28 Dec 2020

Jangan Kisah Dicop Takut Bini Wahai Suami

 Assalamualaikum Readers


Jangan Kisah Dicop 'Takut Bini', Wahai Suami | Asyik update pasal makanan, kita stop untuk seketika. Selagi gambar tak habis dalam fon, jangan harap nak berhenti. Ngeh.. ngeh. Rata-rata pembaca blog ni para-para sakura isteri mesti ada isu macam ni kan? Yang masih single boleh ambil tau nanti senang nak 'brain wash' suami yang tak reti duduk rumah 😎 Mostly kita ada kawan-kawan, sebelum kawin ke sana ke sini berdua, bertiga, ber ber lah. Lepas dah kena ikat, situasi dah tak sama. 




In fact, dalam life rumah tangga kami dah buat rules. Boleh keluar lepak dengan kengkawan, hanya waktu siang sahaja. Hubby tau life bini dia sebelum era covid, memang lepak sambil blogging sampai 12, 1 pagi di Starbucks selagi tak kena halau 😏😂 Then, dah kahwin sama-sama kena tukar habit. Takkan hang nak bajet macam single. Ada certain perkara, kena report dengan MIL baru suami tak berani, bukan apa untuk menasihati.



Setiap malam, kami habiskan masa cerita itu ini, gosip lepas tu buat air liur and repeat 7 hari seminggu. Tup tup ada hamba Allah, kata hubby takut bini, Nina garang bla bla dalam group whatsapp 😝 Buat group lepas tu membawang, ingat orang perempuan saja suka mengata. Kami boleh check fon masing-masing, baca whatsapp. Kesian tengok life kawan hubby, ada bini tapiii ..... Hubby tak lepak bukan sebab Nina tak bagi tapi dia nak 'beauty sleep' & 'me time' 😄😍 Pukul 10.00, dia dah membuta. Tiada istilah 'takut bini' kerana telah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk mengutamakan keluarga. Lantak nak kata apa pun.


Ini bukan untuk orang lain, ini untuk diri sendiri. Perlu bersikap memilih selepas berumahtangga sebab tak semua kawan tu beri manfaat untuk hubungan kita. 


  • Ada kawan, dalam group whatsapp selalu share porno

  • Ada kawan, bila jumpa selalu tunjuk gambar perempuan seksi, lawa dan muda

  • Ada kawan, bila bersembang selalu cerita cara nak tambah lagi

  • Ada kawan, ajak ride ke border buat benda tak ketahuan


Elok dijauhi kengkawan yang berperangai sebegini, yang ajak melepak tak kira masa, keluar saja-saja, ajar cara nak menipu dan bagi jalan untuk buat maksiat serta yang nak kita tundukkan isteri. Lelaki bila dah kawin, tolong pilih kawan yang patut disimpan. Yang membawa kebaikan, simpan dan jaga baik-baik, yang tak ada kebaikan, jarakkan sikit daripada terus berkawan dengan dia.   


10 comments:

  1. betul tu , biar org nak kata apa

    ReplyDelete
  2. Tu sebab Sal kalau kawan dah kawin, malas dah nak ajak dia lepak selalu. Lepak je dengan kawan2 single. Haha. Padan muka, sape suruh kawen. Hehe, xdela gurau je. Tips yang bagus. Lelaki semua take note ya. Kau sakit nanti bini yang jaga, bukan kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Kalau laki yg sporting no hal.. kalau yg macam2 hal tu kena jaga2

      Delete
  3. Macam tu ya..

    Okay bole jd tips ni nti kalau sy kawin hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Litah : Tips utk tanggungjawab sebagai suami

      Delete
  4. Takut pula baca kawan yang menundukkan isteri itu.
    Memang yang tidak elok jauhkan langsung.

    ReplyDelete
  5. Dah kahwin, haruslah lepak dengan bini kat rumah..pilihlah kawan yang betul betul kawan.

    ReplyDelete
  6. ye btul. apa yg kita da biasa sblm khwin tu xperlu la nak dibawa hingga alam pkhwinan dgn suami kan. bnda yg elok,berfaedah xpe diteruskan tp kalau takat melepak, borak dgn pkra xbfaedah tu bole la hentikan dari skrg buat yg blum khwin tu kan...eh #cakapkatdirisendirike hehe =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaya : tips dan nasihat untuk semua yg berkahwin dan bakal berkahwin.

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com