30 Jul 2023

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?

Assalamualaikum readers


Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil? | Setiap ibu hamil pasti akan takut bila minum air gula atau Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), kini wajib atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) untuk ibu hamil yang berisiko kencing manis. 


Result MGTT yang cantik! Rahsianya jangan over minum air Tealive, Starbucks, ZUS dan seangkatan jika tidak mahu sangkut. Belajar dari kesilapan.


Menjadi mimpi ngeri untuk ibu hamil yang baru pertama kali mengandung. Tapi bagi Nina, boleh dikatakan teror sebab tidak muntah. Bila nurse tengok pun 'bagus.. bagus' 😂 Air gula sedap ke tidak? Terpulang pada klinik kesihatan nak letak air perisa apa. Mostly lepas minum ada yang tak tahan, confirm muntah.


Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?


Golongan yang wajib minum air gula?


  • Wanita obesiti dimana BMI lebih dari 30
  •  Wanita yang pernah hamil bayi besar
  • Wanita berumur 25 tahun ke atas
  • Pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
  • Wanita dengan sejarah diabetes gestasi
  • Wanita dalam keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis


Proses minum air gula?


Ibu hamil perlu berpuasa sehari sebelum ujian bermula 10 malam (selepas dari itu hanya boleh minum air kosong sahaja) dan pergi ke klinik keesokkan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji. Pengambilan darah yang pertama dilakukan sebelum minum air gula. Bacaan ini dikenali sebagai bacaan gula ketika berpuasa (Fasting Blood Sugar).


Kemudian, minum air gula (75mg glukosa di dalam 200ml air kosong). Sesetengah klinik akan beri air glukosa yang telah dicampurkan dengan perisa oren atau anggur.


Tidak dibenarkan makan dan minum sebelum darah diambil untuk kali kedua selepas 2 jam. Boleh beritahu nurse untuk berehat dan berbaring jika rasa tidak selesa dan loya. Jika muntah sebelum ujian darah kali kedua dilakukan, ujian perlu diulang semula pada tarikh yang lain.


Tips untuk survive ketika ujian air gula?


1. Minum air gula apabila ia masih suam.

2. Tarik nafas atau tahan nafas dan minum dengan cepat kalau tidak mungkin akan rasa loya dan muntah.

3. Kumur mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut.

4. Jika rasa nak muntah, berehat dan duduk bersandar sambil dongakkan kepala ke atas. 


Keputusan saringan air gula?


Ujian MGTT memerlukan darah diambil sebanyak dua kali. Kali pertama dikenali fasting blood sugar, bacaan gula dalam darah yang normal ketika berpuasa antara 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L. Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula (2 hours post prandial), result mestilah 7.8 mmol/L atau kurang dari itu.




Jika bacaan selepas minum air gula lebih dari 7.8 mmol/L, pemeriksaan yang lebih lanjut akan dilakukan iaitu ujian Blood Sugar Profile (BSP) dan kemungkinan ibu mengandung sudah mengalami diabetes sebelum hamil lagi.


Jika keputusan BSP adalah normal, ibu hamil akan terus mengamalkan diabetic diet sehingga bayi dilahirkan dan jika BSP menunjukkan tahap glukos dalam darah terlalu tinggi, doktor akan suggest guna insulin sebagai rawatan 'gestational diabetes'


* Sejarah hamil anak pertama sangkut kencing manis ujian kali kedua. Terpaksa diabetic diet hingga bersalin. Lepas anak berumur sebulan, nurse suruh buat MGTT lagi untuk pastikan bebas dari kencing manis.


Risiko jika tidak minum air gula?


Golongan ibu yang mengelak ujian MGTT mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari. Ketika mengandung, hormon kehamilan menjadi faktor utama kenapa insulin tidak cukup di dalam tubuh wanita hamil.


Jika insulin tidak mencukupi ini akan mengakibatkan tahap glukos dalam darah ibu hamil adalah tinggi. Glukos yang tinggi akan menyebabkan masalah ke atas bayi seperti :

1. Makrosomia (bayi besar)

2. Keguguran kelahiran pramatang Polyhydramnios (air ketuban yang banyak)

3. Sudden fetal death (kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)

4. Masalah jantung dan tulang belakang bayi


Glukos yang tinggi juga akan menyebabkan masalah ke atas ibu hamil seperti :

1. Sentiasa kerap kencing

2. Sering lapar dan dahaga

3. Merasa penat dan tidak bertenaga

4. Kenaikan berat badan

5. Risiko kelahiran secara Caesarean section

6. Risiko mengidap kencing manis di masa hadapan


28 Jul 2023

Kartun English Yang Bagus Untuk Anak

 Assalamualaikum readers


Kartun English Yang Bagus Untuk Anak | Pantang dengar orang kata besarkan anak zaman dulu sama macam sekarang. Sebenarnya 3 kali ganda lagi mencabar sebab sekarang nilai-nilai murni bermula dari rumah, bukan pergi taska/tadika baru cikgu ajar bab adab. Biarlah meluntur buluh biar dari rebung. 



Alhamdulillah dalam usia 2 tahun, Harraz dah boleh kenal nombor, warna dan huruf walaupun sebutan tak betul. Itu tutup sebelah mata, memang Nina pantau kartun apa dia patut tengok kalau ada di rumah. Di bawah ni senarai cartoon English yang beri contoh nilai murni pada anak. Nak share kartun apa yang dia suka tengok. Jomm cekidap senarai di bawah :


MINIPANG


HOGI



NUMBER BLOCKS


BLIPPI



COUNTING WITH PAULA



ALPHA BLOCKS


CLEO & CUQUIN



ABC MONSTERS



Semoga entri ini bermanfaat, bukan semua kartun yang ada di Youtube boleh bagi anak tengok. Zaman sekarang ni bila masuk sekolah, cikgu dah expect kanak-kanak tu dah pandai basic. Jadi parents harus jadi 'cikgu' di usia awal untuk anak-anak.

27 Jul 2023

50 Nama Islam Yang Moden Untuk Bayi Perempuan Dan Lelaki

Assalamualaikum readers


50 Nama Islam Yang Moden Untuk Bayi Perempuan Dan Lelaki | Alhamdulillah tahun ni bertambah 3 orang anak buah. Tahun depan duit raya kena prepare lebih sikit 😂 Begitulah setiap tahun. Family sebelah bapa besar, jadi ramailah sepupu-sepupu yang memilih nama anak yang moden. Sebenarnya, Nina memang tak pernah tahu/hafal nama anak-anak buah 😅 Panjang satu hal, nak sebut tu terbelit lidah.



Buat yang pertama kali menjadi ibu bapa mestilah excited nak carikan nama-nama untuk anak-anak. Bagi Nina biarlah simple dan mudah sebutan. Kesian anak nanti, nak tulis nama pun ambil masa yang lama sebab panjang sangat, itu belum bakal suami nak sebut masa akad nikah. Sekurangnya nampak nice di surat beranak, IC, nametag sekolah.


Nama-nama bayi lelaki


1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


8.


9.


10.


11.


12.


13.


14.


15.


16.


17.



Nama-nama bayi perempuan


18.

19.

20.

21.


22.


23.


24.


25.


26.


27.


28.


29.


30.


31.


32.


33.


34.


35.


36.


37.


38.


39.


40.


41.


42.


43.


44.


45.


46.


47.


48.


49.


50.



Semoga parents di luar sana tak pening kepala nak mencari nama-nama untuk anak. Korang cari dan gabungkan sendiri pun boleh. Ini hanya contoh semata-mata tiada kaitan dengan nama-nama saudara mara sendiri.