19 March 2012

Tragis Sungguh Hidup Aku





17 Mac 2012, hari aku terlampau geram dengan bf sendiri, hari paling tragis bila laptop aku nazak, bila dia janji mahu repair laptop tapi tertido mengalahkan bayi, bila fonnya mati tanpa dapat aku col atau mesej, bila aku terpaksa mencari rumahnya tanpa tahu alamatnya, hari genap 9 bulan. Aku dah tak peduli lagi dengan diri janji aku dapat jumpa dia dan laptop aku direpair. Kisahnya bermula bila bf pergi ambil aku di Ipoh masa cuti raya cina aritu & kami balik dengan sepupu dia yang tunggu di Sg. Perak. Dalam perjalanan balik kami berlagak kononnya kawan, hantar sepupu dia di Nibong Tebal baru hantar aku kat Butterworth. Bila sampai rumah sepupu dia tu memang aku tak tau nak sorok muka kat mana bila pakcik dengan budak comel tu tengok aku dan sampai aku ter-add sepupu dia kat fb, lepas tu mula komen mengomen.


Okay sambung apa yang aku nak update, bila sampai depan taman rumah dia which is Taman Bukit Panchor, aku cuma ingat rumah sepupu dia yang ada pondok. Penat berjalan dari bus stop siap kena kacau dengan apek akhirnya jumpa jugak rumah tu then bagi salam. Aku terpaksa beranikan diri. Sekali keluar pakcik yang aku nampak aritu, memang confirm dia pak teh bf aku. Lepas tu dia keluar dan tanya


Pakcik : "Cik nak cari siapa?"
Aku : Erkk nak cari Mohd Aidil, dia ada tak?
Pakcik : Dia tak ada, pukul 3 jap lagi baru balik.
Aku : Boleh tak saya nak mintak no Aidil?
Pakcik : 017..........
Aku : Ok, terima kasih pakcik.


Kami pun jalan dengan gaya orang lari rumah, galas beg laptop nak pi tunggu si Aidil sampai dia balik kat taman perumahan tu. Hanya Aidil saja dapat tolong aku. Sampai separuh jalan, kami dengar pakcik tu panggil. Ahh..kecut perut time tu. Rupanya pakcik tu panggil kami singgah kat rumah sementara tunggu Aidil balik. Nasib baik mama Aidil ni peramah dan tak sangka budak tu dah tersenyum tengok aku. Memang kuat betul ingatan budak ni. Mesti dia ingat aku la kakak yang datang hantar abang dia. Aku pun layan budak tu main sambil sembang2, mama Aidil dok tanya aku macam2 soalan sampai aku hampir terkantoi. Dalam kepala aku ni tak sudah2 marah bf sebab aku dah sampai rumah sepupu dia tapi dia still tido lagi. Dalam berapa minit si Aidil balik dengan muka tak percaya aku ada kat rumah dia walhal kami memang rancang nak lepak sama2 haritu. Tunggu punya tunggu aku nampak kereta satria neo depan rumah. Ahh..aku nampak mama bf keluar kereta, bila tengok dia aku takot pulak kena marah sebab datang tak bagi tau. Okay aku still berlagak macam kawan, salam, sembang kejap dengan mama dia hingga mama dia masuk dalam rumah baru aku berani cakap itupun ada budak comel, Aidil dengan Tinie, kawan aku. Sekali kena sound dengan Zainul Fariz


Lain kali awak jangan buat macam ni lagi, saya boleh dapat sakit jantung lagi pun bahaya anak dara naik bas..bla...bla..bla.


*
*

Kami berempat lepak Mcd Sunway sambil repair laptop
Sebelum balik tu aku terkejut kejap sebab mama Aidil cium pipi.
Aku tak sangka kawan baik boleh masuk dengan mamat 2 orang tu
Walaupun baru jumpa tak sampai berapa jam tapi dah mesra
Okay cerita aku betul2 dah panjang macam essay.

*
*

Ini Tinie atau nama manja Bunny
Kami kawan baik dah dekat 7 tahun
Tengs sayang sanggup teman aku, sama2 naik bas rapid tu.



*
*

Aidil & Aiman
(bila agaknya aku dapat main2 lagi dengan budak tu T_T)
Aku nampak saja ganas tapi dalam hati ada jiwa seorang perempuan
Ceh ayat tak boleh blah. Haha

Mohd Aidil Azhar


20 comments:

Elie Lily said...

cepat2 kawen tauu! :D

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehehe dia cas tak? hehe msti free je kan..

izzuan said...

mak aiii mcm novel pun ada//

Amanina said...

Izzuan : aku minat bca novel time

cuti aritu..

zulhilmi tempoyak said...

erk.. kedai mmg xde ke r nk jimat bajet sket..??

heee

ghost writer said...

mama aidil cium pipi tuh dah kira bonus dah tuh. cuma perlu kenyit2 mata jer lagi bagi signal kiri kanan.

mamat bawah tuh baru lik dari Geneva ker?

ghost writer said...

mama aidil cium pipi tuh dah kira bonus dah tuh. cuma perlu kenyit2 mata jer lagi bagi signal kiri kanan.

mamat bawah tuh baru lik dari Geneva ker?

ghost writer said...

mama aidil cium pipi tuh dah kira bonus dah tuh. cuma perlu kenyit2 mata jer lagi bagi signal kiri kanan.

mamat bawah tuh baru lik dari Geneva ker?

izzuan said...

oh ye ke...eh kejap sejak bila ang rajin membaca..bukan ang malas nk baca novel tu ??

Amanina said...

Zulhilmi : saje xnk hntr kdai sbb

lmbat siap..asiment plak

dlm lptop tu.. hehe

Amanina said...

GW : Hahaha..nmpk macam pompuan gedik

plak nanti. Ouh, dia memang macam tu.

Amanina said...

Izzuan : dh borink aku bca la bila lg

nk baca.

izzuan said...

oh ye ker ..bagus2..teruskan...

Amanina said...

Hang ni patut jd cikgu skolah ja..

izzuan said...

haha jadi cikgu...hahaa subject apa pulak yang aku nk mengajaq sat g??hhaa

Amanina said...

ang ajaq subjek cara2 naik moto dgn selamat...haha, ngek.

izzuan said...

perli aku nampak..huhuhu....kang anak murid tu plak yang follow mcm aku..hahhaha

Amanina said...

klau terasa tu mknanya betoi la..

biasa la mamat bwk moto modenas..haha

izzuan said...

oh mcm nih ye..siap ang ngan aku sat g..haha

Amanina said...

Haha..aku tak takot pun.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com