13 Jan 2021

Air Teh Tarik Botol Mamak Taste F&N Sedap Ke Tidak?

 Assalamualaikum Readers


Air Teh Tarik Botol Mamak Taste F&N Sedap Ke Tidak? | Salah satu hobi ialah habiskan masa membelek satu-satu makanan di 7E area rumah (waktu malam tak ada orang). Salah satu tempat jugak untuk habiskan duit sendiri dan duit hubby. Macam-macam jenis jajan dan minuman yang belum pernah Nina explore lagi. Selamat menyambut PKP 2.0 buat Pulau Pinang dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya.


Teh Tarik Botol Mamak Taste F&N - RM 3.90 sebotol

Jangan lupa shake dulu untuk mixed teh dan krimer


Akan diterjah 7E walaupun MCO. Beli-snap gambar-rasa-review, haa gitulah rutin setiap bulan. Harga sebotol okay, tak mahal sangat. Packaging cantik dan nampak exclusive. Sangat vibrant dengan warna oren terang dari jauh dah memancar. Setakat ni ada 2 variasi, Teh Tarik Ori dan Teh Tarik Kurang Manis. Bagi Nina kedua-duanya sedap, dah 3 botol minum (ori 2, kurang manis 1). Hahah.. berangin satu badan. 


Ini rupa air teh tarik kalau tak shake


Menggunakan tagline 'Mamak Taste' . F&N memang tak tipu sebab rasanya pekat likat tapi hubby kata tak rasa sebiji macam teh tarik di kedai mamak (high taste macam tulah). Sesiapa yang suka teh tarik mamak wajib cuba. Yang original pure kaw ala di kedai mamak. Minum sejuk lagi nikmat. Kalau tak sejuk pelik sikit rasa dia.


13 comments:

  1. menarik nmpknya..tkde jmpa lg..bole try nanti

    ReplyDelete
  2. Tak sejuk mesti rasa macam susu tu melekat kat tekak. Rindunya teh tarik mamak sambil tengok bola. Selamat menyambut PKP ye nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : bezanya teh tarik mamak boleh minum panas, teh tarik botol kena minum sejuk

      Delete
  3. rasa dia lain sikit sebab proses nak bagi panjang shelf life dia tu hehe..

    ReplyDelete
  4. Selamat berPKP.
    Kena cuba juga ni mamak taste!

    ReplyDelete
  5. Peminat teh tarik bolehlah cari masa PKP. Maklumat tidak boleh minum di kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA : Tapi rasanya tetap tak sama macam teh tarik mamak. Boleh beli dan bungkus saja

      Delete
  6. Ini pun tak cuba lagi. Makanan dalam botol dan dalam tin kena shake well. Kalau tak memang berketul ketul gitu, rasa pun lain macam nanti.

    ReplyDelete
  7. komen jujur: x sama teh tarik mamak....waaaa tp kena minum sejuk2... kalau x rs dia cm pelik sikit. bg tekak sy laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies : Memang tak sama tp nk pi beli teh tarik macam malas.

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com