8 Jun 2013

Anak Sedaraku Dah Kahwin

Assalammualaikum.


Today was a day for my big family to see each others on wedding anak sedaraku memerangkap cicit dan cucu sulung kepada tokwan dan bapa-bapa sedaranya. Wahh.. ayat agak skema macam nak menulis surat wasiat.. Eh yeke. Tak sangka kazen aku yang sulung dah dapat menantu. Kalau nak ikutkan sebenarnya ada lagi kazen aku yang tak kawen termasuk tuan blog nie. Ngeh..ngeh. Tema bagi kenduri kali nie berwarna orange dan hubbynya orang Teluk Intan, Perak. By the way, akan ada 2 kenduri lagi di sebelah keluarga ayah iaitu anak sedara (kazen kepada pengantin harini) dan kazen aku. Wahh.. over excited taw. Excited sangat Mak Long nie nak makan kenduri lagi. Ohh aku dah tua, kazen dah banyak kawen makanya banyak jugak lah anak-anak sedara gue. Janji title mak long yang dipegang oleh aku tak dilupakan. Cewahh.. Klass kau mizz nina :) 




Majlis bermula pukul 12 hingga 5 petang. Nasib baik gerak awal dari rumah, pulak tu jalan ke Batu Maung terpaksa dilencong kerana insiden jambatan ke 2 yang runtuh. Bila lalu tempat kejadian pihak polis masih lagi mengawal di situ. Sampai saja tempat kenduri, aku bedal dulu nasi minyak dengan maksu. Fuhh tambah pulak catering makcik sendiri. Sodappp sampai lauk hampir habis hingga pukul 3 petang. Apo lagi aku keja mengikis periuk saja, nasib baik lauk cukup-cukup akhirnya.  Seronok bila tengok anak-anak sedara yang kecik-kecik tu, geram nak dukung. Paling sayang muka macam pakistan. Tak sempat nak amek gambar. Sayangnya tak dapat nak karok, abang Dj dok kenyit-kenyit mata pun takmo nyanyi. Last-last bagi pesanan pulak kat anak sedara aku. Hamboii gatai noh. 


p/s: gelak sakan sebab kazen aku tu suruh pijak kain pengantin. hamboii


Hampeh Nadia! tak ready lagi kot

Pengantin lelaki, paksu, pak andak, pak lang, pak tam, pengantin perempuan

Kg. Permatang Damar Pasir.. 



Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Aku suka kampung situ, pantang cuti skolah mesti balik sana. Petang-petang main kat laut sambil tengok flight mendarat. Dulu masa kecik-kecik bila nampak kapal terbang mendarat pun dah lari. Sebab terbang rendah sangat. Tempat ayah dilahirkan dan dibesarkan dalam 9 orang adik-beradik. Susah senang bersama, kalau balik kampung mesti mak long bercerita kat anak-anak sedara dia kisah-kisah semasa ayah-ayah kami masih kecik. Kecik-kecik lagi dah biasa dengan laut dah pandai berenang, mengail ikan, naik sampan, mandi sungai dan macam-macam. Kalau budak zaman sekarang main iPad takpun berenang kat pool je. Hee.. Oke lah, letih nak story panjang lebar. Badan pun tersangat penat jadi layan jelah gambaq-gambaq. 


Mak andak & Abang Bad.. kazen aku yang gegeh berjanggut kambing

Alooloo rajinnya anak sedara aku nie

Masing-masing dok mengelamun

Sweetnya adik ipar dengan kakak ipar.. Hee, ayah dan mak long

Kek pengantin.. korban beramai-ramai

Abang Md. Noor, kazen yang rock

Anak-anak sedara gue.. ada iras2 Pierre Andre tak?

Makin berisi budak Nadia nie

Romantiknya.. hehe



35 comments:

  1. tuan blog bila lgnya?? he3 :)

    ReplyDelete
  2. Kenduri nina bla plak eceehhh :-P

    ReplyDelete
  3. emmm kenyang la nina makan nasik minyak no..sedapnya lauk pauk kenduri.., selamat terima ahli baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..dalam bulan nie kenyang dgn nasi minyak ja.
      terima kasih..

      Delete
  4. Tahniah buat anak sedara ♥
    Cantikkksgt view dkt damar pasir tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nina ♥
      cantikkan view titi tu..

      Delete
  5. tahniah kepada anak saudara.. semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga.. kalau dah ada kek pulut memang tak laku.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. Aminn.
      hehe.. pulut tu takda org makan punn

      Delete
  6. sedapnyaaa tengok pantai dan laut tu.. wahhh, selamat pengantin baru kepada pengantin, cantik sungguh dorang..

    ReplyDelete
  7. time kenduri camni la dapat jumpa sedara mara..kadang2 tu ade sedara yg x kenal..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu.. betul jugak tp kadang2 sepupu jauh2 mesti tak jumpa pun.
      ada yang tak kenal langsung.

      Delete
  8. Congrats utk anak sedara awakkk! :)

    ReplyDelete
  9. wowww.. comey sgt view jambatan tu..
    tahniah buat ank sedara

    ReplyDelete
  10. wahhh seronoknye ... apapon selmat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  11. wau, tahniah buat pengantin.. anna baru ja g kampung 2 bulan lepas sebab g memancing kat sana..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih anna.. ohh seronok memancing kt sana kan :)

      Delete
  12. best kan pg kenduri kawen? hihi. and pemandangan kat pantai tu cantik sgt. teringin nak pg. btw, tuan punya blog nie dah boleh slow-slow prepare nak kawen. ngeh ngeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt2..hihi. cantikkan pantai tu. nanti turun la penang.
      Haha.. nak prepare kawen? lambat lg.

      Delete
  13. cantiknya pemandangan di sana...belum pernah lagi ke kawasan nie...insya Allah ada rezeki akan ke sana...kek coklat yang lazat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..cantik lautnya. nanti kancil dtg la bercuti kt penang.
      Kek yg telah dikorbankan.

      Delete
  14. Congrats buat anak sedara Nina! Sweet je semua ^^

    ReplyDelete
  15. Hehe..cantikkan view.
    adik lambat lg :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.