18 Jan 2021

Starbucks Pistachio Pure Matcha Latte & Roti John Mozarella Beef

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Pistachio Pure Matcha Latte & Roti John Mozarella Beef | Halluuuu 🌸 Kembali semula dengan entri makan-makan janji tak gemok. Khamis lepas, walaupun PKP hari ke 2, still keluar cari makan. One of my therapy sebab haritu kena inject vaksin Tetanus. 2 hari lenguh seluruh tangan kanan penangan vaksin tu, alhamdulillah tak demam. Nina ada nampak orang promote roti John dalam FB terus siap-siap pi beli 😆😆 berdekatan dengan Hospital Lam Wah Ee, Batu Lanchang. Tapau terus makan dalam kereta sambil drive pi Starbucks.


Starbucks Pistachio Pure Matcha Latte in Iced - RM 19.60

Buih-buih cinta matcha dan pistachio

Berat naik 1.5kg (55kg), masih lagi bawah 60kg

Cuba minuman terbaru dari Starbucks untuk bulan Januari sahaja


Kalau kacang pistachio tambah lagi kan best



Starbucks Pistachio Pure Matcha Latte ni tak available dalam frappuccino, hanya order iced. Bayar pakai apps memang jimat. No more cashless bila ke Starbucks. Hantu kacang atau peminat pistachio sahaja akan kata sedap 😋😋 lemak kacang pistachio mixed dengan matcha, rasanya unik tak tau nak describe macam mana. Kena try sendiri baru tahu tapi based on review 50/50 ada kata sedap dan tidak. Bagus starbucks keluarkan air kacang cerdik, sejak PKP 1.0 banyak jumpa manusia yang tak cerdik dalam socmed dan dunia nyata 😍😋 rasa terhibur bila baca komen-komen. 


Roti John Mozarella Beef - RM 10

Belemoih (comot) itu harus

Roti John extra mozarella - RM 14

Menu-menu yang ada. Kalau extra mozarella cheese add on RM 4


Btw roti john mozarella ni dah repeat kali ke 2, beli untuk MIL. Memang sedap, rasa beef bersama telur dan mixed dengan 4 jenis sos. Nanti nak try tambah mozarella cheese pulak 😜 Yang stay area Timur Laut boleh pi cari kedai Roti John ni. Support business anak melayu, chinese pun layan. Waktu perniagaan antara 3.00 petang - 8.00 malam boleh waze 'Matsaleh Barber Batu Lanchang' . Better pi beli terus sebab COD lambat. Tang mana pun boleh hantaq, asai pulau dalam pulau saja 😂😄 PKP ni mana boleh rentas Penang bridge. Harap bertenang bapakku, nanti dah boleh rentas laut, anak bawak balik. Hehe  


16 comments:

  1. Sedap tu ada taburan kacang pistachio. Kacang mahal tu. Betullah, kalau letak extra lagi extra sedap. Sedap nampak roti john mozarella tu..kecur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Sedap kalau tambah kacang pistachio. roti john ni dh jd ketagih. hehe

      Delete
  2. Aduh, tergoda pagi2. I is minat kacang and matcha. Wah, nina nampak flawless gitu. Semoga sihat ye. Makan2 pun tak gemuk. Kita serupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Cepat order! Flawless guna filter ig. Alhamdulillah sihat. Boleh geng!

      Delete
  3. Sedapnya Roti John Mozarella tu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ... baru ni ada singgah jugak. nak try pistachio ni jugak, tapi tak berani.. takot tak kena tekak.. alih2. tetap order choco nutty

    ReplyDelete
  5. btw, roti john tu nampak marvelous laaa.... SS dah laa peminat roti john hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS : roti john ni memang sedap janji sos banyak

      Delete
  6. satu2 nya 'fast food' made in malaysia yg x ditiru baik mekdi or burger king, kepsi dan seangkatannya... betul x? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies : Betoi2.. hahaha. pandai john buat roti

      Delete
  7. Air ber pistasio. Mesti sedap.
    4 sos! Sos apa yang letak itu.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com