27 October 2012

Seramnya Activity Paranormal 4




Siapa dah tengok movie nie? Eeee to be franklah kan, serious aku tak menghayati dan tak memahami dari awal hinggalah ke akhirnya. Blurr memanjang. Movie seram dan lastly terasa BODOH bila tengok endingnya. Rugi yang amat mengeluarkan sepuloh hingget untuk tengok wayang di Pacific. 




For your info, ini 1st time aku tengok paranormal activity. So movie yang sebelum nie aku tak tengok la. Jadi aku taktau la mana datangnya baby Hunter tu dan kenapa dia hantar baby tu kat umah famili baru dan mereka pulak yang jadi mangsa korban? 





Pastu ending dalam dok kalut tiba-tiba gelap, rupanya dah habis bila budak tu lari ke belakang rumah tengok Zombie punya ramai. Tapi yang best movie nie, makhluk halus tu main hentak-hentak orang dari siling ke lantai. Patah tulang belakang aku cakap kau. Tengok boyfriend budak girl tu kena. 



Baruku tau Paranormal Activity merupakan siri filem yang popular kerana menggunakan teknik "found footage" atau "rakaman video yang dijumpai". Teknik found footage digunakan oleh pasangan pelakon dalam filem itu dalam usaha untuk mendokumentasikan apa yang menghantui mereka. Jadi aku boleh teka kisah sambungan cerita dari Paranormal Activity 4. Opcos pelakon semuanya mati kecuali anak kecil, baby Hunter dalam movie tu. Hehe.. Tak kuasa mak nak buat filem dokumentasi paranormal kat dalam umah sendiri. Takda kerja.    




No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com