18 Dec 2019

Makan Corndog Cheese Di Moza Crunch Aeon Taiping

Assalamualaikum Readers
 
 
Makan Corndog Cheese Di Moza Crunch Aeon Taiping | Moza Crunch Sedap | Corndog Sedap Dan Halal | Pernah dengar tak corndog cheese ala-ala makanan Korea? Sekarang ni memang famous corndog cheese ni selain boba tea tu. Di utara ni, hanya ada di Taiping (halal dan bumiputra). Ada satu bakal di buka di Queensbay Mall, Penang iaitu Myung Rang tapi rasa was-was nak makan yang tak ada sijil halal ni. Susah nak cari corndog Korea melainkan buat sendiri. Kena cari jugak kot-kot ada melayu punya kan. Takkan nak makan kena pi Taiping, macam tak berbaloi.


Moza Crunchy (Nina) dan Original Moza (tunang)
 
Tengah tunggu giliran

Tagline : Tarik Sampai Langit



Corndog Moza Crunch ni hanya ada di Taiping, hanya satu branch. Tak susah nak cari sebab dulu time study kalau balik Kamunting mesti habiskan duit kat Aeon tu. Sebab dekat dengan rumah Tok Saniah (mak kepada Mak Long). Nina beli dua jenis corndog, walaupun belikan Original Moza untuk tunang (dalam ada cheese dan sosej), makan sekali pun memang puas dan cheese yang padat. Siap boleh main tarik-tarik cheese tu. Corndog paling sedap makan panas-panas, terasa keranggupan toping di luar.
 
 
 
Sedap bila makan panas-panas


Moza Crunchy sedap dan crunchy bila dikunyah hanya RM 9.80
 
Nampak tak demo Nina buat
 

 Tarik sampai muncung, baru sesuai

Balik ke Penang, jammed lagi accident punya pasal. Nasib beli boleh layan
 
 
 
Moza crunch ada bermacam-macam menu seperti Original Moza RM 7.80Original Sausage RM 6.80, Moza Cocoyo RM 12.80 (disalut oreo), Moza Corn RM 9.80 (toping cornflakes & corn) dan Moza Pop RM 9.80 (toping fries) dan Moza Chicky RM 16.90 (penuh dengan cheese) . Jadi yang singgah ke Taiping tu jangan lupa masukkan dalam list jjcm. Berhadapan dengan Food Court, Tingkat 1, Aeon Taiping.      
 


9 comments:

  1. cantiknya blog awak..hehe... salam kenal.. ;) ummi follow awak.. sedap nampak awak makan corndog.. santai ngn tunang.hehe ;)

    ReplyDelete
  2. corndog n boba ni mmg trend betul lah kan.

    ReplyDelete
  3. pergh...terbaik.

    ingin juga nak mencuba

    ReplyDelete
  4. Izzati teringin nk try tpi taktaw nk cari mana. Uhuhu. Nice sharing, sis!!

    ReplyDelete
  5. Punya panjang dia tarik cheese tu hehe. Jauh juga merantau sampai ke Taiping tu Nina mencari sesuap Corndog Cheese. Tapi rasa dia ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh nk tarik panjang lg..hahah. dpt sesuap corndog cheese + nasi minyak. rasa dia okay, cheese byk

      Delete
  6. Belum cuba lagi dan teringin sangat nak rasa. Tak boleh tahan tengok cheese tarik tu. Dahlah peminat cheese.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com