8 January 2021

Homestay Best Di Tanjung Point Residences, Tanjung Tokong Penang

 Assalamualaikum Readers 💚


Homestay Best Di Tanjung Point Residences, Tanjung Tokong, Penang | Cuti Krismas lepas, Nina habiskan masa bercuti dengan keluarga mertua di sini selama 3D 2N. Rezeki jatuh ke riba, MIL dapat staycation free di apartment ni, dari siapa itu rahsia. Hehe.. Sesiapa yang plan bercuti ke Penang boleh stay sini. Memang best sebab menghadap pantai. Bangunan sederet dengan Hompton Hotel. Kami di tingkat 15. Harga semalam jangan tanya. Boleh tengok di Agoda/Booking.com 


Bilik utama


Toilet bilik utama ni pelik sikit, nak mandi kena turun tangga. Ku sangkakan ada bath tub (bahaya sikit sebab budak boleh panjat di tingkap, jatuh masuk pool)

View pagi dari bilik Nina. Boleh tengok warna air laut berubah ikut masa . Di tengah laut tu Pulau Tikus (ada kubur ulama)

Spesis laki bini kena bawa bantal. Bantal yang ada tak best


Toilet dalam bilik Nina. Simple

Hanger yang disediakan cuma ada 2 sahaja. Kena bawa sendiri

Bestnya bangun pagi tengok view macam ni

Dari balcony terus nampak pool

Pukul 7 pagi dah ada orang mandi laut

Bilik Nina tak besar sangat

Cantik warna air laut, kalau petang dah tukar kelabu asap


Tak pasti ada berapa tingkat tapi kesemua bilik menghadap laut. Bercuti sambil bawa anak-anak boleh pilih nak mandi laut atau pool. Stay 3 hari pun dah best. DILARANG MEROKOK! Memang kami plan tak nak rentas negeri, tak nak jadi manusia selfish untuk diri sendiri dan keluarga. Bercuti dalam negeri pun dah cukup.


Wajib ada mem besaq

Dari dapur

Peti ais ni yang spoil pintunya. Ketat nak buka

Bilik ke 3 (tak ada toilet)

View balcony

Jangan risau Wifi disediakan

Ginger bread!

Walaupun rupamu comel tapi keras

Troli ala-ala hotel disediakan. Apartment hujung sekali

Tak pasti sebelah ni residences nama apa


Musim covid ni tak berani nak mandi pool

Deco di pintu masuk berhadapan dengan lif dan reception


Apartment ni ada 3 bilik dan 3 bilik air (2 bilik air di dalam bilik), sesuai untuk 6 pax. Jangan risau semua kelengkapan ada termasuk hair dryer dan iron. Setiap bilik lengkap dengan kipas dan aircond. Waktu malam memang sejuk, tak payah buka kipas atau aircond. Syok kena angin laut. Nak cari makan pun senang. Boleh order Food Panda, dekat dengan Tesco dan Strait Quay Mall.


Tanjung Point Residences


Alamat : 508, Jln Tanjung Tokong, 10470 Tanjung Bungah, Penang

No phone : 04-609 1331


14 comments:

  1. Wow... best sangat nampak tempat tu. Kita tunggu setle pandemik dulu kemudian pi holiday kat sana. Thank you info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarida : Pastikan book awal, cepat sold out

      Delete
  2. view dr master bedroom tu best... bgn je pagi selak curtain terus nmpak laut!! salam kenal ye tuan rumah... 1st time ke sini

    ReplyDelete
  3. wah bestnye view....btul...sekarang dah ada kemudahan food panda...xperlu risau bersesak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Henrietta : rider food panda bersesak dlm restoran pun risau jugak

      Delete
  4. cantik viewww Tanjong Bungah ni.. ni semua bangunan2 baru ni kan..
    dlu xdak lagi.. bangun pagi tngk view laut cemtu bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SYM : Betul semua bangunan sederet Hompton hotel ni baru punya

      Delete
  5. Bestnya.. Suka gak staycation macam ni. Rilek2 xde aktiviti pun xpe

    ReplyDelete
  6. Cantik sangat homestay tu. View pun cantik. Untungnya dapat duduk situ 3 hari.

    ReplyDelete
  7. suka tgk set meja mkn tu...kombinasi perabot mmg ngam...

    ReplyDelete
  8. Cantiknya seaview dari balcony tu. siap ada gingerbread lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Memang cantik. Gingerbread keras betul

      Delete
  9. Seronok bersama keluarga duduk hotel mengadap laut. Tengok tidak jemu.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com