Assalamualaikum Readers
Resepi Sup Ayam | Tak ada makna PKP 2.0, relax bukan tak boleh buat aktiviti harian pun. Nina masak sup ayam sempena sambut PKP sebab letih ke sana ke sini semalam. Yang penting dah tunaikan kewajipan pada parents, bawak beli barang. My mom very patuh SOP. Legaaa.. area rumah sewa Nina ni banyak orang tua ronda pusing taman naik moto tak pakai fask mask sampailah market (pasar).
 |
Resepi Sup Ayam |
Memandangkan hubby jenis manusia makan benda berkuah sooo terhasil lah sup. Masak cepat pun 1 hal jugak. Musim PKP sampai puasa (im sure) ni mek Nina akan rajin share resepi masakan. Semuanya autopublish. Nanti dah tak busy, Nina terjah blog satu-satu. Terima kasih yang singgah dan drop komen baik-baik 😃😎
 |
Air tu terpulang nak banyak ke sikit |
 |
Sup siap dimasak |
Bahan-bahan :
6-7 ketul ayam
2 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (dihiris nipis)
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
1/2 lobak merah (dipotong sederhana nipis)
Garam & gula secukupnya
Daun bawang & daun sup (untuk hiasan)
Bahan Tumis :
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
1/2 kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Api sederhana, tak pasal hangit.
2. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ayam bersama kentang dan lobak. Masak sehingga kesemua bahan empuk.
4. Tambahkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Biarkan sehingga masak.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang, tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama sambal.