16 February 2012

Sepoi-Sepoi Angin Penang


Menikmati makanan sambil ditemani kawan2 baik di negeri sendiri rasa macam seronok je. Feelings rasa macam tourist guide buat kali ke 3 bagi tahun ini. Haha. Gambar nie dah masuk 3 hari tapi nak jugak post. Apa pun seronok kalau dapat habiskan masa dengan kawan2. Gelak ketawa macam dunia nie kami yang punya. Lepas kelas terus gerak balik Penang membawa kak peah dengan kak joyah. Tak payah tau la siapa mereka, cukup aku bagi nama manja tu. Paling penting boleh hilang masalah dan hilang stress. Hehe. Yippiee !


Kali ini kami bertiga pulang ke Penang untuk menyiapkan projek last sem dengan klien plus makan angin lagi. Keesokkan harinya aku bawa mereka berdua makan di kedai nasi kandar faveret aku. Sebab aku faveret dengan ais kacangnya yang sedap tu. Jadi aku nak kasi mereka rasa kesedapannya. Kesian Pika time tu selsema aku paksa juga makan ais. Haha.


Kami lunch dengan ais kacang cherry + mee goreng mamak, memang sedap.



Selepas perut kenyang, maka kami pon ke pulau. Memang wajib ke batu feringghi. Maklum la kami pencinta laut. Cewahh.. tak sabar nak menghangitkan kulit yang makin tak putih nie. Boleh tera tu. Ish loqlaq sungguh perangai. Lepak di pantai sehingga ke petang. Menikmati pantai puaka. Pantai private yang orang tak berapa ramai. Best ler. Boleh main kejar2, lari sana lompat sini, memang tak ingat dunia.


Pantai yang membiru buat hati rasa nak mandi tapi confirm kulit kena burn.


Yeeepieee lompat katak. Takda keja, macam2 boleh jadi.




Bila dah penat buat macam2 kat pantai tu, terus mencari makan di Sungai Pinang. Melepak di Court Pinang. Memang meriah dengan aktiviti riadah waktu malam. Aku pula dah sampai keja nak makan jelah. Burger King pulak ada kat situ. Makan sampai kenyamg sebelum balik ke rumah. Malam itu rasa cantik bila lautan diterangi cahaya bulan. Subhanallah..






With Izzuan & Pika 


Girls Day Out !! terasa single boleh cuci mata.
Jom layan video kami yang gila-gila





Hari ke 2 bawa mereka makan lagi sebelum balik ke Ipoh yang bosan tu. So, semua sepakat nak makan di Nasi Kandar Line Clear. Lama tak pekena nasi kandar. Ada juga yang ketagihan. Makan puas2 sebab ada plan nak dibuat kat batu Feringghi sebelum balik Ipoh. Aku dengan Pika tak sabar nak buat Le Tour De Feringghi. Ketagihan nak mengayuh basikal sehingga kaki lenguh. Haha.. 


Jalan2 cari makan, memang line clear betul.


Dah kenyang naik la basikal pusing Batu Feringgi sampai lah hujan

*
*
*

Yeah mandi hujan sambil kayuh basikal syok kan.


Ada satu kes memalukan jadi malam tu. Semasa aku dan pika mengeringkan badan dan tukar baju sebelum balik ke Ipoh. Tak boleh cerita sebab aku malu. Hanya ada gambar sebagai bukti. Sayang rambut aku menjadi mangsa. Huwaaa.. Ok la selamat malam, nak sambung buat asiment yang gila2.

9 comments:

izzuan said...

terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!amanina terbaik

Amanina said...

tak payah la nk komen mcm tu

izzuan said...

kenapa??

Amanina said...

aku pompuan biasa bkn DIVA

izzuan said...

yelah tu..

izzuan said...

DIVA tu apa ?

Amanina said...

DIVA tu orang berlagak macam tuan puteri la..haiyaaa

izzuan said...

maaf sy org kampung x tau

Amanina said...

poyoooooooooo

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com