14 Jan 2021

Resepi Sup Ayam

 Assalamualaikum Readers


Resepi Sup Ayam | Tak ada makna PKP 2.0, relax bukan tak boleh buat aktiviti harian pun. Nina masak sup ayam sempena sambut PKP sebab letih ke sana ke sini semalam. Yang penting dah tunaikan kewajipan pada parents, bawak beli barang. My mom very patuh SOP. Legaaa.. area rumah sewa Nina ni banyak orang tua ronda pusing taman naik moto tak pakai fask mask sampailah market (pasar).


Resepi Sup Ayam


Memandangkan hubby jenis manusia makan benda berkuah sooo terhasil lah sup. Masak cepat pun 1 hal jugak. Musim PKP sampai puasa (im sure) ni mek Nina akan rajin share resepi masakan. Semuanya autopublish. Nanti dah tak busy, Nina terjah blog satu-satu. Terima kasih yang singgah dan drop komen baik-baik 😃😎



Air tu terpulang nak banyak ke sikit

Sup siap dimasak


Bahan-bahan :


6-7 ketul ayam

2 biji bawang merah (ditumbuk)

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 inci halia (dihiris nipis)

2 biji ubi kentang (dibelah 4)

1/2 lobak merah (dipotong sederhana nipis)

Garam & gula secukupnya

Daun bawang & daun sup (untuk hiasan)


Bahan Tumis :


1 biji bunga lawang

1 biji buah pelaga

1/2 kulit kayu manis

1 biji bunga cengkih


Cara Memasak :


1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Api sederhana, tak pasal hangit.


2. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.


3. Masukkan ayam bersama kentang dan lobak. Masak sehingga kesemua bahan empuk.


4. Tambahkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Biarkan sehingga masak.


5. Taburkan daun sup dan daun bawang, tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama sambal.



12 comments:

  1. sup ayam mmg fav...nk plak kalo cuaca mendung je skarang ni..mmg best hirup sup...smlm menu pkp husband masak sup tulang

    ReplyDelete
  2. Rasa segar badan selepas hirup kuah sup. Peluh-peluh.... menyihatkan!

    ReplyDelete
  3. Tengok kat tv, orang yang gi market kat Penang macam tak takut covid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Memang pun.. bersepah muka melayu cina selagi market tak tutup

      Delete
  4. Waktu sejuk-sejuk sedap hirup sup.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sup ayam panas panas. Sambal kicap kena ada bertambah sodap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Sambal kicap tak ambil gambar. hehe

      Delete
  6. next time kalau buat lagi, amik kentang sikit then lenyekkan... kasi hancur. tujuan, utk pekatkan kuah... masakan lain mcm kari, kuah mi pun boleh buat benda sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies : Boleh cuba next timee.. mesti lg sedap

      Delete
  7. timaseh share resipi simple gini, sbb segala mak nenek rempah sup ka, sup bunjut ke suma yelek..huhu..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com