27 Jun 2022

Magnum Belgian Chocolate Luxe

Assalamualaikum readers


Magnum Belgian Chocolate Luxe | Lama tak masuk 7E dan scan kesemua aiskrim-aiskrim yang ada. Mata ni kadang dia macam scanner kalau nampak flavour baru terus grap. Terus terang kesemua magnum ni terlebih dahulu keluar di Thailand. Jadi bila dipasarkan di Malaysia, hati membuak-buak nak cuba kesemuanyaaaaa. AMARAN : sangat manis tahap potong kaki toppingnya. Ini yang pertama dan terakhir. Tiada rasa yang ketiga dan seterusnya. Cewahhh ayat.


Magnum Belgian Chocolate Luxe


Cuaca panas-panas memang best makan aiskrim tapi selalunya Nina akan spare air mineral untuk hilangkan kemanisan di tekak. Rasa aiskrim belgian chocolate ni memang full of chocolate. Mewah dengan rasa belgian choc. Rasa salutan coklat Belgian di bahagian luar saja. Di bahagian dalam tak terlalu manis. Walaupun rasanya yang manis sangat tapi bila gigit di bahagian dalam dah rasa balance. Nak cuba sekali sekala boleh. Harga dalam RM 5.40 sahaja.


22 Jun 2022

Review Filem : Uncharted (2022)

Assalamualaikum Readers


Review Filem : Uncharted (2022) | Filem Uncharted Adaptasi Dari Game Di PlayStation | Filem kedua Nina tengok bagi tahun 2022. Setiap kali ada peluang bila anak toknya bawa keluar. Kami akan grab 'us time'. Lama tak dating berdua, kalau ada anak tak gamak nak tinggal. Patut hubby nak sangat tengok filem ni rupanya adaptasi dari game.



Bagi gamers PlayStation, Uncharted salah satu game yang telah terjual lebih 41 juta unit sejak tahun 2017 lagi. Kami decide tengok di Gurney Plaza hujung bulan 3 lepas. Baru ada masa nak review. Kalau pi hari ahad, kena naik moto kalau tak hadap lah jammed.


SINOPSIS :


Uncharted mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Nathan Drake dari seorang bartender menjadi pencari harta karun yang perlu mengembara untuk mencari harta misteri di seluruh dunia dalam masa yang sama sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.




Street-smart Nathan telah direkrut oleh Victor Sullivan, iaitu "otai" dalam dunia pencarian harta karun. Victor merupakan sahabat baik kepada abang Nathan iaitu Samuel Drake. 




Misi mereka adalah untuk mendapatkan semula kekayaan yang dikumpul oleh Ferdinand Magellan (penjelajah Portugis) yang telah disembunyikan lebih 500 tahun lalu di House of Moncada. Dalam masa yang sama, menjadi pencarian Santiago Moncada (Antonio Banderas) dan kuncu-kuncunya. 


Sangat jahat dan liat nyawa nak mati
Nathan berjaya merungkai kod di setiap poskad kiriman abangnya


Penceritaan filem ni sangat mudah difahami tanpa perlu tahu gamenya. Menarik filem ni ada banyak aksi serta 'puzzle' untuk dirungkaikan. Bukan itu saja, view laut yang cantik dan bangunan-bangunan lama yang masih utuh. Lokasi shooting sekitar Barcelona, Girona, Valencia, Berlin dan scene jumpa 2 kapal tu di Lloret del Mar sepatutnya shotting di Khao Phing Kan, Phuket tapi disebabkan pandemic tak dapat. 


Siapa suka filem aksi, wajib tengok. Nina bagi 🌟🌟🌟🌟

Family Gathering Di Dusun Durian

 Assalamualaikum Readers


Family Gathering Di Dusun Durian | Alhamdulillah, dapat juga berkumpul ramai-ramai macam sebelum pandemik. Rinduuuu sangat nak bersama keluarga besar sebelah bapa. Hari ahad lepas, kami 3 beranak join makan durian dusun Kg. Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Seronok Harraz jumpa budak-budak, 1st time dia masuk dusun. Yang penting alhamdulillah ok walaupun makan durian tak ingat dunia.


Buah duku petik terus ngap dalam mulut



Malam sabtu, Paksu call bapa jemput kami sekeluarga ke dusun, makan-makan sambil tunggu buah durian gugur tapi sayang bapa baru baik demam, tak dapat join. Sejak kahwin sampai anak dah setahun lebih, hubby tak pernah jumpa lagi separuh ahli keluarga side bapa. Keciknya Penang ni, makcik (adik bapa) kenal hubby dan fam in law, anak sepupu Nina pula junior sekolah 😂😂 Itu baru separuh.


My one and only makcik. Satu-satunya adik perempuan bapa. Muka ganas tapi hati baik

Ada banyak jenis durian, tak pasti nama janji makan puas-puas. Durian ni kena rajin letak baja kalau tak, durian separuh masak separuh lagi masam

Durian bukit memang sedap la

Nampak tak buah durian? Sila zoom


Kami datang awal dalam 12 tengahari dah terpacak. Call sepupu minta wasap location sebab Nina tak pernah pi dusun durian sebelum ni. Memang tiap tahun, tak dapat nak join, so ini 1st time dapat join, siap kena perli dengan mak cik sebab Nina datang terus cuaca berubah dari hujan ke panas terik. Alhamdulillah nikmat.


Ini makanan batch 1, yang kedua nina tak snap, sibuk suap anak makan. Berselera Harraz makan nasi gulai ikan masin

Pokok nangka yang kesemuanya tinggi

Pokok rambutan tinggi betul sebab tak ada orang nak pangkas dahan

Pakat sembang macam-macam maklum la 2 tahun tak dapat gathering

Yang kuning tu buah setoi. Buah legend ni. Nanti Nina buat entri lain


Nasib baik paksu dah retired, dapat dia jaga dusun dan tidur di sana. Kalau tak habis hasil orang curi tambah-tambah musim durian ni. Rupanya tanah dusun ni hasil pemberian dari pihak airport sebab tanah asal rumah dan bendang di ambil untuk pembinaan airport tapi setiap tahun kena bayar cukai tanah jugak. 


Merasa dapat makan durian bermacam jenis. Selain pokok durian ada juga manggis, petai, setol, duku, cempedak, nangka dan rambutan. Walaupun arwah tok dah tak ada tapi anak cucu, cicit boleh makan hasil berkebun. 


21 Jun 2022

Pertama Kali Beli Bag CHARLES & KEITH

 Assalamualaikum Readers


Pertama Kali Beli Bag CHARLES & KEITH | Pengaruh dan terpengaruh adalah 2 benda berbeza ya ibu ibu kakak kakak sekalian. Jangan jadi macam Nina tapi hakikatnya bila dah jadi mak orang ni bukan setakat status, diri bertukar tapi penampilan pun sama. Dulu boleh pakai beg sling ke mana saja sekarang tidak lagi. Beg sekarang tak boleh sumbat semua barang anak. Suka design beg Charles & Keith ni 2 in 1. Boleh untuk shoulder dan crossbody.


Bag CHARLES & KEITH 

Beli nak pakai raya tapi sampai ke sudah tak pakai

Dapat free bag make up ni


Sejak iklan Adsense ni ada dalam blog sendiri, berkali-kali Nina tepisss sana sini supaya diri tak terpengaruh. Rupanya bila tiba musim perayaan, memang mengundang betoi, setiap masa iklan handbag 😂😂 Jujur dalam seumur hidup tak pernah pakai beg branded. Suka pakai brand Mango harga pun bawah RM 100. Pernah tanya hubby, patutkah tukar handbag sebab tak nak membazir tapi dah keluarkan 10K, beli jelah.




Design cantik hanya available di website Charles & Keith. Di butik hanya jual 50% sahaja. Nina call tanya butik Queensbay Mall dan dapat jawapannya. Nak design cantik beli lah di website.





Macam tau-tau bini dia teringin nak pakai beg C&K terus screen shot hantar gambar beg. Nina perasan beg yang dijual di outlet sangat tak lawaaaaa tak macam di website. Bila cerita from A to Z kat hubby dia suruh order online. Hubby macam PA, outfit dari tudung hingga ke kasut semua dia pilihkan. 


Walaupun courier dari Singapore, tapi pembayaran online semua guna local banking. Nina suggest beli di website lagi banyak pilihan dari butik. Lepas ni boleh sumbat pampers, makanan dan botol susu Harraz! 😅


20 Jun 2022

Aroma Eatery Cafe Sedap Di Penang

 Assalamualaikum Readers


Aroma Eatery Cafe Sedap Di Penang | Tempat Makan Sedap Di Penang | Penangan blogger Alia celebrate birthday hubbynya di sini. Nampak makanan tempting terus ajak hubby dinner sebab kami setiap kali keluar makan mesti pening nak makan apa, nak makan kat mana 🤣😂 Restoran bermenukan western dan Malay cuisine.


Makan Sedap Di Aroma Eatery, Penang

Nasi Lemak Pandan with Pandan Chicken - RM 20 (pilihan Nina)
- Creamy Coconut Rice served with Boiled Egg, Cucumber, Rempeyek, Anchovies with Peanuts & Sambal

Mac & Cheese - RM 22 (untuk Harraz)
- Macaroni cooked and baked with Chicken Ham and Creamy Cheese Sauce. Sangat-sangat creamy dan sedap!


Fish & Chips - RM 22 (untuk Mak Tok)



Rupa-rupanya selama ni kami lalu depan resto ni tapi ingatkan non-halal jadi tak ambik port. Dah setahun lebih restoran ni beroperasi. Memula sebelum masuk tu tengok IG dulu, bila ada tanda halal baru onzzzz 💨💨 Bila publish entri ni baru perasan gambar air tak ambil. Hahadoii. Nina order passion fruit - RM 10. Sedap betoi sebab guna buah asli. 






Bila pertama kali jejakkan kaki dalam resto ni, cantiknya deco dan interior dalaman yang ala garden. Pandai owner susun atur, makanan pun sedap. Sesuai untuk sebarang occasion. Waktu yang sesuai untuk datang walk in antara 8.30-9.00 malam, selepas dari itu dah penuh meja. Kami datang pukul 9.00 pun ada 3 meja dah terisi, yang lain reserved.



Waze saja!


14 Jun 2022

Jacob Baked Crisps Sour Cream And Union

Assalamualaikum Readers


Jacob Baked Crisps Sour Cream And Union | Salah satu sebab kalau pi 7E masuk bulan 5, hubby dah jadi mandor. Mandorr supaya Nina tak beli benda merepek dan update dalam blog. Kemonnn update benda-benda berfaedah kot. Salah satunya jajan ni. Sampai kena perli dalam seminggu makan 2 kali 😅 Kemain sekarang update blog pun ada mandor. Jemmm mak! haha





Alkisah Jacob ni, sengaja ambil nak mengunyah hilang ngantok di office. Kunyahan kedua, eh eh sedap! Memang ada rasa masin-masin tu yang terjebak beli lagi. Sesuai untuk orang yang nak kurus. Orang yang kurus pun boleh makan. Kalau masuk 7E jangan lupa cari tau. hehe

13 Jun 2022

Cara Buka Akaun Amanah Saham Nasional Berhad Untuk Anak

 Assalamualaikum Readers


Cara Buka Akaun Amanah Saham Nasional Berhad Untuk Anak | Alhamdulillah 2 kali postponed dapat juga buat akaun ASNB dan masukkan duit raya Harraz. 1st time appointment, Nina terlupa, yang ke 2 attend training company. Walaupun kena tunggu sebulan lebih baru ada slot kosong. Demi anak apa pun sanggup. Fikirkan zaman Nina dulu, mak berusaha buat akaun untuk kegunaan belajar. Nina memang plan duit raya bahagi masuk ASNB dan Tabung Haji.



Cara buka akaun ASNB untuk anak



Jadi mak-mak ni tak tergamak nak guna duit anak, mungkin perasaan tu ada pada parents Nina. Nak bagi duit belanja pun tak nak. Suruh simpan di hari sesak etc. Seeloknya akaun anak ni ibu dan bapa boleh access. Mana tahu salah sorang meninggal, ada juga orang boleh jaga kebajikan anak.



Mudah saja nak buka akaun Amanah Saham Nasional buat anak ni, hanya perlu buat appointment di website ASNB dan bawa sijil lahir, mykid, IC waris dan jumlah wang. Nanti staff akan bagi kita isi 2 borang. Dalam masa 30 minit dah siap. Tambah sekarang ni mudah, dah tak perlu bawa buku atau isi borang. Anytime boleh masukkan duit dari bank terus ke ASNB. Hanya perlu install apps di fon.


Gardenia Tortilla Chicken Salami

 Assalamualaikum Readers


Gardenia Tortilla Chicken Salami | Buat breakfast pagi tadi, bangun awal jemur baju siap-siap terus turun ke dapur masak bekal spaghetti cendawan dan bakar tortilla ni. First time nak cuba guna brand gardenia sebab di Lotus laku keras dan roti tak bau yis yang kuat. Serius suka brand ni! Dalam sejarah jugak laki tolong AF tortilla selama 5 minit 😂😓 Serius makan sekeping pun dah rasa kenyang. 


Gardenia Tortilla Chicken Salami



Sorok sikit tortilla menuju hangit tu



Nina buat 2 keping, kepingan pertama tu AF 1 minit dah cukup, yang ke 2 tu ingatkan si Hussaini ni pandai la tukar setting timer rupanya tidakkkkkkk!! Sampai 5 minit baru perasan 😭 Patutlah lama sangat. Terus stop dan keluarkan, kepingan tortilla dan segala isi dalam tu keras kematu, nak lipat pun jadi keropok. Monday blues mungkin. 


Orang laki ni, kalau tak remind, tak tunjuk ajar bab masak jangan harap nak menjadi. Melainkan masa kecik mak dia ajar masuk dapur.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com