31 Dec 2020

Shopping Di Tahun Akhir 2020

 Assalamualaikum Readers


Lama tak window shopping sorang-sorang sejak jadi wife. Salah satu terapi untuk diri sendiri. Shopping sorang-sorang paling SELAMAT dan boleh buat SOP sendiri. Dari 1 mall ke 1 mall boleh pi tanpa bebelan hubby. Tak ada sapa nak larang. Hahaha.. Maceh hubby pi kenduri doa selamat office dan bagi duit kat bini. Syiokk habis! Sementara tak ada anak boleh lah hang seronok ronok Nina oii.


Queensbay Mall ni deco perayaan tak pernah tak lawa

Sesi pilih baju untuk MIL sebab ada sale

Selfie dan selfie then hantar ws kat SIL bongsu. Mana sesuai dengan bentuk badan MIL. Baju polka dots ni jadi pilihan sebab baju hitam buat badan gemok nampak slim. Memang ngam dengan MIL. Kemain suka (asyik beli baju untuk menantu sampai segan)

Grab 1 for me
Deco Krismas di 1st Avenue Mall

Keluar shopping dari petang hingga malam tahun baru ni memang jem tapi itu semua small matter janji dapat redeem point kad Parkson. Antara mall-mall yang ada di Penang, hanya 1st Avenue Mall yang tak over crowded dan mudah dapat parking. Shopping pun tenang tak ramai orang. Dapat lah borong 4 helai baju sebab nak balik awal sebelum 9.00 malam. Tak pasal stuck dalam jem walaupun tak ada sambutan tahun baru still ramai manusia/pelancong keluar melepak. 


Resepi Ayam Masak Kentang

 Assalamualaikum Readers


Resepi Ayam Masak Kentang | Ini antara menu kegemaran Nina diwaktu malas masak dan bulan puasa. Mudah dimasak dan sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Entri untuk pembaca-pembaca yang cari resepi nak masak untuk bulan puasa nanti. Kena get ready, pejam celik hujung bulan 3 dah puasa. Dah ganti puasa belum? 😃😘


Ayam Masak Kentang



Resepi ni hasil dari idea mak, ikut suka hati masak. Bila makan sedap pulak, termasuk lah hubby. Masak apa saja janji sedap. Tak banyak songeh. Sekarang ni bertambah mudah sebab kami seisi keluarga guna sambal tumis Maggi menggantikan cili kisar. Malas dah nak rebus cili dan blend. Guna sambal tumis saja. 1 paket pun dah cukup.   



Tumis bawang dahulu

Masukkan pes sambal tulis maggi dan kemudian kesemua sos


Bahan-bahan :


7 ketul ayam (terpulang)

2 Biji ubi kentang (dipotong nipis & digoreng)

1 Sudu gula

2 Ulas bawang putih & merah (ditumbuk)

1 paket pes sambal Tumis Maggi

2 Sudu besar sos tomato, cili & tiram (campur sekali)


Cara Memasak :


1. Potong ubi kentang nipis-nipis dan goreng sehingga kekuningan dan toskan.


2. Goreng ayam jangan sampai garing dan toskan.


3. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi. 


4. Masukkan pes sambal tumis Maggi dan kacau seketika.


5. Kemudian masukkan ketiga-tiga sos dan sedikit air. Kacau kesemua hingga sebati.


6. Masukkan kentang dan ayam yang telah digoreng dan kacau biar kuah sebati bersama. Siap untuk dihidangkan! 


30 Dec 2020

Makanan-Makanan Sedap Di Family Mart

 Assalamualaikum Readers


Makanan-Makanan Sedap Di Family Mart | Makanan apa yang sedap sangat tu selain oden. Kalau nak tunjuk satu-satu jenuh la. Malas nak jadi duta tak laku Family Mart. Semua makanan dalam entri ni orang belanja ya. Semoga SIL no.2 murah rezeki, dipermudahkan urusan sambung Master di USM (part time) dan menikah 😃😍 Bercinta lama-lama pun buat apa. Tak berkira dengan orang itulah perangainya. Kembali ke pangkal cerita. Sebahagian makanan pilihan kalau ke Family Mart.  


Basque Burnt Cheesecake Sofuto


Kenikmatan rasa custard bersama hirisan almond. Ngam di mulut

Belgian Dark Choc Sofuto (sesuai untuk dark choc lover)


Setiap bulan kami akan terjah Family Mart. Dalam banyak-banyak branch di Penang, kami tuju Karpal Singh Drive. Besar dan banyak pilihan. Antara makanan-makanan yang sempat Nina snap gambar dan jadi pilihan mesti sofuto. Tak pasti berat bulan ni naik berapa. Takut nak timbang 😅 Menu lain wajib try Hanjuku Cheese, Salted Egg Popcorn Chicken Bento, Salmon Bar, Chocolate Lava Cheese Croissant dan Chicken Slice X Egg Mayo Sandwich (fav).  



Ada 6 biji tak silap, rasa dark choc betul

Masa mula makan akan rasa pahit sikit lepas kunyah dah sedap

Tak kempunan dapat Basque Burnt Cheesecake Sofuto

Jarang 1 plastik. Hahah


Dulu bila Family Mart tak ada di Penang, mesti susah nak makan. Kena turun KL baru boleh beli. Sekarang tidak lagi. Hehee.. Boleh makan dengan riang gembira. Nak murah kena jadi ahli atau bayar guna Touch n Go eWallet!


29 Dec 2020

Tealive Biskutea Caramel Sedap!

 Assalamualaikum Readers


Tealive Biskutea Caramel Sedap! | Siapa dah cuba menu minuman terbaru dari Tealive? Ahad lepas balik dari cuti-cuti Penang, FIL belanja anak-anak dan menantu 😄😍 Nasib baik Tesco area rumah Nina masih belum sold out. Dapat juga cuba. Minum sorang-sorang tengok dah habis. Rasa puas tanpa gangguan boba.


Tealive Biskutea Caramel - RM 10.90

Biskutea Orea - RM 9.90


Rasa susu, caramel dan biskut tu memang perfect combination. Tak over manis. Nak repeat order lagi walaupun air lebih murah dari Starbucks 😂😃 Sangat kena di tekak, minum waktu cuaca panas. Untuk flavour Biskutea ni ada 2 tau, boleh pilih caramel atau oreo. Untuk Oreo pun sedap juga, try minum adik ipar punya. Ada masam manis, macam mixed dengan strawberi. Tak pasti kedua-dua flavour ni limited edition atau tak. Yang belum try, pi beli cepat. Hee


28 Dec 2020

Buat Murukku Dari Tepung Murukku Alagappa's

 Assalamualaikum Readers


Buat Murukku Dari Tepung Murukku Alagappa's | Salah sorang hantu murukku dan kerepek seangkatan. Antara menu wajib yang patut ada pada hari raya mesti rempeyek dan murukku. Sejak resepi murukku mak hilang begitu saja (ada manusia minta resepi tapi tak pulangkan balik) terus tak buat murukku 2 tahun lepas. Masa singgah Mydin, ini antara barang yang masuk dalam troli. Hehehe.. First time buat murukku guna tepung instant dan menjadi. Separuh buat untuk MIL yang suka mengunyah sambil layan drama. 


Murukku instant dari tepung Alagappa's

Tepung murukku instant - RM 5.75


Walaupun tepung murukku ni hanya perlu tambah air tapi tak sedap weyh. Kena add on bahan-bahan lain. Yang tak ada acuan murukku kena pi cari dulu ya. Ini murukku hasil dari acuan tembaga mak. Boleh menggoreng murukku untuk kudapan kat rumah. Nak beli kat luar, semua hasil air tangan peluh orang hindu. Tak berselera mak nak makan plus non-halal. Perlu goreng guna api perlahan. Nanti hangit. 


Bahan-Bahan Add Ons :


Beberapa helai daun kari (untuk ditabur semasa menggoreng murukku)

Mentega secukupnya (untuk lembutkan adunan)

Garam secukupnya

1 paket pes Sambal Tumis Maggi (nak pedas boleh tambah)

Serbuk Lemuju / Jemuju secukupnya (untuk wangi)


Jangan Kisah Dicop Takut Bini Wahai Suami

 Assalamualaikum Readers


Jangan Kisah Dicop 'Takut Bini', Wahai Suami | Asyik update pasal makanan, kita stop untuk seketika. Selagi gambar tak habis dalam fon, jangan harap nak berhenti. Ngeh.. ngeh. Rata-rata pembaca blog ni para-para sakura isteri mesti ada isu macam ni kan? Yang masih single boleh ambil tau nanti senang nak 'brain wash' suami yang tak reti duduk rumah 😎 Mostly kita ada kawan-kawan, sebelum kawin ke sana ke sini berdua, bertiga, ber ber lah. Lepas dah kena ikat, situasi dah tak sama. 




In fact, dalam life rumah tangga kami dah buat rules. Boleh keluar lepak dengan kengkawan, hanya waktu siang sahaja. Hubby tau life bini dia sebelum era covid, memang lepak sambil blogging sampai 12, 1 pagi di Starbucks selagi tak kena halau 😏😂 Then, dah kahwin sama-sama kena tukar habit. Takkan hang nak bajet macam single. Ada certain perkara, kena report dengan MIL baru suami tak berani, bukan apa untuk menasihati.



Setiap malam, kami habiskan masa cerita itu ini, gosip lepas tu buat air liur and repeat 7 hari seminggu. Tup tup ada hamba Allah, kata hubby takut bini, Nina garang bla bla dalam group whatsapp 😝 Buat group lepas tu membawang, ingat orang perempuan saja suka mengata. Kami boleh check fon masing-masing, baca whatsapp. Kesian tengok life kawan hubby, ada bini tapiii ..... Hubby tak lepak bukan sebab Nina tak bagi tapi dia nak 'beauty sleep' & 'me time' 😄😍 Pukul 10.00, dia dah membuta. Tiada istilah 'takut bini' kerana telah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk mengutamakan keluarga. Lantak nak kata apa pun.


Ini bukan untuk orang lain, ini untuk diri sendiri. Perlu bersikap memilih selepas berumahtangga sebab tak semua kawan tu beri manfaat untuk hubungan kita. 


  • Ada kawan, dalam group whatsapp selalu share porno

  • Ada kawan, bila jumpa selalu tunjuk gambar perempuan seksi, lawa dan muda

  • Ada kawan, bila bersembang selalu cerita cara nak tambah lagi

  • Ada kawan, ajak ride ke border buat benda tak ketahuan


Elok dijauhi kengkawan yang berperangai sebegini, yang ajak melepak tak kira masa, keluar saja-saja, ajar cara nak menipu dan bagi jalan untuk buat maksiat serta yang nak kita tundukkan isteri. Lelaki bila dah kawin, tolong pilih kawan yang patut disimpan. Yang membawa kebaikan, simpan dan jaga baik-baik, yang tak ada kebaikan, jarakkan sikit daripada terus berkawan dengan dia.   


27 Dec 2020

Tips Kenal Buah Munggai Muda Atau Tua

 Assalamualaikum Readers


Tips Kenal Buah Munggai Muda Atau Tua | Buah munggai (baca sini) atau dikenali sebagai kacang kelor, buah kole atau merunggai dibawa ke tanah melayu oleh orang India. Terima kasih British, kalau tak orang melayu tak kenal dan tak makan buah ni 😂😃 Susah nak dapat di bandar. Kalau di kampung mungkin ada. Di area taman rumah Nina ada orang India tanam tapi kan buahnya kurus keding. Hahaa.. Mungkin ambil daun buat sayur kot. Makanan fav orang India. 


Gulai Munggai

Buah munggai jenis panjang


Tak semua negeri di Malaysia sesuai untuk tanam pokok munggai. Banyak pokok di tanam di utara berbanding selatan. Susah nak jumpa orang jual kecuali di kampung-kampung. Banyak khasiat buah ni antaranya anti penuaan. Nanti google eh. Buah munggai muda sangat sesuai di makan, selalunya mak akan masak gulai. Letak udang galah perghhh sedap! Kat bawah ni tips untuk kenal buah munggai muda atau tua.  


Pulas secara lembut, kalau tak bunyi bermakna buah muda

Buah munggai yang tua. Biji dah kuning dan keras. Kulit luar warna hijau coklat dan permukaan kulit agak kasar. Dah tahu tips, mudah nak beli 

Munggai tua tak boleh makan. Kalau buah munggai muda, biji warna putih dan lembut

Kulit buah munggai muda dikikis sebelum dimasak

Munggai muda siap cuci bersih


Nak share resepi pun macam susah nak cari buah munggai ni. Last Nina makan tahun 2018, itu pun jumpa di market pagi. Lepas tu dah tak jumpa buah sampai sekarang. Nasib tak kempunan. Tambah musim tengkujuh ni lagi susah nak dapat buah. Bunga munggai tak tahan musim hujan, mana nak datang buah.    


26 Dec 2020

Susu Pisang Nilofa

 Assalamualaikum Readers


Susu Pisang Nilofa antara susu pertama yang Nina cuba tapi rasanya tak boleh lawan susu pisang Binggrae (Family Mart ada) 😍😋 Mungkin susu pisang Nilofa bau pisangnya terlalu kuat. Selera lain-lain, yang belum minum boleh cuba. Nina dah cuba keempat-empat susu Nilofa ni bukan sebab peminat no.1 Neelofa tapi saja-saja nak try minum. Setakat ni tak pernah lagi beli tudung atau makeup jenama sama.


Susu Pisang Nilofa


Minum sejuk-sejuk best tapi bau pisang kuat

Bau pisang kuat dan manis macam Neelofa. Eh

Paling suka!!


Rasa susu pisang nilofa sedap tapi personally Nina lebih suka susu pisang dengan kurma compare dengan susu pisang saja. Sebabnya susu ni manis sangat. Umpama susu yang dicampur pisang dan diproses. Nak pilihan lebih sihat ialah makanan yang tak diproses. Yang nak jaga kesihatan, boleh cuba buat banana milkshake atau banana smoothie kat rumah. Pilihan di tangan sendiri. Lebih prefer buat smoothie sendiri bila rajin but sokay sekali sekala layan susu Nilofa. Hehe..


25 Dec 2020

Starbucks Jolly Baked Apple Latte Edisi Krismas

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Jolly Baked Apple Latte Edisi Krismas | Untuk edisi krismas tahun 2020, Starbucks keluarkan 3 perisa untuk dicuba. Spiced Baked Apple Latte tak semua branch ada. Tak sure sebab apa.  Sebagai membership, setiap bulan Starbucks akan hantar email untuk war-warkan flavour yang keluar. Terdapat jugak promosi BUY 1 FREE 1 setiap sabtu dan ahad. Jangan lupa terjah minggu terakhir tahun 2020 ya!


Starbucks Jolly Baked Apple Latte in Iced - RM 23.30

Sos caramel dan hirisan buah epal merah

Sebelum minum, kacau dulu kalau tak, rasa macam minum nescafe


Untuk bulan ni dah 2 flavour Nina cuba termasuk Toffee Nut Crunch Latte (nak repeat) 😃😍. Kalau siapa suka epal boleh cuba. Manis disebabkan topping saja. Kalau tak kacau air akan rasa macam minum nescafe. Bila dah mixed, akan rasa macam minum latte campur caramel dan hirisan buah epal. Berbaloi untuk cuba! Tak over manis sangat.



Starbucks® Jolly Baked Apple Latte: A creamy blend of Starbucks® signature espresso, steamed milk and spiced apples, the new Jolly Baked Apple Latte is a multi-sensory holiday delight. The Jolly Baked Apple Latte is topped with a whipped cream dome, a delicate drizzle of baked apple sauce and candied apple sprinkles for the perfect holiday touch. Available hot, iced and blended.


24 Dec 2020

Nasi Atuk KFC Baharu!

 Assalamualaikum Readers


Nasi Atuk KFC Baharu | Dah cuba nasi lemak terbaru dari KFC? Isnin lepas baru dapat makan dengan parents. Nasi Atuk KFC menggandingkan ayam goreng KFC bersama Nasi Lemak. Semestinya dihidangkan dengan makanan sampingan tradisional - telur rebus sebiji dibelah dua, hirisan timun segar, kacang tanah dan sambal ikan bilis (tak pedas). Sangat sesuai untuk kanak-kanak atau tak makan pedas.


Nasi Atuk KFC - Ayam Hot & Spicy with Nasi Lemak (RM 14.99)

Sambal ikan bilis tak pedas dan bau wangi bawang putih

Minuman pilih air pepsi


Jangan expect rasa sama macam nasi lemak McDonald's. Memang tak sama! Terutama ayam, telur dan sambal. Tengok iklan pun boleh tahu apa yang tak sama. Kalau suka makan pedas, nasi atuk KFC ni bukan pilihannya. Sesuai juga dimakan oleh warga emas.   


Menu ini menghidangkan makanan kebangsaan Malaysia dengan dua pilihan nasi samada Nasi Lemak ataupun KFC Colonel Rice (nasi ayam klasik KFC). Nasi lemak wangi diperbuat daripada daun pandan dan santan. Memang berselera makan panas-panas. Yang belum cuba dapatkan sementara promosi masih ada.


Nasi Atuk KFC berada di pasaran bermula 17 Dis 2020


Nasi Atuk KFC boleh didapati dengan 3 variasi lauk :


👉 1 ketul ayam

👉  2 ketul ayam atau

👉  Hot & Spicy Zinger Fillet tanpa tulang


23 Dec 2020

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

 Assalamualaikum Readers


KLIK BANNER UNTUK JOIN


Meh ramai-ramai support Eza yang baru berjinak-jinak dengan blog. Siapa lagi nak sokong kalau bukan rakan-rakan blogger. Semoga Eza dapat kebahagiaan dengan cara tersendiri bila menaip. Cheers and happy blogging Eza ❤❤


Pringles Saucy BBQ

 Assalamualaikum Readers


Pringles Saucy BBQ ni rupanya dah lama ada di pasaran tapi kenapa tak pernah nampak 😚 Bila dah tukar rupa baru nak munculkan diri di Mydin. Ini pun jajan yang sempat grab masuk dalam troli. Hehe.. Bab nak mengunyah memang no 1. Pringles selalunya jadi fav kerepek Nina sebab rasanya memang original, kalau kata pedas tu memang pedas tak bohong.


Pringles Perisa Sos BBQ - RM 4.45


Keropok Pringles secukup rasa


Rasanya memang sos bbq, cuma kalau perisa di tambah kepedasan mesti lebih umpphhh.. Harap tokey pringles terbaca lah review yang tak seberapa ni. Bab laku tu memang sekejap saja dah habis stok. Alang-alang dah nampak grab terus. Yang belum cuba, boleh cari. Faham sangat bila PKP ni mood makan tu hari-hari onnzzz.  

22 Dec 2020

Cara Mudah Bunuh Pepijat Dengan Bio-D Sleep Tite Bed Bug And Dust Mite Control

 Assalamualaikum Readers


Cara Mudah Bunuh Pepijat Dengan Bio-D Sleep Tite | Menjadi mimpi ngeri bila diserang pepijat di bilik sendiri hampir 3 bulan. Sebenarnya Nina pun tak tahu mana datang pepijat ni dalam bilik. Mula-mula tu dah gatal satu badan sampai tak boleh tidur hingga ke subuh. Bila mengadu dengan mak, dia spot check bantal dan bunuh semuanya termasuk telur. Seumur hidup tak pernah lagi kena gigit dengan pepijat di tempat lain selain travel, rumah orang, asrama etc. 


Bio-D Sleep Tite Bed Bug & Dust Mite Control - RM 26.90 (ada dijual di Lazada & Shopee)

Cara Mudah & Jimat Bunuh Pepijat Dengan Bio-D Sleep Tite 


Selang 3 minggu, start gatal-gatal. Boleh angin satu badan. Bila buka lampu terus lari berkeliaran pepijat di katil. Dari geli terus jadi berani sebab dah tak tahan. Hairan mana datangnya sedangkan bantal dah dibersihkan. Lama kelamaan makin berkurang pepijat dan akhirnya terjawab. Pepijat dah lama bersarang di buku-buku bapa yang dah lama tak dibaca. Alhamdulillah, terdetik di hati nak tengok buku-buku tu sebab warna kertas macam ada kesan pepijat.



Mudah dibawa ke mana sahaja terutama travel. Mana tahu ada pepijat di katil hotel


Selepas dah bunuh kesemuanya dan pindahkan buku-buku ke dalam kotak terus beli Sleep Tite dan spray pada katil dan katil. Mudah nak bunuh makhluk kecil ni, sejenis parasit yang paling mudah merebak dan makanannya ialah darah. Berasaskan bahan organik yang selamat untuk kanak-kanak. Nina rasa sangat sesuai untuk beli dan bawa bila travel walaupun rasa ia agak remeh. Jangan percaya tempat-tempat yang kita stay selalunya bersih. Tak kisah hotel bajet atau mewah.


Kawasan-kawasan pembiakan pepijat


Pepijat aktif waktu malam masa kita tidur. Gigitan sukar untuk kita rasa sebab orang tak sedar/terjaga masa kena gigit. Kesan boleh tengok pada pagi berikutnya, ada bintik-bintik merah dan gatal. Nina selalunya akan nampak kesan darah disebabkan menggaru. Bila mandi confirm pedih belakang badan, kaki dan tangan. Bio-D Sleep Tite membantu menyelamatkan kita dari pepijat dengan harga murah. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com