28 Aug 2013

Tamat Kelas Memandu

Assalammualaikum..


Kerana sekeping kad yang amat-amat penting, rasa letih bertambah-tambah pun boleh rasa tak putus asa. Aku dah jatuh cinta akhirnya.. Jangan salah sangka, jatuh cinta bila bertemu dan belajar cara untuk membawanya pi berjalan makan angin setiap petang sejak minggu lepas lagi. Sebenarnya sebelum puasa kami dah bersama. Dah belajar cara-caranya. Memang sekejap saja dah hafal. Akhirnya kami berpisah selama sebulan lebih. Apakan daya bulan puasa aku letih nak keluar dengan dia. Maaf kalau nina tak sempat nak terjah blog korang.  



Bertarikh 22 Ogos, kami keluar buat kali yang ke 2. Kena marah dengan mama pulak tu. mama marah manja je tapi dia baik.. Hehee. Marahkan tandanya sayang. Jadi semasa kami keluar bersama, mama selalu ingatkan supaya berhati-hati. Ingat lah orang-orang tersayang.  



No more driving class



Terima kasih yang tak terhingga kat Cikgu Mama sebab sabar mengajar budak yang jakun dengan kereta manual nie dan tak lupa jugak Cikgu Azwan yang terlebih dulu mengajar aku di kelas praktikal. Lepas raya, aku dah lupa step gear. Kena marah pun memang tak rasa kecil hati. Setiap kelas mesti mama bagi gula-gula, sweet sangat. Belanja air kelapa dan ais kacang. Selalu kami dating bersama mesti ada kenangan. Baru tau betapa seronoknya belajar di I.D.I Driving School. Boleh dikatakan tenaga pengajar di sana semua baik-baik saja dan ada beberapa cikgu suka menyakat, mengusik. Hehe.. 



Ku telah jatuh cinta dengan kereta manual!


Semalam menjadi hari last dating dengan mama. Ajak mama singgah beli laksa. Ingatkan nak belanja tapi mama tak nak jadi belanja air teh bunga saja. Selalu kalau ada klas mesti kami singgah beli air kat Permatang Pauh berdekatan butik Fareeda. Aku pelik jugak kenapa pelajar lain takda pun singgah beli air kat situ. Maybe kami special sikit. Hihi.. 



Dan harini, Alhamdulillah.. Lulus QTI atau Ujian Kelayakan Memandu. Sampai driving school aku cari mama dulu tapi tak nampak dia dan aku pun masuk offiice daftar nama untuk test. Tak sangka anak jiran ada sekali. Sama-sama menunggu dah serupa pesalah yang tunggu untuk dibicarakan bersama kunci kereta masing-masing. Tunggu nama semua dipanggil dan start Bahagian II iaitu mendaki bukit, parking dan 3 penjuru. Masa buat parking baru nampak mama tengah mengajar calon dan dia tetap bagi semangat. Senyum lebar saja aku nie.. Selesai buat tunggu Bahagian III iaitu jalan raya. Tunggu turn aku yang jadi orang ke 5. Nasib baik dapat drive kereta Viva baru (PKJ 8010). Ohh manyak syok oooo! Cikgu test pun sporting. Siap boleh sembang sepanjang jalan dan jalan masa tu pun tak berapa jem lagi. Cuma ada kesalahan bila aku terlupa nak check wiper dan side mirror. Huhu. Berkat sabar dan duduk bekas punggung calon budak Tahfiz kot. Hahaha.. Budak Tahfiz 3 orang memang lawak, 3 lelaki cina dan 4 ladies termasuk aku berjaya ^______^   




P/s: Esok Ujian Kelayakan untuk moto pulak. Wish me luck. 
Tengs kat si dia yang selalu support :)

Cikgu test titew cakapkan kereta enjin paling best ialah Nissan Almera 

Tak sabar nak test JPJ . Haha

35 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah & good luck didlm ujian tu nnti.. semoga suksess :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. berjaya. terima kasih diatas ucapan :)

      Delete
  2. Tahniah nina..satg blh bw akak jln2 hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ina..dah dapat lisence and good luck untuk motor ya..nway bila kita dah biasa auto, rasa janggal bila nak bawa manual..terkial-kial cari gear nak tukar-tukar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih raudzah.. harap2 boleh drive manual dgn auto dgn baik.. hehe

      Delete
  4. wahh thniah dear..psni blh bwk mama dh.hehe

    ReplyDelete
  5. Boleh la bawak kitorang yg lain ronda2 nnt ni...hehe

    ReplyDelete
  6. tahniah sis..tak la gemuk sangat pun..hehehehe..

    ReplyDelete
  7. tahniah.. good luck untuk test motor pula.. :)

    ReplyDelete
  8. oh jatuh cinta dengan kereta manual rupanya. baik beli yang auto senang nak drive ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea..suka dah bawa manual. manual atau auto tak kesah. hehe ;)

      Delete
  9. do the best dear. bagi dpt lesen laju-laju. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear! tak sabar nk dpt lesen. hihi

      Delete
  10. wah!!!gud luck sis...nampak naik kat pipi tuh..hakhakhak...jan marah ..hehhehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you!! hahaha.. pipi naik takpe. hehehe

      Delete
  11. hu3..all the best la =) bila pula test jpj??

    ReplyDelete
  12. tahniah dah dapat lesen kereta.. good luck untuk test motor tu.. :D

    ReplyDelete
  13. awakkkkkkkkkkkkkkk tolong tukar ulr blog sy yang baru kat list sugar candy awakkkkkkkkk tu hehehe :P

    Ha test nanti hati-hati kat bukit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahha.. sudaaaaahhhh dituuuuukaaaaaaarrrrr :P

      settle sudah test jpj.. hehehhe

      Delete
  14. congratulation..pasni senang laa nak berjalan kesana kesini..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you.. memang senang nk kemana saja. hehehe

      Delete
  15. teringat pulak masa ambik kelas mamandu ni
    Ya Allah stress sgt . .
    Ikut hati nak je mintk terus lesen . . hehe
    mcm2 knangn pahit manis masam tawar semua ada . .
    tp alhamdulillah dh dpt lesen kreta skrg . .
    cuma tak pndai dh nak bwk manual sbb kat rumah semua kreta auto

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mula2 masuk kelas memandu strees.. hehe
      kan2.. macam2 kenangan ada skrg.
      sayangnya bila lupa nk bawa manual. harap2 xlupa la manual tu

      Delete
  16. Yeay.. bilalah saye punya turn :3

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.