10 January 2021

Raspberry Cheese Pie & Chocolate Brownie McFlurry McDonald's

 Assalamualaikum Readers 💚


Raspberry Cheese Pie & Chocolate Brownie McFlurry McDonald's | Dah cuba ke belum kedua-dua menu keluaran terbaru dari McD. Nina antara orang terawal yang nampak iklan terus drive thru 2 hari lepas. Hehe.. Bukan apa risau MCO balik. Kempunan tak sudah. Make sure order direct di resto McD, dah menyampah guna Food Panda. Harga mencekik termasuk delivery charge. Harga di resto jauh lebih jimat.



Raspberry Cheese Pie - RM 3.76

Sedap cheese dan jem raspberi


Raspberry Cheese Pie ni boleh tahan sedap kombinasi cheese dan jem raspberi cuma kulit pie tu rasa hangit bila dah kunyah. Kenapa McD tak tukar kulit macam apple pie, sure lebih sedap. Ini guna kulit chocolate pie. Harap next time ada perubahan. Digalakkan makan panas-panas memang crunchy habis. 


Chocolate Brownie McFlurry McDonald's - RM 5.65

Brownies dah cair memang sedap! Walaupun dicampak dalam aiskrim


Harga Food Panda dan McD Delivery yang cekik darah



Chocolate Brownie McFlurry memang Nina suggest untuk cuba. Sedap! Rasa brownies cair di mulut. Walaupun rupa aiskrim nampak brownies macam dicampak-campak ke dalam aiskrim janji puas di tekak. Jangan lah expect macam makan brownies betul. Janji rasa tu ada. Bukan auta semata. Yang belum cuba, boleh pi cari. Selalunya cepat sold out dicertain negeri.


11 comments:

  1. McD ni kan... ada saja produk yang buat kita tergoda nak cuba.

    ReplyDelete
  2. Negeri yang paling cepat sold out tu selalunya Selangor. Haha. Ramai orang Selangor n KL kaki MCD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Cepat sold out tp promosi sebulan. Kat penang promo tak sampai sebulan tukar menu lain especially dessert. apadaaa McD

      Delete
  3. meleleh dah ailioq..nampak sedapnya..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alia : Kena cepat McD png rajin tukaq menu

      Delete
  5. yg mcflurry brownies dh try..suka sedap sbb brownies jenis chewy...yg pie tu tk try lg

    ReplyDelete
  6. Aiskrim tu dah cuba, sedap rasa aiskrim vanilla dengan chocolate brownie chunk tu

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik kombinasi warna merah, putih dan coklat untuk pai keju rasberi.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com