22 Dec 2020

Cara Mudah & Jimat Bunuh Pepijat Dengan Bio-D Sleep Tite Bed Bug & Dust Mite Control

 Assalamualaikum Readers


Cara Mudah & Jimat Bunuh Pepijat Dengan Bio-D Sleep Tite | Menjadi mimpi ngeri bila diserang pepijat di bilik sendiri hampir 3 bulan. Sebenarnya Nina pun tak tahu mana datang pepijat ni dalam bilik. Mula-mula tu dah gatal satu badan sampai tak boleh tidur hingga ke subuh. Bila mengadu dengan mak, dia spot check bantal dan bunuh semuanya termasuk telur. Seumur hidup tak pernah lagi kena gigit dengan pepijat di tempat lain selain travel, rumah orang, asrama etc. 


Bio-D Sleep Tite Bed Bug & Dust Mite Control - RM 26.90 (ada dijual di Lazada & Shopee)

Cara Mudah & Jimat Bunuh Pepijat Dengan Bio-D Sleep Tite 


Selang 3 minggu, start gatal-gatal. Boleh angin satu badan. Bila buka lampu terus lari berkeliaran pepijat di katil. Dari geli terus jadi berani sebab dah tak tahan. Hairan mana datangnya sedangkan bantal dah dibersihkan. Lama kelamaan makin berkurang pepijat dan akhirnya terjawab. Pepijat dah lama bersarang di buku-buku bapa yang dah lama tak dibaca. Alhamdulillah, terdetik di hati nak tengok buku-buku tu sebab warna kertas macam ada kesan pepijat.



Mudah dibawa ke mana sahaja terutama travel. Mana tahu ada pepijat di katil hotel


Selepas dah bunuh kesemuanya dan pindahkan buku-buku ke dalam kotak terus beli Sleep Tite dan spray pada katil dan katil. Mudah nak bunuh makhluk kecil ni, sejenis parasit yang paling mudah merebak dan makanannya ialah darah. Berasaskan bahan organik yang selamat untuk kanak-kanak. Nina rasa sangat sesuai untuk beli dan bawa bila travel walaupun rasa ia agak remeh. Jangan percaya tempat-tempat yang kita stay selalunya bersih. Tak kisah hotel bajet atau mewah.


Kawasan-kawasan pembiakan pepijat


Pepijat aktif waktu malam masa kita tidur. Gigitan sukar untuk kita rasa sebab orang tak sedar/terjaga masa kena gigit. Kesan boleh tengok pada pagi berikutnya, ada bintik-bintik merah dan gatal. Nina selalunya akan nampak kesan darah disebabkan menggaru. Bila mandi confirm pedih belakang badan, kaki dan tangan. Bio-D Sleep Tite membantu menyelamatkan kita dari pepijat dengan harga murah. 


5 comments:

  1. wah boleh beli ni. Kena siap sedia daripada diserang pepijat walau di mana kita nak tidur.

    ReplyDelete
  2. saya pun kena ni ish nak tidur pun gatal gatal badan

    ReplyDelete
  3. thanks sharing. So far tilam ni takde, tapi kalau travel elok gak bawak ni

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com