6 January 2019

Tom Yam Sedap @ Man Cafe, Permatang Pauh Penang


Assalamualaikum Readers



Tom Yam Sedap @ Man Cafe, Permatang Pauh Penang | Sebagai seorang blogger kaki makan kali ni nak share restoran yang baru Nina dan bf terjah dalam Disember (ni entri peram. Hahaha). Restoran masakan ala Thai. Salah satu tempat bagi yang mencari-cari masakan ala Thai di Permatang Pauh. Deko dalaman kedai ni pun cantik dan menarik. Macam-macam masakan ada di restoran ni, cakap kat bf tak rugi duit dia melabur makan di sini. Selalunya kalau tak sedap, terus restoran kena banned! Kejam pun kejam lah dah tak sedap.



Tom yam sedap Man Cafe


Kali ke 2, kami ternak lemak di restoran yang sama, bulan yang sama. Kami try tom yam seafood pula, perghh macam-macam hidupan laut ada (udang, lala, sotong, ketam dan ikan) jarang orang letak ikan dalam tom yam. Apapun tahniah diucapkan kepada pakcik Man sebab dah masuk dalam list JJCM NinaXSani (# untuk kegunaan dikemudian hari). Perangai kami kalau jumpa kedai sedap kerja dok tala (pegi) makan situ, no kona-kona. Haha.. 



Tom yam seafood

Tom yam seafood - ada ikan tu

Signage Man Cafe



MAN CAFE

 
Lokasi : Bersebelahan dengan sekolah Permatang To'Kandu
& exit highway Butterworth-Kulim (BKE) atau cari saja batu tanda Taman Janggus Jaya.
 
Buka : 3.30 PM - 3.30 AM


9 comments:

  1. Terliur tengok tomyam tu. Mesti pedas. Yumm

    ReplyDelete
  2. Kuah dia nampak pekat. Masam ke kuah dia?

    ReplyDelete
  3. tak pernah lg makan tomyam ikan..mesti sedap mcm asam pedas..

    ReplyDelete
  4. jarang mkn tom yam ada ikan. fish ball pn lom tentu apatah lg ikan bilis haha

    ReplyDelete
  5. Hidangan nampak lazat sungguh! Akak yg dah lama x mkn tom yam ni jadi teringin pulak...🤭

    ReplyDelete
  6. area2 tu pernah makan kat A4, sedap jugak la

    ReplyDelete
  7. Hadoi.. berbunyi perut datang melawat blog nina nie.. kikiki.. Banyak no gambar makanan..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com