments:

  1. Spill the tea sis! Allahu, teruk betul meniaga macam ni. Patut join tokey macau scam tu pakai baju oren. Meniaga ni kena ada ilmu, bukan takat usaha dan duit je kan. Semoga Nina dapat refund balik ye

    ReplyDelete
  2. Haru betul kalau kena begini. Mujurlah dah selesai.

    ReplyDelete
  3. Moga Allah permudahkan segala urusan Nina n hubby 😊

    ReplyDelete
  4. perkara nie memang bahaya.. Bila dah gelap mata tengok duit, naya kat orang lah.. Mujur dapat balik duit..

    ReplyDelete
  5. ish kejamnya tipu duit org , member tk byr hutang pun marah ni pula si penipu ni ish

    ReplyDelete
  6. Crita Nina ni buat akak teringat pengalaman lalu - dropship tudung/shawl. Mula2 ok. Tapi bila dah nak Raya...asyik x cukup stok. Tak ada proper planning. Bgtau pulak last minit. Kesian customers sbb bkn duit tu yg dorg nak. Akak rasa malu betul time tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurainny : Kesian customer tunggu order tak sampai2. Semua nk pakai raya walaupun tak boleh balik kg. Once duit HQ dh pulangkan terus refund ke customer, biar beli baju lain.

      Delete
  7. MasyaAllah..btui ka smpai lagu tu..so skrng da setle semua duit customer or bju dpt da ka? hm..kdg pkra mcm ni kalau x salah founder, slsh org tgh yg berurusan, mgkin hq ka ape ke..yg buat aniaya org lain..paroh juga mcmni kan.mcmne Islam-melayu nak maju kalau da buat mcm ni sesama sdri =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaya : Ya, berpuluh org yang kena. alhamdulillah dh settle refund duit utk customer yg tak dpt baju. Founder kena alert staf2 yg ada potensi nk buat masalah. susah nk maju dlm bisnes kalau setiap tahun masalah sama

      Delete
  8. mungkin sebab dia ada masalah dengan isteri dia. sebelum ni manage sama sama, pastu dah ada masalah,dia manage sorang then jadi tunggang langgang. tapi memang tak patut la, jenama hebat, orang dah percaya sekali buat macam ni memang x kan ada sapa nak percaya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikiysha : As founder kena carai jalan selesai masalah. Tiap2 tahun ada masalah, orang dh tak percaya dgn jenama Elrah.

      Delete
  9. Hi..terima kasih for this insight...i thought I want to dropship this product...lepas baca review...dah taknaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Winnie : Hi, your most welcome. Please beware ya.

      Delete
  10. tahun ni dia dah mulakan balik dah.... guna admin berbeza, guna akaun berbeza, concept sama.. commission dropship paling tinggi kaw2 punya dia bagi.. please contact org yg terkena tahun lepas.. masuk IIUM utk awareness.. dah ramai yg terkena.. masih ada yang join... recycle the samething every year.. sapa yang kaya? sapa yang teraniaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lara : Ya masih ramai yg terkena. Mungkin sebab commision tinggi dari thn lepas. Sebab itu sy buat post ni untuk bagi kesedaran jangan terkena. Banyak students jd mangsa

      Delete
  11. Aduhai..walau kisah tahun lepas akak klik...tapi bila baca sakit hati oiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA : Tahun ni masih ramai yg terjebak. Huhu

      Delete
  12. Allahu sis....sy dh terjebak join DS Elrah ni...start awal bulan puasa
    So far ...ok lagi sis...x de masalah...tapi part lambat buat postage tu biasa
    Jadi, takut plk sy ...lepas baca kes sis ni😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part lambat pos tu tak pernah berubah. Harap tahun ni tak buat hal lg

      Delete
  13. haraplah kes founder elrah ni dapat penyelesaian huhu. kesian jugak

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com